Pages

Saturday, February 20, 2016

CHASING AUTUMN 5 : Taejongdae Park & Busan Al-Fatah Mosque

Thursday 29 October

Taejongdae Park

   Kami menaiki bas nombor 17 dari Gamcheon dan berhenti di bus stop Nampo station.Tiba je di situ kami singgah ke underground shopping complex,AJ pun mencari boot baru juga sebab kakinya pun dah start sakit masa berjalan di Gamcheon tadi,tak lama pun kami di situ,dengan deretan pelbagai kedai dan macam-macam pilihan tersedia tak susah nak cari yang berkenan di hati,dapat harga sama dengan boot aku beli pagi tadi.Selesai di situ kami pun keluar semula untuk menaiki bas ke Taejongdae.

Direction ke Taejongdae

Bus stop berhampiran exit 6 Nampo-dong station
Tunggu bas 8,30,66,88  Taejongdae adalah stop terakhir

turun dari bas dan berjalan 5 minit ke depan lagi arah Taejongdae

dari entrance kena mendaki ke  arah kaunter tiket Danubi train

   Kami menaiki bas no 8 dengan tambang sebanyak KRW1300 menggunakan kad T-money.Perjalanan memakan masa lebih 40minit,sampai saja cari toilet dan selesaikan solat dulu.
Taejongdae Park merupakan satu lagi tourist spot yang popular di Busan,dinamakan sempena nama raja ke 29 Silla Dynasty di kurun ke-7 iaitu King Taejong Mu-Yeol kerana kawasan ini adalah tempat kegemaran baginda untuk memanah.Tiada bayaran masuk tapi untuk menaiki tour train yang mengelilingi park ini dikenakan bayaran KRW2000.Jika hari terang dan cerah boleh nampak pulau Tsushima yang terletak di Jepun dari park ini.

   Kami ke kaunter untuk beli tiket Danubi train,kalau dah ada tiket  boleh hop on dan off.Danubi train akan berhenti di 6 stop berhampiran dengan attractions yang terdapat dalam park ni.Pengunjung agak ramai petang ni,ada barisan panjang yang menunggu untuk naik train.Agak kecewa bila staf kaunter bagitau yang train seterusnya ialah pukul 4.45,awal dari time tu dah fully booked.Masa tu baru pukul 4pm.Fikir-fikir kami buat keputusan untuk jalan kaki sebab tak mahu membazir masa menunggu selama 45minit.


misi beribu langkah

   Ya pada mulanya memang seronok berjalan menikmati alam di taman yang hijau dan ada pemandangan tebing serta lautan membiru.Udara yang segar dan pemandangan kapal serta bot belayar di laut memang mengasyikkan.Tapi lama kelamaan rasa letih pula sebab jalan yang berbukit bukau,terseksanya anggota kaki ketika ini.Apa taknya lepas Gamcheon pulun jalan di Taejongdae pula,bukan jalan santai sebaliknya strenuous walk.Kalau tenaga memang maksimum dan ada banyak masa untuk explore memang bagus bersenam jalan kaki sambil ambil angin di sini.Tapi untuk keadaan kami ni jalan-jalan cari pasal namanya. Paling sedih sebab train 4.45pm dengan bangganya dah mendahului sebelum sempat kami sampai ke Observatory deck.


jauh lagi wehh..

fighting!!

scenic walking trail

lukisan alam

remang senja di Taejongdae

   Akhirnya sampai ke Observatory Deck,bolehlah enjoy panorama laut dan cliffs puas-puas.Ada statue Mother&Children di perkarangannya.Simboliknya adalah untuk mengingatkan tentang kasih ibu dan menghargai kehidupan.Ha dah kenapa pulak ya ada mesej macam tu,sebabnya suicidal rate di Korea ni agak tinggi dan Taejongdae ni merupakan famous spot untuk orang yang putus asa mengakhiri hidup mereka...jadi statue ni diharapkan dapat menghentikan niat yang sadis itu.

Mother & Child statue

Observatory Deck

   Destinasi yang penting dan wajib singgah adalah Yeongdo Lighthouse yang menjadi mercu tanda Taejongdae park ni.Sengsara bersambung lagi sebab kena turun bukit yang banyak sangat anak tangga.

