Thursday 29 October
Taejongdae Park
Kami menaiki bas nombor 17 dari Gamcheon dan berhenti di bus stop Nampo station.Tiba je di situ kami singgah ke underground shopping complex,AJ pun mencari boot baru juga sebab kakinya pun dah start sakit masa berjalan di Gamcheon tadi,tak lama pun kami di situ,dengan deretan pelbagai kedai dan macam-macam pilihan tersedia tak susah nak cari yang berkenan di hati,dapat harga sama dengan boot aku beli pagi tadi.Selesai di situ kami pun keluar semula untuk menaiki bas ke Taejongdae.
Direction ke Taejongdae
Bus stop berhampiran exit 6 Nampo-dong station
Tunggu bas 8,30,66,88 Taejongdae adalah stop terakhir
|
turun dari bas dan berjalan 5 minit ke depan lagi arah Taejongdae |
|
dari entrance kena mendaki ke arah kaunter tiket Danubi train |
Kami menaiki bas no 8 dengan tambang sebanyak KRW1300 menggunakan kad T-money.Perjalanan memakan masa lebih 40minit,sampai saja cari toilet dan selesaikan solat dulu.
Taejongdae Park merupakan satu lagi tourist spot yang popular di Busan,dinamakan sempena nama raja ke 29 Silla Dynasty di kurun ke-7 iaitu King Taejong Mu-Yeol kerana kawasan ini adalah tempat kegemaran baginda untuk memanah.Tiada bayaran masuk tapi untuk menaiki tour train yang mengelilingi park ini dikenakan bayaran KRW2000.Jika hari terang dan cerah boleh nampak pulau Tsushima yang terletak di Jepun dari park ini.
Kami ke kaunter untuk beli tiket Danubi train,kalau dah ada tiket boleh hop on dan off.Danubi train akan berhenti di 6 stop berhampiran dengan attractions yang terdapat dalam park ni.Pengunjung agak ramai petang ni,ada barisan panjang yang menunggu untuk naik train.Agak kecewa bila staf kaunter bagitau yang train seterusnya ialah pukul 4.45,awal dari time tu dah fully booked.Masa tu baru pukul 4pm.Fikir-fikir kami buat keputusan untuk jalan kaki sebab tak mahu membazir masa menunggu selama 45minit.
|
misi beribu langkah |
Ya pada mulanya memang seronok berjalan menikmati alam di taman yang hijau dan ada pemandangan tebing serta lautan membiru.Udara yang segar dan pemandangan kapal serta bot belayar di laut memang mengasyikkan.Tapi lama kelamaan rasa letih pula sebab jalan yang berbukit bukau,terseksanya anggota kaki ketika ini.Apa taknya lepas Gamcheon pulun jalan di Taejongdae pula,bukan jalan santai sebaliknya strenuous walk.Kalau tenaga memang maksimum dan ada banyak masa untuk explore memang bagus bersenam jalan kaki sambil ambil angin di sini.Tapi untuk keadaan kami ni jalan-jalan cari pasal namanya. Paling sedih sebab train 4.45pm dengan bangganya dah mendahului sebelum sempat kami sampai ke Observatory deck.
|
jauh lagi wehh.. |
|
fighting!! |
|
scenic walking trail |
|
lukisan alam |
|
remang senja di Taejongdae |
Akhirnya sampai ke Observatory Deck,bolehlah enjoy panorama laut dan cliffs puas-puas.Ada statue Mother&Children di perkarangannya.Simboliknya adalah untuk mengingatkan tentang kasih ibu dan menghargai kehidupan.Ha dah kenapa pulak ya ada mesej macam tu,sebabnya suicidal rate di Korea ni agak tinggi dan Taejongdae ni merupakan famous spot untuk orang yang putus asa mengakhiri hidup mereka...jadi statue ni diharapkan dapat menghentikan niat yang sadis itu.
|
Mother & Child statue |
|
Observatory Deck |
Destinasi yang penting dan wajib singgah adalah Yeongdo Lighthouse yang menjadi mercu tanda Taejongdae park ni.Sengsara bersambung lagi sebab kena turun bukit yang banyak sangat anak tangga.
Lighthouse yang asal dibina pada tahun 1906, ia diganti dengan rumah api yang baru pada tahun 2004 dan bersamanya dibina Art Gallery & Gallery of Natural History.Dikatakan ada footprint dinosour ditemui di kawasan ini dan artifak tersebut dipamerkan di Galeri Natural History tersebut.
