Hari Kemerdekaan Negara yang ke 57
Hari terakhir juga ke sini,sepatutnya plan hari ni just shopping dan bersantai-santai di Kings Park
Tapi disebabkan program yang banyak tergendala maka terpaksa ubah plan,kami sambung rent kereta lagi untuk hari ni.Bagi memudahkan urusan kami pilih Budget Car Rental,sebab boleh pick up kereta di central Perth dan return di airport.
Kebetulan office Budget Car Rental sangat dekat dengan Rendevzous hotel ni,just 5 minit jalan kaki.On the way ke office kami perasan jalan besar St Georges Terrace ditutup pada lalu lintas sebab ada event marathon.
Main street St Georges terrace yang ditutup pada lalulintas |
Urusan di Budget Car Rental berjalan lancar,sangat pantas dan tak memerlukan bond.Insurans extra pun kami tak ambil....tawakkal ajelah sebab rent sekejap.Selesai pick up kereta tiba-tiba baru teringat t-shirt yang nak ditukar saiz tertinggal pula.Kalau tak kerana jalan yang ditutup kami plan nak angkut terus semua beg baru jalan,dah terhalang macam ni aku pun just jalan kaki untuk ambil barang yang tertinggal.
Masa nak lintas jalan besar marathon tu dah start...peserta punya ramai,mula-mula ingat nak tunggu sampai habis tapi macam lama sangat pulak,dahla banyak program hari ni,aku tengok ada je orang meredah crowd tu untuk seberang jalan.Leceh sikit sebab kita macam akan menghalang laluan,tapi nak taknak terpaksa jugaklah aku mencelah,mujur dapat elak berlaga dengan peserta marathon tu.
Budget Car Rental di 960 Hay Street |
Hyundai Accent |
Berpusing-pusing kami mencari jalan keluar...tapi nampak gaya semua laluan ke arah beach ditutup sempena event tu.Jadi setelah fail semua attempt untuk menuju arah Fremantle,maka terpaksalah tukar haluan ke arah Caversham Wildlife Park.Sabar ajelah...
CAVERSHAM WILDLIFE PARK
Alhamdulillah jalan ke arah Whiteman Park tak terhalang,kami tiba di Caversham Wildlife yang terletak dalam Whiteman Park di Lord Street, Bassendean lebih kurang 10.30am.
Park ni dibuka jam 9am-5.30pm setiap hari kecuali Krismas,entrance fee ialah AUD25.
Tempat pertama kami spend ialah di kawasan kanggaroo.Kanggaroo kebanyakannya macam dah kenyang jadi ia tak heran sangatlah dengan makanan yang dihulurkan.Makanan kanggaroo ada disediakan di situ jadi boleh ambil saja untuk feed kanggaroo sambil bergambar-gambar.
Kanggaroo sini aku tengok macam agak kurang bersih berbanding masa di Gold Coast dulu,yang nampak macam berpenyakit pun ada.Tapi takdalah menghalang kami untuk beramah mesra dengannya.Cuma kesian je sebab macam kurang terjaga.Uniknya kat sini ada kanggaroo albino yang berwarna putih.So marilah layan gambar sang kanggaroo ni semua.
Habis sesi dengan kanggaroo pukul kami ke pergi ke homestead arena untuk sesi Meet the Wombat &Friends yang bermula 11am.Kat sini kita berpeluang bergambar dengan beberapa haiwan yang unik dan rare.Orang ramai juga tapi jangan risau sebab memang berpeluang ambil gambar dengan selesa,just beratur dan ikut turn,tak perlu berebut-rebut.
Wombat |
Golden Brushtail Possum |
Spotted-tailed Quoll |
Gang-gang cockatoo |
Pink galah |
11.30am ada Keeper talks untuk Dingo & Fox,just dengar cerita penjaga tentang haiwan ni depan sangkar.Tak lama dalam 15mins je sesi tu.
Dingo |
Habis jumpa koala lepas tu kami just jalan-jalan tengok haiwan-haiwan yang berada dalam sangkar.
Wallaby |
Perentie-Australia's largest lizard (2.4m) |
Ada interaktif Molly's farmyard,sesuai nak beramah mesra dengan farm animals tapi kami tak pergilah memandangkan dah tengahari,nanti tak sempat nak catch semua agenda hari ni.
Cafe di sini ada sediakan pek halal food,kami just beli kudapan ringan je untuk alas perut dan beredar untuk ke destinasi seterusnya.
Sambung