Pages

Friday, March 11, 2016

CHASING AUTUMN 6 : Mount Seorak

Friday 30 October 2015

Busan-Sokcho

Sambung cerita trip nite bus kami..

    Perjalanan lancar ke Sokcho,seingat aku ada 2 kali berhenti,tapi memang kami tak turun pun,syok sangat melayan mimpi.Bagaimanapun lebih kurang  2 pagi aku terjaga sebab tiba-tiba rasa panas sangat.Rupanya seat kami tepi heater dan agaknya driver dah naikkan temperature.Lemas dengan bahang heater tersebut aku beralih ke seat lain.Cuba untuk sambung tidur tapi agak sukar untuk lena balik.

    Dalam pada tidur-tidur ayam tu pukul 3 lebih aku perasan kami lalu tepi laut,nampak pemandangan di luar macam familiar je,tengok signboard dah tak jauh nak sampai ke Sokcho.Eh,eh biar betul dah nak sampai,macam cepat sangat pulak.

    Ternyata memang express sungguh bas ni,patutlah tak banyak stop,aku ingat semua bas journey lebih kurang 7 jam.Lupa pula bertanya di kaunter semalam arrival time bas ni,patutlah harga tiket lebih mahal dari jangkaan.Pukul 4am kami dah tiba depan Sokcho intercity bus terminal.Pagi buta macam ni memang sejuk mencucuk tulang,bangunan terminal pula tak bukak lagi,ada sebuah convenience store yang buka tapi takkanlah nak berlegar je dalam tu.

    Penginapan kami sebenarnya terletak berhampiran bus terminal juga,tapi bukan intercity terminal  sebaliknya Dongbu express bus terminal.Daripada terus kesejukan di situ kami pun ambil teksi dan pergi ke terminal tersebut.Lebih 10 minit juga nak sampai ke situ,tambang teksi ialah 3600w.

Dongbu Express Bus Terminal

    Dongbu express bus terminal pun belum buka lagi,kami duduk dulu di bangku luar stesen.Aku nampak bangunan Rocustel Motel yang akan kami duduki di belakang terminal ni.Aku pun pergi ke situ untuk tengok-tengok dulu,manalah tau kalau kaunternya dibuka.AJ stay untuk jaga beg.Motel pun gelap dan berkunci nampaknya.Pukul 5am  terminal bas dah dibuka,dapatlah duduk dalam bangunan dan berlindung dari kesejukan.

waiting area di dalam terminal

   Kami pun selesaikan apa yang patut,caj kamera,handphone,ke bilik air dan solat.Setel semua ingat nak simpan beg di locker malangnya semuanya saiz kecik aje.Kalau ada locker besar memang kami bercadang nak terus ke Mount Seorak,maklumlah musim autumn ni Mount Seorak merupakan top spot,jadi nak beat d crowd kenalah berpagi-pagian ke situ.Maka terpaksa juga tunggu motel tu bukak untuk tinggalkan beg di sana.Jadi melepaklah kami di situ sambil layan internet.

   Pukul 7 lebih kami pun ke motel,sebenarnya kaunter buka pukul 8,tapi kami sajalah cuba nasib,lagipun tak jauh,kurang 5 minit jalan kaki ke situ.Syukurlah owner motel tu ada di kaunter,seorang lelaki muda dan fasih becakap English,jadi mudahlah urusan kami.Oppa ni memang sangat helpful,dah setel simpankan beg dia bagi direction pula nak menunggu bas Mount Seorak di mana.Katanya perjalanan naik bas lebih kurang 20minit hari ni,tapi waktu peak especially weekend boleh sampai 2 jam kalau nak ke sana.

    Sebelum tunggu bas singgah sebentar di convenience store,beli kopi panas,roti dan tuna onigiri.Dah cukup bekal kami pun menyeberang jalan dan tunggu bas untuk ke Mount Seorak.


