Pages

Thursday, June 26, 2014

BUKITTINGGI TRIP 2 : Campago Resort Hotel


22 Oktober 2013...cont

Sekitar 3pm kami selamat tiba di Bukittinggi,Am bawa kami lunch ke Restoran Sederhana.Makanan di sini tak payah order,duduk sahaja dan mereka akan hantar berjenis-jenis lauk pauk di dalam piring-piring kecil,perkara pertama pilih mana yang mahu makan sahaja,yang lain asingkan ke tepi.Mereka akan caj ikut berapa piring lauk yang disentuh.Lauk pauk boleh tahan sedapnya.Aku order satu Es teller..saja nak rasa,ia lebih kurang ABC buah-buahan tempatan..avocado,nangka,isi kelapa,buah kabung,sedap tapi agak terlebih manisnya.Kos kami berlima makan di sini agak murah,lebih kurang rm35,sama macam breakfast tadi.

Sebelum check in ke hotel kami drop sekejap ke Pasar Atas..ibu-ibu tak ikut.Saje nak meninjau sekejap,tapi hujan time ni,terpaksa berlari-lari masuk ke bangunan pasar tu.Untuk orang yang tak sempat bershopping ke banyak tempat,ini destinasi yang paling tepat untuk dikunjungi.Ada Jam Gadang di perkarangan pasar atas  yang jadi mercu tanda Bukittinggi,deretan kedai cenderamata,dan berpuluh-puluh kedai yang menjual hasil sulaman,telekung dan songket.Dalam pada meninjau terjumpa pulak kain sulam yang menarik,belilah sepasang kain ela 4meter dengan harga IDR150 000 (+/-RM40).Sebab dah janji nak singgah sekejap je,tak sampai sejam kami dah keluar semula,kesian ibu-ibu kami menunggu lama,mesti dah keletihan.



Jam Gadang




Bangunan Pasar Atas



suasana dalam pasar atas





 Check in di Campago Resort Hotel,hotel ni agak jauh dari pusat bandar.Kawasan hotel ni agak luas,bangunan lama yang sedikit usang tapi still ok,panorama sekitar hijau dan tenang.Bilik sederhana sahaja,Liputan wifi agak poor..kena lepak kat lobi yang agak jauh dari bilik untuk layan internet.Yang paling tak best bagi aku ialah takda iron..aduss ni satu benda yang aku pantang takda.Kalau nak iron baju kena call housekeeping staff and diorang akan gosokkan.Lecehlah kita pagi-pagi nak keluar awal,tunggu housekeeper pukul 8 baru ada...haisshhh.








pemandangan dari menara tinjau hotel

Azma,mak dan aku duduk sebilik,tmbah satu tilam extra,Sal dan ibunya pula di bilik sebelah.Petang tu semua pakat tidur,capek bangat.
Pukul 7pm kami dah bersiap untuk keluar dinner,bagaimanapun ibu-ibu semua tak mau keluar,mereka nak rest saja di bilik.Am datang sharp on time dan bawa kami ke Wadjan Resto.Sebuah bistro dengan interior yang agak menarik juga.Aku order nasi ayam lada hitam,so-so ajelah rasanya.Air cappucino cincau pula agak terlebih manis.


Tapi yang paling sodapp sehingga terasa nak order dua kali ialah banana crispy-pisang goreng yang ditabur chocolate rice,cheese dan strawberry jem...nikmat yang amat.

Sebelum balik aku tapau nasi goreng rendang untuk mak.Total makan bertiga n tapau lebih kurang rm30.
Lepas dinner kami pun pulang ke hotel,Am yang helpful berjanji nak pinjamkan iron untuk kami nanti...syukur,settle satu masalah.Selesai hari pertama percutian kami...masa untuk berehat...zzzz

Sambung

Wednesday, June 25, 2014

BUKITTINGGI TRIP 1 :Journey Begins


Coretan perjalanan kali ni tentang trip di Tanah Minang pula.
Ramai yang tanya ada saudara kah di sana...sebab aku orang Negeri Sembilan
Takda....just jalan-jalan,memang serupa tapi berbeza..
Kali ni aku &Sal bawa ibu-ibu kami untuk turut serta...mereka gembira kami pun bahagia jua.
Dapat tiket Air Asia lebih kurang RM240 sahaja seorang.
Seperti biasa aku mulakan tugas dengan mencari maklumat dan plan itinerary perjalanan.

Trip ni agak mudah sebab hanya perlu book hotel dan kereta with driver yang merangkap tourist guide.
Seawal bulan 7 aku contact driver bernama Aldi..memang pantas dia respon pada e mail yang dihantar (aldi_safri@yahoo.com),setelah berpuas hati dengan quotation yang diberi aku pun confrm nak book service dia,tak perlu bayar apa-apa,bila dah dekat dengan departure date contact dia balik untuk reconfirm dan bagitau bila sampai.

