Pages

Tuesday, July 28, 2015

KANSAI :Kyoto - Arashiyama Bamboo Grove

Salam Aidilfitri pembaca yang dikasihi sekalian,

Semoga Allah menerima puasa kita dan menjadikan kita kembali dalam keadaan suci dan termasuk orang-orang yang mendapat kemenangan.

Fuuuh banyaknya sawang kat sini...
Terpaksa mengabaikan laman ni kerana komitmen hidup...sekarang agak boleh  relax sikit,maka sambung citer yang tak kunjung sudah ni...

13 January 2015

Arashiyama Bamboo Grove

  Perjalanan dari JR Uzumasa ke Arashiyama hanyalah 7minit saja,kami tiba pukul 4.30pm.Maklum musim winter,rona senja dah mula merangkak tiba.Hajat hati nak berbasikal di sini tak kesampaian nampaknya sebab dah lewat,kedai sewa basikal berhampiran JR station ni pun dah tutup.

  Dari JR station boleh berjalan saja ke Bamboo Grove...ada petunjuk arah ke sana,laluannya memang akan  di celah-celah rumah orang,jalan terus sampai jumpa jalan besar,melintas jalan dan terus saja ke depan lagi,kira-kira 15minit sampailah ke destinasi.

keluar JR Sagano nampak arah Bamboo grove dekat pagar hitam depan station

susur je jalan kecik ni sampai hujung

jumpa jalan besar lepas susur jalan kecil tadi,cross ke seberang dan sambung jalan di lorong yng kecil,takkan miss lorong tu sebab boleh nampak ramai orang datang dari arah situ

dah nak sampai

permulaan Arashiyama Bamboo grove

  Masa ni memang dah cahaya matahari hanya tinggal sipi-sipi je lagi,tambahan di bawah naungan bamboo grove tu suasana memang kelam,walaupun kawasan ni dah lengang tapi masih ada juga pengunjung lewat macam kami.Macam mistik suasana berjalan kat situ time-time ni.

  Alhamdulillah sempat jugaklah bergambar-gambar..dengan sedikit cahaya yang berbaki walaupun untuk satu shot entah berapa kali kena snap sebab gambar banyak gegar,bamboo grove path ni takla panjang mana,so sempatlah sampai ke hujung.









  Hari pun dah gelap masa kami tinggalkan bamboo grove...okla jugak mencapai target untuk jejak sini walaupun sekejap.Tempat lain memang tak sempatlah nak explore.

bamboo grove dah gelap

  Sebelum kembali ke JR Arashiyama kami singgah sekejap di sebuah restoran,bukan nak dinner cuma nak try green tea ice cream...walaupun kesejukan benda rare haruslah cuba kan...memang sedap amat.Sal yang tak makan sejuk try makan dessert taufu panas..pun sedap juga.

singgah makan green tea ice cream di sini
Kami  ke JR station Arashiyama dan dari situ kembali ke Kyoto station.

Puratto Kodama

  Sampai di Kyoto station ada sesuatu yang perlu kami selesaikan dulu...memandangkan JR Pass kami dah abis tempoh maka untuk ke Nagoya pada hari Khamis ni kenalah beli tiket train.Oleh kerana kami tak banyak masa di Nagoya maka untuk kejar masa kena jugalah naik shinkansen supaya cepat sampai.

  Untuk menjimatkan duit kami beli discounted tiket yang dikenali sebagai Puratto Kodama atau Platt Kodama.Seperti namanya tiket ni hanya khas untuk shinkansen Kodama saja,tak terpakai untuk jenis Nozomi,Hikari atau yang lainnya.Tiket ni kena beli at least 24 jam sebelum masa bertolak....boleh beli di JTB office atau pun JR Tokai Tours.

 Walaupun kami lalu lalang hari-hari depan JTB office kat Kyoto ni tapi memang tak dapat nak singgah sebab masa keluar ofis belum bukak dan masa balik dah tutup.Jadi yang mudah beli di JR Tokai sebab ofisnya memang berada dalam Kyoto station dan tutup agak lewat.