Seoraksan National Park

   Dari Dongbu bas terminal tadi kena melintas ke seberang jalan untuk ambil bas ke Mount Seorak.Bas no 7 atau 7-1.Tambang ialah 1200w bayar cash,T money tak valid untuk digunakan di Sokcho.Lebih kurang 20 minit kami pun tiba ke destinasi.

jadual bas ke Seoraksan-seawal 5.35am,setiap setengah jam sehingga 9.45pm


   Awal pagi ni pengunjung belum terlalu ramai..kami terserempak dengan sekumpulan adik-adik Melayu,naik bas yang sama tadi.Dah bertegur sapa dan saling tolong ambikkan gambar depan patung beruang tu kami pun terus bergegas ke platform kereta kabel manakala adik-adik tu masih berjalan-jalan di bawah lagi.

revisit 2nd time

up to Gwongeumseong platform

   Kami beli tiket kereta kabel berharga KRW9000,beli 8.30am dan turn untuk naik 8.45am...lega sebab tak perlu tunggu lama.Kereta kabel ni akan membawa kita ke area Gwongeumseong fortress.
Kubu ini dibina semasa era Goryeo Dynasty lebih kurang 800 ratus tahun lalu sebagai pertahanan dari pencerobohan tentera Mongolia.Lagenda mengatakan 2 orang general bernama Gwon dan Gim membina fortress di sini dalam tempoh satu malam,banyak part kubu ini yang dah musnah..jadi hanya ada sebahagian runtuhan sahaja yang wujud sehingga hari ini.

   Dari Gwongeumseong platform  kena mendaki tangga lebih kurang 15 minit untuk ke bahagian puncaknya yang dinamakan Bonghwadae.Tambah sedikit effort lagi untuk mendaki puncak berbatu maka kita akan sampai ke rocky summit yang menjanjikan magnificent view.

   Nampaknya pokok-pokok di bahagian puncak Mount Seorak ni banyak dah togel.Kami duduk-duduk santai di area Bonghwadae sambil makan onigiri tuna,lepas tu baru sambung misi mendaki puncak berbatu itu,aku rasa ralat sebab last time datang tak naik sampai ke summit.


daun semua dah gugur

saki baki daun yang tinggal

   Akulah yang paling bersemangat nak tuju puncak tu sementara AJ teragak-agak...dia rasa seriau bila pandang ke bawah.Aku pun kena jadi cheerleader nak bagi semangat padanya.Halfway ke atas AJ nampak macam nak surrender...oklah aku tak mau push lagi,menangis pulak nanti..hehehe.Lagipun pakaian kasual kami ni sebenarnya tak sesuai untuk hiking.Tapi aku tak kisah,walaupun lepas tu memang ada komplikasi macam kasut calar bergesel dengan batu dan zip jaket sikit lagi nak tercabut....aku tetap teruskan sorang diri ke puncak.

summit of Gwongeumseong

menuju puncak...

sayup di bawah

   Alhamdulillah misi berjaya,terpana menghayati pemandangan indah...gunung ganang,lautan,lembah,bandar.....mula-mula terasa ketar jugak kaki sebab kat atas ni ruang kecik dan berbatu,gayat juga pandang ke bawah.Lama-lama baru steady.
Aku minta tolong dengan pengunjung lain yang ada di situ ambilkan gambar.Lepas tu mereka semua pun turun dan aku berseorangan di situ...masih belum mau turun lagi.

lihatlah sekitar alam

lembah Seoraksan

lembah dan sungai kontang

rocky mountains

   Tak lama kemudian naik sekumpulan remaja sekolah bersama cikgu-cikgu mereka.Rupanya dari Jepun..tanpa disuruh salah seorang dari mereka offer ambilkan gambar aku..bagus sungguh.Dalam pada tu tetiba AJ muncul dengan muka bangga...wah,wah sampai jugak member aku ni.Katanya salah sorang remaja lelaki Jepun tulah yang tolong dan tarik dia sampai berjaya ke puncak.Bagusnya budak Jepun ni...gentleman sungguh.

bravo my fren!
   Kami pun bergambar-gambar lagi,masih terpancar riak cemas dan seriau di muka AJ.Kami pun gerak turun semula sebab pengunjung pun dah makin ramai.On the way turun sekali lagi AJ berperang dengan fobia...lagi gayat dibuatnya sebab kali ni memang kena pandang ke bawah...walaupun nak menangis akhirnya berjaya juga ...macam masuk fear factor pulak jadinya.Lepas tu kitaorang lepak-lepak lagi sambil makan bekal roti dengan kari ayam dalam tin dan juga sambal bilis.Orang lalu lalang senyum je tengok kami picnic kat situ.


moh ler turun..

kita makan duluu...