   Lighthouse yang asal dibina pada tahun 1906, ia diganti dengan rumah api yang baru pada tahun 2004 dan bersamanya dibina Art Gallery & Gallery of Natural History.Dikatakan ada footprint dinosour ditemui di kawasan ini dan artifak tersebut dipamerkan di Galeri Natural History tersebut.


Yeongdo Lighthouse

Gerbang 'Light beyond Limitation' simbol untuk rakyat maju bersama dengan penuh harmoni dan kemesraan





   Teringin juga nak turun ke Sinseon Rock,tapi masa tak mengizinkan dan yang lebih utama sebab kaki dah mampu nak menurun puluhan anak tangga lagi untuk ke situ.So tengok dari platform di lighthouse tu jelah.Ada lagenda yang famous di sini tentang sebuah tunggul batu yang dinamakan Mangbuseok.Kisahnya di zaman dahulukala ada seorang isteri yang setia dan sabar menunggu kepulangan suaminya yang telah ditangkap dan dibawa ke Jepun.Akhirnya wanita itu bertukar menjadi batu akibat penantian yang tidak berpenghujung...love story with sad ending..sedihnya.Kisah kami pun sedih jugak harini,kaki ni sikit lagi nak membatu kerasnya...tapi itu akibat tak sabar menunggu punya pasal.

ada tent menjual fresh sashimi di bawah sana

Sinseon rock-tebing di pinggir laut


Mangbuseok -tunggul batu di tengah Sinseon rock



   Dah habis sesi bergambar kami pun dengan susah payahnya mendaki balik tangga tadi..pelan-pelan sampailah ke atas semula...tabahkan jelah kaki,memang part ni mencabar sekali.Kami plan nak naik Danubi train untuk keluar sebab nampak macam ada vending ticket machine di train stop tadi.Tapi kecewa betul sebab mesin tu dah berkunci.Nak taknak terpaksa berjalan keluar juga.tak sanggup nak terus jalan mengelilingi  park ni sebab  kami jangka lebih membukit lagi jalannya.Jadi kami pun berpatah semula menggunakan laluan tadi.


nite seascape from Taejongdae


   Jalan balik agak laju sebab banyak turun bukit,lebih kurang 20minit untuk berjalan keluar...sabar jelah meredah park yang kelam dan jalan malap  tatkala matahari dah pun melabuhkan tirainya.Creepy jugak rasanya tapi masih ada juga pengunjung yang berjalan ke arah observatory deck,ambil angin malam barangkali.Alhamdulillah lega amat bila dah sampai semula ke entrance,terjelepok seketika kepenatan.

hanya mampu kulihat

misi tamat-fuuh!!

   Kami keluar menunggu bas berseberangan dengan tempat turun tadi.Kali ni kami naik bas no 30 untuk ke bus stop di Nampo station.Turun di Nampo kami terus naik subway,mujurlah tak perlu transfer line,dapatlah rest lebih kurang setengah jam sebelum tiba ke Dusil station,metro stop untuk ke Busan Al Fatah Mosque.

Restoran Morocco Casablanca,Busan

   Kami bercadang nak makan,solat dan bersiap-siap sebelum naik bas malam ni di area masjid.Terdapat 2 restoran halal berhampiran masjid Busan iaitu Cappadocia Turkish Kebab House dan Morocco Casablanca.Kami pilih Morocco Casablanca untuk dinner malam ni.

Untuk ke area masjid ni memang mudah sahaja,ni direction kami ke sana :

Subway Dusil Station #exit 8
Jalan terus je ke depan kira-kira 300m lepas keluar exit 8
Sampai di persimpangan jalan,boleh nampak signboard Islamic Centre ke arah kanan (landmark- ada kedai tayar di hujung blok dan petrol pump station di seberang jalan)
Belok kanan dan jalan terus,akan jumpa Restoran Cappadocia di sebelah kanan
Untuk ke restoran Morocco Casablanca dan masjid jalan hingga hujung dan belok kanan,kemudian masuk ke sebuah lorong kecil di sebelah kanan,entrance ke masjid letaknya di sini.