|
Yeongdo Lighthouse |
|
Gerbang 'Light beyond Limitation' simbol untuk rakyat maju bersama dengan penuh harmoni dan kemesraan |
Teringin juga nak turun ke Sinseon Rock,tapi masa tak mengizinkan dan yang lebih utama sebab kaki dah mampu nak menurun puluhan anak tangga lagi untuk ke situ.So tengok dari platform di lighthouse tu jelah.Ada lagenda yang famous di sini tentang sebuah tunggul batu yang dinamakan Mangbuseok.Kisahnya di zaman dahulukala ada seorang isteri yang setia dan sabar menunggu kepulangan suaminya yang telah ditangkap dan dibawa ke Jepun.Akhirnya wanita itu bertukar menjadi batu akibat penantian yang tidak berpenghujung...love story with sad ending..sedihnya.Kisah kami pun sedih jugak harini,kaki ni sikit lagi nak membatu kerasnya...tapi itu akibat tak sabar menunggu punya pasal.
|
ada tent menjual fresh sashimi di bawah sana |
|
Sinseon rock-tebing di pinggir laut |
|
Mangbuseok -tunggul batu di tengah Sinseon rock |
Dah habis sesi bergambar kami pun dengan susah payahnya mendaki balik tangga tadi..pelan-pelan sampailah ke atas semula...tabahkan jelah kaki,memang part ni mencabar sekali.Kami plan nak naik Danubi train untuk keluar sebab nampak macam ada vending ticket machine di train stop tadi.Tapi kecewa betul sebab mesin tu dah berkunci.Nak taknak terpaksa berjalan keluar juga.tak sanggup nak terus jalan mengelilingi park ni sebab kami jangka lebih membukit lagi jalannya.Jadi kami pun berpatah semula menggunakan laluan tadi.
|
nite seascape from Taejongdae |
Jalan balik agak laju sebab banyak turun bukit,lebih kurang 20minit untuk berjalan keluar...sabar jelah meredah park yang kelam dan jalan malap tatkala matahari dah pun melabuhkan tirainya.Creepy jugak rasanya tapi masih ada juga pengunjung yang berjalan ke arah observatory deck,ambil angin malam barangkali.Alhamdulillah lega amat bila dah sampai semula ke entrance,terjelepok seketika kepenatan.
|
hanya mampu kulihat |
|
misi tamat-fuuh!! |
Kami keluar menunggu bas berseberangan dengan tempat turun tadi.Kali ni kami naik bas no 30 untuk ke bus stop di Nampo station.Turun di Nampo kami terus naik subway,mujurlah tak perlu transfer line,dapatlah rest lebih kurang setengah jam sebelum tiba ke Dusil station,metro stop untuk ke Busan Al Fatah Mosque.
Restoran Morocco Casablanca,Busan
Kami bercadang nak makan,solat dan bersiap-siap sebelum naik bas malam ni di area masjid.Terdapat 2 restoran halal berhampiran masjid Busan iaitu Cappadocia Turkish Kebab House dan Morocco Casablanca.Kami pilih Morocco Casablanca untuk dinner malam ni.
Untuk ke area masjid ni memang mudah sahaja,ni direction kami ke sana :
Subway Dusil Station #exit 8
Jalan terus je ke depan kira-kira 300m lepas keluar exit 8
Sampai di persimpangan jalan,boleh nampak signboard Islamic Centre ke arah kanan (landmark- ada kedai tayar di hujung blok dan petrol pump station di seberang jalan)
Belok kanan dan jalan terus,akan jumpa Restoran Cappadocia di sebelah kanan
Untuk ke restoran Morocco Casablanca dan masjid jalan hingga hujung dan belok kanan,kemudian masuk ke sebuah lorong kecil di sebelah kanan,entrance ke masjid letaknya di sini.
|
exit 8 Dusil station |
|
kedai tayar di simpang jalan |
|
signboard Islamic Center arah kanan (warna coklat) |
|
jalan terus hingga hujung,bangunan putih sebelah kanan ialah Cappadocia Turkish Kebab House |
|
bersembang seketika dengan warga Indonesia yang bekerja di restoran Cappadocia |
|
lorong kecil ke arah masjid |
Seperti yang dirancang kami pun naik Restoran Morocco Casablanca yang terletak di tingkat atas di sebuah bangunan bersebelahan masjid.Tiada pelanggan lain ketika ini.Mungkin kerana hazab menapak seharian tadi menyebabkan kami kurang selera nak makan, tak jadi nak order Moroccan dish yang nampak macam agak heavy.Kami pilih menu yang bukan Moroccan..aku order BBQ chicken with rice dan AJ order beef dish dengan rice,ada side dish chickpeas dan potato croquettes.
|
Morocco Casablanca Restaurant |
|
dinner |
Verdict makan sini...so so saja,ayam BBQ aku actually ayam goreng,dan side dish potato tu keras kejung...mungkin faktor kedai yang dah nak tutup jugak kot,jadi makanan yang reheat dan mungkin dah dimasak dari pagi tadi agak kurang menancap selera kami.Kami mengisi perut ala kadarnya,banyak sangat berlebih memandangkan portion pun besar.