   Kami menaiki cabel car semula untuk turun.Nampak queue nak naik sangat panjang.Dah ramai orang membanjiri Seoraksan time ni.Kami sambung jalan-jalan dan menikmati autumn foliage di lembah Mount Seorak.












diari hatiku...
Ok dah boleh tick satu top autumn spot dalam list...tengahari kami pun beransur meninggalkan Seoraksan National Park,bersyukur sangat dapat sampai awal pagi.Waktu kami gerak nak balik ni keadaan memang sesak,tempat parking kereta nampak full,bas pelancong bertali arus datang.



beransur pulang


Bye Seoraksan....rasanya cukuplah 2 kali bertamu di sini.Petang ni nak sambung jalan ke attractions lain di Sokcho...sambung next entri.


Sambung

Saturday, February 20, 2016

CHASING AUTUMN 5 : Taejongdae Park & Busan Al-Fatah Mosque

Thursday 29 October

Taejongdae Park

   Kami menaiki bas nombor 17 dari Gamcheon dan berhenti di bus stop Nampo station.Tiba je di situ kami singgah ke underground shopping complex,AJ pun mencari boot baru juga sebab kakinya pun dah start sakit masa berjalan di Gamcheon tadi,tak lama pun kami di situ,dengan deretan pelbagai kedai dan macam-macam pilihan tersedia tak susah nak cari yang berkenan di hati,dapat harga sama dengan boot aku beli pagi tadi.Selesai di situ kami pun keluar semula untuk menaiki bas ke Taejongdae.

Direction ke Taejongdae

Bus stop berhampiran exit 6 Nampo-dong station
Tunggu bas 8,30,66,88  Taejongdae adalah stop terakhir

turun dari bas dan berjalan 5 minit ke depan lagi arah Taejongdae

dari entrance kena mendaki ke  arah kaunter tiket Danubi train

   Kami menaiki bas no 8 dengan tambang sebanyak KRW1300 menggunakan kad T-money.Perjalanan memakan masa lebih 40minit,sampai saja cari toilet dan selesaikan solat dulu.
Taejongdae Park merupakan satu lagi tourist spot yang popular di Busan,dinamakan sempena nama raja ke 29 Silla Dynasty di kurun ke-7 iaitu King Taejong Mu-Yeol kerana kawasan ini adalah tempat kegemaran baginda untuk memanah.Tiada bayaran masuk tapi untuk menaiki tour train yang mengelilingi park ini dikenakan bayaran KRW2000.Jika hari terang dan cerah boleh nampak pulau Tsushima yang terletak di Jepun dari park ini.

   Kami ke kaunter untuk beli tiket Danubi train,kalau dah ada tiket  boleh hop on dan off.Danubi train akan berhenti di 6 stop berhampiran dengan attractions yang terdapat dalam park ni.Pengunjung agak ramai petang ni,ada barisan panjang yang menunggu untuk naik train.Agak kecewa bila staf kaunter bagitau yang train seterusnya ialah pukul 4.45,awal dari time tu dah fully booked.Masa tu baru pukul 4pm.Fikir-fikir kami buat keputusan untuk jalan kaki sebab tak mahu membazir masa menunggu selama 45minit.


misi beribu langkah

   Ya pada mulanya memang seronok berjalan menikmati alam di taman yang hijau dan ada pemandangan tebing serta lautan membiru.Udara yang segar dan pemandangan kapal serta bot belayar di laut memang mengasyikkan.Tapi lama kelamaan rasa letih pula sebab jalan yang berbukit bukau,terseksanya anggota kaki ketika ini.Apa taknya lepas Gamcheon pulun jalan di Taejongdae pula,bukan jalan santai sebaliknya strenuous walk.Kalau tenaga memang maksimum dan ada banyak masa untuk explore memang bagus bersenam jalan kaki sambil ambil angin di sini.Tapi untuk keadaan kami ni jalan-jalan cari pasal namanya. Paling sedih sebab train 4.45pm dengan bangganya dah mendahului sebelum sempat kami sampai ke Observatory deck.


jauh lagi wehh..

fighting!!

scenic walking trail

lukisan alam

remang senja di Taejongdae

   Akhirnya sampai ke Observatory Deck,bolehlah enjoy panorama laut dan cliffs puas-puas.Ada statue Mother&Children di perkarangannya.Simboliknya adalah untuk mengingatkan tentang kasih ibu dan menghargai kehidupan.Ha dah kenapa pulak ya ada mesej macam tu,sebabnya suicidal rate di Korea ni agak tinggi dan Taejongdae ni merupakan famous spot untuk orang yang putus asa mengakhiri hidup mereka...jadi statue ni diharapkan dapat menghentikan niat yang sadis itu.