Hello Tanah Minang.....here we come...

Tuesday  22 October 2013

Seawal 5.45 pagi kami dah berada di LCCT untuk berlepas ke Padang,Alhamdulillah perjalanan lancar dan kami tiba lebih kurang 7.30am waktu tempatan.

Sal dan ibunya

Ibuku




Flight yang lengang

Airport kecil je di Padang,pemeriksaan imigresen pun agak memakan masa,selesai urusan apabila keluar terlihat kelibat seorang lelaki memegang kertas bertulis namaku,ku kira itulah Aldi,namun dia memperkenalkan diri sebagai Am,co worker kepada Aldi.Am membawa van jenis Suzuki APV..agak selesa untuk kami berlima.

Welcome to Ranah Minang

RUMAH MAKAN LAMUN OMBAK

Dari Padang kami bertolak ke Bukittinggi,main tourist attraction di daerah Sumatera Barat ni.Tapi dah tentu lah kena isi perut yang dah bergendang lapar ni.So first pit stop ialah di Rumah Makan Lamun Ombak,tak jauh dari airport.
Not bad makanan dia,macam biasa kalau di Indonesia jus buahnya yang pure dan pekat menjadi order wajib,menu breakfast aku ialah mi goreng dan jus sirsak (durian belanda).Total kos untuk kami berlima makan lebih kurang RM35.




JOURNEY TO BUKITTINGGI

 Sepanjang perjalanan kiri kanan memang ku lihat hijau...sawah,kebun,hutan.Boleh dikatakan di laman setiap rumah pasti ada sahaja tanaman malah sawah padi kecil di sekeliling rumah merupakan pandangan biasa.Am ramah bercerita tentang kehidupan masyarakat di sini sambil di selang seli dengan lawak dan teka teki loyar buruknya..ibu-ibu kami rajin melayan,kami bertiga pula kadang-kadang hanyut di alam mimpi.





Jalan agak sempit dan semuat-muat kenderaan 2 hala.Tapi toleransi pemandu di sini memang mengkagumkan,mereka boleh sahaja selamba memotong walaupun ada kenderaan di hadapan,yang penting bunyi hon tanda isyarat dan pemandu dari arah bertentangan akan memperlahankan kenderaan mereka.Sesuatu yang impossible di Malaysia.Dari sini kami berhenti di beberapa tempat tarikan pelancong.

AIR TERJUN LEMBAH ANAI

Air terjun ni terletak di tepi,entrance fee lebih kurang RM1 sorang.Ibu-ibu kami tunggu dalam kereta sahaja,sebab tak larat nak mendaki tangga.Kami bertiga sahaja yang bergambar-gambar sekejap di situ.



                           






 PUSAT DOKUMENTASI &INFORMASI KEBUDAYAAN MINANG




Di sini terletaknya muzium kebudayaan Minangkabau,kalau berminat bolehlah spend masa untuk membaca dan mengetahui kebudayaan Minang.Tapi aku dan Sal lebih berminat untuk menyewa baju pengantin minang dan bergambar berlatarbelakangkan bangunan yang cantik ini.Kos sewa adalah 35000 rupiah ie lebih kurang rm10.Baju minang ni agak sarat dan hiasan kepala pun agak berat,agak kurang selesa dalam pakaian yang tebal dan berlapis di tengahari buta yang panas kami segera menyudahkan sesi bergambar dengan baju tersebut.








Kemudian sambung lagi bergambar around muzium ni...









Kami tangguh dulu lunch tengahari ni sebab masih kenyang breakfast tadi.Seterusnya kami berhenti menjamu mata  di kedai kain pula.

KEDAI SULAMAN PUTRI MINANG,PADANG PANJANG


Oleh kerana ini kedai pertama jadi kami tak dapat lagi nak bandingkan harga.Just tengok-tengok dulu.Oleh kerana kami boleh singgah lagi ke sini masa perjalanan balik nanti maka takdalah beli apa-apa lagi.Pilihan agak banyak di sini.








PANDAI SIKEK,BATU SANGKAR

Daerah ini memang terkenal dengan industri tenunan songket.Lengang sahaja kawasan ni,maklumlah bukan musim cuti,suasana keliling memang tenang dan damai dengan sawah-sawah terbentang saujana mata memandang.Dalam pada tengok-tengok tu ibu-ibu kami dah sambar telekung sulam goyang dengan harga yang sangat berpatutan selepas tawar menawar.








Ada musolla di bahagian belakang bangunan kedai di sini,sawah terbentang saujana mata memandang




Perjalanan diteruskan ke Bukittinggi.Sambung ke bahagian seterusnya.


Sambung