  Kami ke Tokai ofis di 1st floor,sampai giliran kami staf tu kata kena beli di ofis di ground floor,masa tu 15 minit lagi nak tutup,staf di 1st floor inform pada staf yang ground,tak lama lepas tu ada sorang staf dari ground floor tu datang jemput kami,memang bagus servis diorang ni.Maka berjayalah kami beli tiket puratto kodama tu,kalau harga biasa ialah JPY5590 lepas diskaun dapatlah JPY4200 beserta dengan kupon minuman.Bersungguh-sungguh makcik kaunter tu remind kami tentang term and condition tiket ni...tak boleh tukar date,time,seat....no change,no refund etc,pendek kata tak boleh miss train tu,kalau miss memang burn jelah tiket tu.

Penerangan lanjut tentang Puratto Kodama:-

This is known as a packaged ticket (Train ticket plus drink), and you can only get it at JR Tokai Tours, a subsidiary of JR Central, located at Tokyo, Shinagawa and Nagoya Stations. You can get it at JTB or JTB Traveland counters all over Central Japan and Kansai, including Osaka, Kyoto, Nara, Shiga, Hyogo, and Wakayama. In JR Kyoto there are two branches that sell this package. One is at the Central Exit, on the second floor. The other is at the Hachijo exit, on the first floor. They are open until 6 or 7 pm

Link website disini

Food Hunting...

  Plan malam ni nak ke sebuah restoran tofu,mengikut pembacaan restoran bernama Yufuku ni terletak di 1st floor Kyoto Museum,opening hours  untuk lunch 11.30am-2.45pm dan untuk dinner dibuka jam 5pm-8.30pm.

  Kami pun naik bas dan berhenti depan Kyoto museum,entrance gate dah tutup,sekitarnya pun nampak gelap je,macam unlikely ada restoran yang masih dibuka didalam,kami mudik ke hulu hilir beberapa kali nak tengok kot ada pintu pagar yang terbuka,pun tak jumpa.Tak pasti kalau ada entrance dari arah lain.Pencarian yang mengecewakan ...perut dah kelaparan,jadi kami pun decide untuk jalan je sepanjang jalan besar dan cari kalau ada tempat makan yang boleh singgah.

  Dalam 10minit berjalan nampak ada restoran kecil yang ada menu ikan bakar,nampaknya rezeki kami di sini malam ni.Tuan kedai dan pembantunya sangat baik walaupun ambik masa sikit nak faham request dan pertanyaan kami,bila dah faham staf dia siap tuliskan nota japanese kat sekeping kertas yang menyatakan kami tak boleh makan daging dan alcohol,katanya simpan dan tunjukkan bila kami nak makan di tempat lain nanti.....huhuuu terharu betul



  Ada beberapa pengunjung warga emas di situ,ramah mereka menegur dan cuba bersembang  ,rasanya mereka tak pernah berbual dengan pelancong muslim dari Malaysia yang bertudung macam kami...seronok  mingle dan layan pakcik makcik jepun yang ramah tamah ni.



   Syukur amat dengan nikmat makan....sedap berganda bila dalam kelaparan macam ni.Sebelum beredar sempat bergambar dulu dengan owner dan pakcik makcik yang ada di situ.Kami berjalan kaki saja,tak jauh rupanya restoran tu dari guest house kami.

Selesai perjalanan hari ni....ada sehari lagi di Kyoto sebelum kami bergerak semula ke Nagoya.

Sambung.......

8 comments:

  1. green tea ice-cream memang sedap..tak manis sangat...ikan bakar & tofu..nampak sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula memang rasa dia unik n sedap...sejuk gigil2 pun boleh makan smpai habis,yes puas hati dapat dinner sedap mlm tu :-)

      Delete
  2. Arashiyama Bamboo Grove nih satu dari tempat yg akak bakal singgah, insya Allah pada tahun depan punya trip

    ReplyDelete
    Replies
    1. o syok la akak nak g sana,a must visit destination kalau ke kyoto,lagi best kalau dapat ronda sekeliling n naik romantic train...dpt enjoy scenic view

      Delete
  3. Ala..kita termissed la ice cream tu.. ramai kata sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke syieda...memang sedap,ada try green tea ice cream haagen dazs pun tak sesedap yg kat arashiyama,next time repeat lagi la ke sana,hehe

      Delete
  4. pergh...ke Nagoya pulak...JM dh draft ite n follow cara Ayda...tapi draft je lah tripnye x tahu lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi nama je landing kt Nagoya,tp tak explore sangat pun,kawan yg dok situ kata tkda apa pun sangat,just bandar industri,InsyaAllah soon repeat la trip Japan...tiket pun sllu promo kan

      Delete