Mother & Child statue

Observatory Deck

   Destinasi yang penting dan wajib singgah adalah Yeongdo Lighthouse yang menjadi mercu tanda Taejongdae park ni.Sengsara bersambung lagi sebab kena turun bukit yang banyak sangat anak tangga.

   Lighthouse yang asal dibina pada tahun 1906, ia diganti dengan rumah api yang baru pada tahun 2004 dan bersamanya dibina Art Gallery & Gallery of Natural History.Dikatakan ada footprint dinosour ditemui di kawasan ini dan artifak tersebut dipamerkan di Galeri Natural History tersebut.


Yeongdo Lighthouse

Gerbang 'Light beyond Limitation' simbol untuk rakyat maju bersama dengan penuh harmoni dan kemesraan





   Teringin juga nak turun ke Sinseon Rock,tapi masa tak mengizinkan dan yang lebih utama sebab kaki dah mampu nak menurun puluhan anak tangga lagi untuk ke situ.So tengok dari platform di lighthouse tu jelah.Ada lagenda yang famous di sini tentang sebuah tunggul batu yang dinamakan Mangbuseok.Kisahnya di zaman dahulukala ada seorang isteri yang setia dan sabar menunggu kepulangan suaminya yang telah ditangkap dan dibawa ke Jepun.Akhirnya wanita itu bertukar menjadi batu akibat penantian yang tidak berpenghujung...love story with sad ending..sedihnya.Kisah kami pun sedih jugak harini,kaki ni sikit lagi nak membatu kerasnya...tapi itu akibat tak sabar menunggu punya pasal.

ada tent menjual fresh sashimi di bawah sana

Sinseon rock-tebing di pinggir laut


Mangbuseok -tunggul batu di tengah Sinseon rock



   Dah habis sesi bergambar kami pun dengan susah payahnya mendaki balik tangga tadi..pelan-pelan sampailah ke atas semula...tabahkan jelah kaki,memang part ni mencabar sekali.Kami plan nak naik Danubi train untuk keluar sebab nampak macam ada vending ticket machine di train stop tadi.Tapi kecewa betul sebab mesin tu dah berkunci.Nak taknak terpaksa berjalan keluar juga.tak sanggup nak terus jalan mengelilingi  park ni sebab  kami jangka lebih membukit lagi jalannya.Jadi kami pun berpatah semula menggunakan laluan tadi.


nite seascape from Taejongdae


   Jalan balik agak laju sebab banyak turun bukit,lebih kurang 20minit untuk berjalan keluar...sabar jelah meredah park yang kelam dan jalan malap  tatkala matahari dah pun melabuhkan tirainya.Creepy jugak rasanya tapi masih ada juga pengunjung yang berjalan ke arah observatory deck,ambil angin malam barangkali.Alhamdulillah lega amat bila dah sampai semula ke entrance,terjelepok seketika kepenatan.

hanya mampu kulihat

misi tamat-fuuh!!

   Kami keluar menunggu bas berseberangan dengan tempat turun tadi.Kali ni kami naik bas no 30 untuk ke bus stop di Nampo station.Turun di Nampo kami terus naik subway,mujurlah tak perlu transfer line,dapatlah rest lebih kurang setengah jam sebelum tiba ke Dusil station,metro stop untuk ke Busan Al Fatah Mosque.

Restoran Morocco Casablanca,Busan

   Kami bercadang nak makan,solat dan bersiap-siap sebelum naik bas malam ni di area masjid.Terdapat 2 restoran halal berhampiran masjid Busan iaitu Cappadocia Turkish Kebab House dan Morocco Casablanca.Kami pilih Morocco Casablanca untuk dinner malam ni.