exit 8 Dusil station

kedai tayar di simpang jalan

signboard Islamic Center arah kanan (warna coklat)

jalan terus hingga hujung,bangunan putih sebelah kanan ialah Cappadocia Turkish Kebab House

bersembang seketika dengan warga Indonesia yang bekerja di restoran Cappadocia 


lorong kecil ke arah masjid

   Seperti yang dirancang kami pun naik Restoran Morocco Casablanca yang terletak di tingkat atas di sebuah bangunan bersebelahan masjid.Tiada pelanggan lain ketika ini.Mungkin kerana hazab menapak seharian tadi menyebabkan kami kurang selera nak makan, tak jadi nak order Moroccan dish yang nampak macam agak heavy.Kami pilih menu yang bukan Moroccan..aku order BBQ chicken with rice dan AJ order beef dish dengan rice,ada side dish chickpeas dan potato croquettes.

Morocco Casablanca Restaurant

dinner
   Verdict makan sini...so so saja,ayam BBQ aku actually ayam goreng,dan side dish potato tu keras kejung...mungkin faktor kedai yang dah nak tutup jugak kot,jadi makanan yang reheat dan mungkin dah dimasak dari pagi tadi agak kurang menancap selera kami.Kami mengisi perut ala kadarnya,banyak sangat berlebih memandangkan portion pun besar.

Busan Al-Fatah Mosque


Busan Al-Fatah Mosque


   Selesai dinner kami ke masjid,dah gelap sebenarnya,tapi just tinjau kalau boleh masuk tumpang solat,kat luar pun jadilah.Rupanya pintu tak berkunci,bila jengah ke dalam ada ruangan macam dapur dan ada seorang lelaki rasanya siak masjid di situ.Rupanya dia warga Indonesia,kami bertanya ruangan untuk solat,sambil tu aku bertanya kalau ada shower di masjid.Beliau dengan senang hati menunjukkan sebuah ruangan bilik lengkap dengan dapur dan bilik air,katanya memang ruangan lodging untuk muslimah,katanya kalau nak tumpang tidur di situ pun boleh.Kami pun kata cuma nak tumpang bersiap sekejap sahaja sebab akan bertolak ke Sokcho malam ni.Kami mengucapkan terima kasih dan pak siak pun beredar setelah menunjukkan kepada kami ruang penyimpanan telekung dan sejadah.

Lodging untuk muslimah-ruang tamu,bilik air dihujung sekali

dapur

bilik

   Wah kagum kami dengan kelengkapan di sini,ada ruang tamu,dapur dengan fridge,sebuah bilik dan juga bilik air yang dilengkapi water heater dan juga washing machine,wifi pun ada.Kami pun mandi,solat dan bersiap segera.Menjelang 9.30pm kami dah bersedia,sambil tu top air di water dispenser yang disediakan.Kami ke ruangan dapur tadi,kali ni lelaki warga Indonesia yang lain pula berada di situ.Kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan kemudian bergerak semula menuju ke Dusil station.


Busan Nopo-dong Express Bus Terminal

   Hanya berjarak 3 station dari Dusil station,Nopo-dong station merupakan last station untuk metro Line 1 ini.Lebih kurang 10pm kami tiba di express bus terminal bersebelahan dengan Nopo-dong station ni.

   Lepas ambil beg dari locker kami pun turun ke tingkat bawah untuk ke platform 28.Tak susah pun nak mencari,bus terminal ni nampak sistematik dan ada signboard English.Tak lama menunggu bas pun tiba,kami pun letak beg besar di bawah.Sangat selesa night bus ni dengan seat arrangement 2-1.Tempat spacious,bas pun tak penuh.

tiket nite bus ke Sokcho

platform 28

nite bus dengan seat 2-1

   Seperti biasa public transport di sini memang menepati masa.Tepat 10.40pm bas pun bergerak meninggalkan terminal menuju ke Sokcho.Apalagi agak-agak dah menyelesakan diri masing-masing pun mula belayar melayan mimpi.Namun lena itu taklah lama...sambung cerita di next entri.


Sambung