Thursday, June 19, 2014

SOUTH KOREA-Finale

Finally.....last entry untuk Journey to Korea kami,setahun lebih dah berlalu,masih terasa-rasa baru dan segar lagi ingatan di sana.Hajat di hati nak melawat Korea time autumn season pulak nanti.

GOSAMI GRILLED FISH RESTAURANT,SINCHON

Untuk ke area ni kami naik subway ke station Sinchon  (line 2)
Exit  2
Dari sini jalan terus je ,tapi.....
kami tersilap arah dan menyeberang jalan besar pula..tanya staff di salah satu kedai and mereka pun tak pasti restoran ni belah mana,tapi budaya mereka ni memang bersungguh-sungguh nak membantu,one of the staff google dan cari no phone restoran tu,setelah bertanya direction dia pun explain kat kami,malangnya sebab dia tak boleh cakap English jadi kami agak kurang faham dengan detail direction tu,macam mana pun kami berterima kasih banyak-banyak dan try sekadar yang kami fahami.

Still kebuntuan lagi kami ambil teksi dan minta dia bawa ke alamat tu,nampaknya ahjussi ni pun lost and tak pasti duduk letaknya...memang mencabar sebab ada ribuan kedai,sangat banyak restoran dan lorong-lorong,jadi kami pun turun teksi dan berjalan lagi mencari.

Kami bertanya pula kepada seorang lelaki sekitar umur 40an..berpakaian kemas bertali leher dan boleh berbahasa Inggeris.Dia datang dari luar Seoul dan tak pasti juga di mana letaknya restoran tersebut,bagaimanapun encik ni sangat bersemangat nak menolong kami dan suruh follow dia,dia bertanya ke sana ke mari tapi still tiada siapa yang pasti,kalau ada pun yang tau direction yang diberi agak mengelirukan.Setelah agak lama gagal mencari kami beberapa kali bagitau encik tu yang dia tak perlu dia bersusah payah lagi ...mungkin takda rezeki nak makan kat situ.Namun encik ni sangat kiasu nak mmbantu...kami pun dah letih dekat sejam berpusing-pusing dan tiada hasil.Syukurlah akhirnya dia mengalah jua dan mohon maaf kerana tak misi tak berjaya.

Setelah berpisah dengan encik tadi kami decide untuk try for the last round...kami pergi balik pada point mula-mula yang tersasar dan slow-slow ikut direction yang kami dapat dari internet,beberapa landmark yang tepat kami jumpa..cuma direction tu memang ada silap,kami try adjust sikit,jengah -jengah lorong yang berdekatan......akhiiirnyaaaa....wah berjaya juga mission jjcm yang sangat mencabar ni.Nah Gosami Grilled Fish di hadapan kami for real.

Direction kami...

Exit 2 Sinchon Station
Jalan terus tepi kaki lima kedai...nampak bangunan U-plex Department Store belah kiri
Jangan belok,jalan terus je,cross jln kecik dan  ke depan lagi menyusuri kaki lima blok kedai...ada Dunkin Donut & Baskin Robbin kat blok ni..
Jalan sampai jumpa lorong kecik antara kedai telco & McDonald..belok kiri masuk lorong tu
Jalan terus sampai hujung lorong,belok kiri
Jalan terus and belok 1st simpang  ke kanan...........
Gosami Grilled Fish Restaurant terletak di lorong ni belah kanan



Tanpa berlengah kami masuk dan duduk...nampaknya mereka dah biasa menerima pelanggan dari Malaysia...macam tahu je kami nak order apa..aku pun tiru je order makanan ikut blog-blog yang aku baca.Tak berapa lama menunggu makanan pun sampai...nasi,grilled fish,sotong sambal dan sup dengan side dish semua.Memang sedap and tak sia-sia melebur masa cari tempat ni.Malangnya gambar yang di snap kat sini dah hilang pulak...tak tau terdelete ke apa.

Selesai makan kami pun bayarlah harga makanan...macam tak percaya harganya KRW19000 saja (lbh kurang rm60)....so far nilah meal paling murah yang kami bayar plus sangat sedap pulak tu,memang highly recommended.

Pulang guest house nak kena ready packing barang,esok pagi-pagi pukul 6 nak kena bertolak.Kami tak book teksi,plan untuk ambik train je sebab subway dekat.

Sempat tidur sekejap dah kena bangun dan kami check out lebih kurang 6am,hari hujan...mencabarnya nak ke subway station dalam keadaan hujan lebat dan beg yang berat.Turun naik tangga mengheret beg barulah rasa menyesal tak ambil teksi untuk terus ke airport atau sekurang-kurangnya ke Seoul Station.Apa nak buat dah lewat kalau nak ubah plan,kami teruskan juga perjalanan dari Myeongdong ke Seoul Station dan sekali lagi terpaksa bersusah payah mengheret beg dari bahagian subway ke bahagian Airport Railroad Express (AREX).Selesai urusan pembelian tiket kami berlepas meninggalkan bandar Seoul ke Incheon International Airport,train ni memang selesa,perjalanan non stop mengambil masa lebih kurang 40mins.

Sampai di airport kami segera settle urusan check in,nampak gaya tak sempat kami nak claim tax refund dan balance di T Money card memandangkan queue yang panjang untuk pemeriksaan immigration.Azma pula terpaksa let go lebih separuh toner nature republic yang dibeli sebab terbawak dalam hand luggage,kalau liquid tak boleh lebih 100ml,so botol 250ml terpaksa sedekah je kat diorang,mujur jugak kastam tu tuang 100ml dlm container mcm botol ubat dan pulangkan ke Azma.

9.35am kami berlepas pulang ke Malaysia..berakhir sudah spring trip kami ke Seoul & Jeju Island,moga ada rezeki untuk menjejak bumi Korea lagi...Anyeong!!

Tamat

2 comments:

  1. sis JM juga sesat cari Gosami restaurant ni..nanti sis kongsi dalam blog :-)

    ReplyDelete
  2. o senasib ya kita...kalau tak kerana ahjussi yg drag kitaorg ke sana sini tu rasanya lg awal jmpa,tp tu smua pngalaman travel la kan,tak sah kalau tak sesat...sabar ajela

    ReplyDelete