Untuk ke area masjid ni memang mudah sahaja,ni direction kami ke sana :

Subway Dusil Station #exit 8
Jalan terus je ke depan kira-kira 300m lepas keluar exit 8
Sampai di persimpangan jalan,boleh nampak signboard Islamic Centre ke arah kanan (landmark- ada kedai tayar di hujung blok dan petrol pump station di seberang jalan)
Belok kanan dan jalan terus,akan jumpa Restoran Cappadocia di sebelah kanan
Untuk ke restoran Morocco Casablanca dan masjid jalan hingga hujung dan belok kanan,kemudian masuk ke sebuah lorong kecil di sebelah kanan,entrance ke masjid letaknya di sini.


exit 8 Dusil station

kedai tayar di simpang jalan

signboard Islamic Center arah kanan (warna coklat)

jalan terus hingga hujung,bangunan putih sebelah kanan ialah Cappadocia Turkish Kebab House

bersembang seketika dengan warga Indonesia yang bekerja di restoran Cappadocia 


lorong kecil ke arah masjid

   Seperti yang dirancang kami pun naik Restoran Morocco Casablanca yang terletak di tingkat atas di sebuah bangunan bersebelahan masjid.Tiada pelanggan lain ketika ini.Mungkin kerana hazab menapak seharian tadi menyebabkan kami kurang selera nak makan, tak jadi nak order Moroccan dish yang nampak macam agak heavy.Kami pilih menu yang bukan Moroccan..aku order BBQ chicken with rice dan AJ order beef dish dengan rice,ada side dish chickpeas dan potato croquettes.

Morocco Casablanca Restaurant

dinner
   Verdict makan sini...so so saja,ayam BBQ aku actually ayam goreng,dan side dish potato tu keras kejung...mungkin faktor kedai yang dah nak tutup jugak kot,jadi makanan yang reheat dan mungkin dah dimasak dari pagi tadi agak kurang menancap selera kami.Kami mengisi perut ala kadarnya,banyak sangat berlebih memandangkan portion pun besar.

Busan Al-Fatah Mosque


Busan Al-Fatah Mosque


   Selesai dinner kami ke masjid,dah gelap sebenarnya,tapi just tinjau kalau boleh masuk tumpang solat,kat luar pun jadilah.Rupanya pintu tak berkunci,bila jengah ke dalam ada ruangan macam dapur dan ada seorang lelaki rasanya siak masjid di situ.Rupanya dia warga Indonesia,kami bertanya ruangan untuk solat,sambil tu aku bertanya kalau ada shower di masjid.Beliau dengan senang hati menunjukkan sebuah ruangan bilik lengkap dengan dapur dan bilik air,katanya memang ruangan lodging untuk muslimah,katanya kalau nak tumpang tidur di situ pun boleh.Kami pun kata cuma nak tumpang bersiap sekejap sahaja sebab akan bertolak ke Sokcho malam ni.Kami mengucapkan terima kasih dan pak siak pun beredar setelah menunjukkan kepada kami ruang penyimpanan telekung dan sejadah.

Lodging untuk muslimah-ruang tamu,bilik air dihujung sekali

dapur

bilik

   Wah kagum kami dengan kelengkapan di sini,ada ruang tamu,dapur dengan fridge,sebuah bilik dan juga bilik air yang dilengkapi water heater dan juga washing machine,wifi pun ada.Kami pun mandi,solat dan bersiap segera.Menjelang 9.30pm kami dah bersedia,sambil tu top air di water dispenser yang disediakan.Kami ke ruangan dapur tadi,kali ni lelaki warga Indonesia yang lain pula berada di situ.Kami mengucapkan berbanyak terima kasih dan kemudian bergerak semula menuju ke Dusil station.


Busan Nopo-dong Express Bus Terminal

   Hanya berjarak 3 station dari Dusil station,Nopo-dong station merupakan last station untuk metro Line 1 ini.Lebih kurang 10pm kami tiba di express bus terminal bersebelahan dengan Nopo-dong station ni.

   Lepas ambil beg dari locker kami pun turun ke tingkat bawah untuk ke platform 28.Tak susah pun nak mencari,bus terminal ni nampak sistematik dan ada signboard English.Tak lama menunggu bas pun tiba,kami pun letak beg besar di bawah.Sangat selesa night bus ni dengan seat arrangement 2-1.Tempat spacious,bas pun tak penuh.

tiket nite bus ke Sokcho

platform 28

nite bus dengan seat 2-1

   Seperti biasa public transport di sini memang menepati masa.Tepat 10.40pm bas pun bergerak meninggalkan terminal menuju ke Sokcho.Apalagi agak-agak dah menyelesakan diri masing-masing pun mula belayar melayan mimpi.Namun lena itu taklah lama...sambung cerita di next entri.


Sambung