Busan Al-Fatah Mosque
|
Busan Al-Fatah Mosque |
Selesai dinner kami ke masjid,dah gelap sebenarnya,tapi just tinjau kalau boleh masuk tumpang solat,kat luar pun jadilah.Rupanya pintu tak berkunci,bila jengah ke dalam ada ruangan macam dapur dan ada seorang lelaki rasanya siak masjid di situ.Rupanya dia warga Indonesia,kami bertanya ruangan untuk solat,sambil tu aku bertanya kalau ada shower di masjid.Beliau dengan senang hati menunjukkan sebuah ruangan bilik lengkap dengan dapur dan bilik air,katanya memang ruangan lodging untuk muslimah,katanya kalau nak tumpang tidur di situ pun boleh.Kami pun kata cuma nak tumpang bersiap sekejap sahaja sebab akan bertolak ke Sokcho malam ni.Kami mengucapkan terima kasih dan pak siak pun beredar setelah menunjukkan kepada kami ruang penyimpanan telekung dan sejadah.
|
Lodging untuk muslimah-ruang tamu,bilik air dihujung sekali |
|
dapur |
|
bilik |
Wah kagum kami dengan kelengkapan di sini,ada ruang tamu,dapur dengan fridge,sebuah bilik dan juga bilik air yang dilengkapi water heater dan juga washing machine,wifi pun ada.Kami pun mandi,solat dan bersiap segera.Menjelang 9.30pm kami dah bersedia,sambil tu top air di water dispenser yang disediakan.Kami ke ruangan dapur tadi,kali ni lelaki warga Indonesia yang lain pula berada di situ.Kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan kemudian bergerak semula menuju ke Dusil station.
Busan Nopo-dong Express Bus Terminal
Hanya berjarak 3 station dari Dusil station,Nopo-dong station merupakan last station untuk metro Line 1 ini.Lebih kurang 10pm kami tiba di express bus terminal bersebelahan dengan Nopo-dong station ni.
Lepas ambil beg dari locker kami pun turun ke tingkat bawah untuk ke platform 28.Tak susah pun nak mencari,bus terminal ni nampak sistematik dan ada signboard English.Tak lama menunggu bas pun tiba,kami pun letak beg besar di bawah.Sangat selesa night bus ni dengan seat arrangement 2-1.Tempat spacious,bas pun tak penuh.
|
tiket nite bus ke Sokcho |
|
platform 28 |
|
nite bus dengan seat 2-1 |
Seperti biasa public transport di sini memang menepati masa.Tepat 10.40pm bas pun bergerak meninggalkan terminal menuju ke Sokcho.Apalagi agak-agak dah menyelesakan diri masing-masing pun mula belayar melayan mimpi.Namun lena itu taklah lama...sambung cerita di next entri.
Sambung
cantiknya view kt Taejongdae tu..both siang & malam...public bus di Korea mmg selesa..
ReplyDeletememang cantik view kat sini,kalau awal lagi best pegi kt tepi tebing tu,cantik sgt laut dan langit membiru
DeleteMmmg puas hati berpublic trnsport di sini...selesa,bersih,punctual
bolehlah nanti refer to sini..nak jg jejak kaki di Busan..In shaa Allah..
ReplyDeleteAlhamdulillah kalau ada yg boleh dimanfaatkan..dipersilakan,mmg tak rugi ke Busan
DeleteDari apa yg akak baca, Ayda pi sana dah buat full research lah kot, tau kedai makan, mana bas, mana train dan ambik. Agak2nya banyak ke info dari internet ? Kalau Japan tu japan.guide.com mmg very helpful & informative senang nak paham.
ReplyDeleteKorea banyak info kak Nori,kalau tempat makan and transport macam train mmg boleh dapat info detail,info pasal bas kurang sikit sebab banyak dalam bahasa dia,tapi sebenarnya bila kt sana mmg mudah sangat sbb bas bnyk n boleh kata semua ceruk dia pergi, boleh walk in je utk beli tiket,ada info yg tak pasti tu sy tnya tourist info or local masa kat sana.Sy buat research dkt official website plus blog n review2 dekat tripadvisor atau travel group,insyaAllah mmg mudah nak plan itinerary ke sana,sumber info bnyk mcm japan jugak.
Deleteyeah, boleh bookmark for spring trip nanti. informatif i like!
ReplyDeleteTq Sarah...wow nice pergi time spring,tk lama dah tu,Alhamdulillah klau ada yg boleh dimanfaatkan,enjoy ur trip :-)
Deletegigih tul korang jalan kaki ke Tajongdae tu x naik train..mmg tabik spring lah
ReplyDeletekeja giler tu namanya...menyesal tak sudah,kalaula tau sejauh tu mmg tak snggup nak mnapak,hazab sakit kaki lepas tu
DeleteCT sampai da tapi manusia haazab punya ramai tunggu tram.. mana patah balikla sebab nak kejar bus pegi Sokcho.. xdak rezeki. diorang suruh pegi lagi la tu hehek..
ReplyDeleteHa langkah bijak tu,jgn try jalan mcm kami ni...memang hazabb amat,tak cukup kan skali g sana...silalah kembali,njoy different seasons n view
Delete