Pages

Friday, January 29, 2016

CHASING AUTUMN 4-Bujeon Market & Gamcheon Culture Village

Thursday 29 Oct 2015

Nopo Express Bus Terminal

   Hari kedua di Busan,sementara bersiap  aku merendam pek nasi goreng instant dalam termos air panas yang dibawa AJ,kami bersarapan di bilik saja,memang tiada cafe atau ruang makan di hotel ni.Selesai makan kami pun check out.

   8.30am kami gerak ke Choryang station,beli 1 day pass metro yang berharga KRW4500.Dari sini tak perlu tukar train,stay saja di Line 1 hingga ke stesen terakhir sebelah hujung sana iaitu Nopo station.

Perjalanan mengambil masa 45minit.Bangunan Nopo Express Bus Terminal bersambung dengan bangunan stesen subway,jadi keluar je dari palang exit tu  terus ikut signboard arah ke kiri untuk ke terminal bas.

   Kami cari locker dulu untuk simpan beg,satu locker besar berharga KRW3000.Selesai simpan beg dan bawa barangan yang diperlukan kami pun menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas ke Sokcho malam ini.Kami pilih bas pukul 10.40pm dengan tiket berharga KRW46000,untuk perjalanan lebih kurang 7jam+ aku menjangka kami akan sampai di Sokcho sekitar 5.30am.

Bujeon Market

   Lega bila dah dapat tiket untuk malam ni.Selesai di situ kami pun naik semula subway dan berhenti di stesen Bujeon.Aku berhajat nak ke Bujeon Market,nak cari kedai Goraesa Co yang terkenal dengan eomuk (fish cake croquettes ).Hanya 100 ketul sahaja dibuat setiap hari,memang cepat je sold out,kalau teringin kenalah datang awal ke sini.

   Berpandukan direction yang diperolehi di internet kami kena keluar exit 9,tapi puas mencari sigboard yang ditunjukkan hanya sampai exit 8 saja.Kami keluar exit 8 dan nampak ada Twosome Place Cafe,singgah sebentar di situ dan duduk sekejap menikmati minuman panas.Tanya pada staff di situ katanya memang ada exit 9,tapi sebab language barrier maka tak dapat nak diterangkannya dengan lebih detail.


mengopi dulu

   Turun semula ke subway dan kami nampak arah ke Bujeon Market keluar ikut exit 1.Sebab kami keluar exit yang berbeza dari direction yang diberikan maka aku pun tak pasti dah arah nak mencari Goraesa Co tu.Jadi kami ronda saja tengok suasana di market tu.Dah jalan-jalan kami turun semula ke subway station.


Bujeon Market,Busan

musim buah persimmon(pisang kaki)

inside Bujeon Market

   Sempat singgah ke underground shopping centre.Aku nak cari kasut baru sebab kaki ni rasa begitu terseksa dengan kasut yang baru dibeli di Malaysia hari tu,kasut yang dipakai  terasa keras mencengkam dan tak sesuai digunakan untuk muka bumi Korea yang berbukit dan banyak tangga ni.First kedai kami singgah aku dah nampak yang berkenan,bila try rasa selesa yang amat,terus pakai yang baru,murah je beli boot harga KRW25000.

Gamcheon Culture Village 


Gamcheon Culture Village,Busan

   Destinasi seterusnya ialah ke Gamcheon Culture Village,tak lengkap lawatan ke Busan kalau tak jejak sini.Asalnya adalah penempatan setinggan yang dibina selepas Korean War pada tahun 1950an di kawasan berbukit.Bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 kerajaan tempatan  melancarkan berbagai projek pembaikan,pemuliharaan dan seni untuk menjadikan penempatan ini sebagai arts n culture hub.Ternyata projek-projek tersebut berjaya menjadikannya destinasi pelancongan yang unik dan menarik dan digelar juga dengan nama Santorini of Korea atau Lego Village.

Direction kami ke sana seperti berikut:

Subway   Bujeon station--> Toseong station  #exit 6
Dari exit 6 belok arah kanan dan jalan sampai hujung,kemudian belok lagi ke kanan dan jalan terus arah Busan Cancer Centre yang terletak di sebelah kanan.
Tunggu  bas 2 atau 2-2 di bus stop depan hospital tersebut.
Kalau ramai rasanya lebih kos efektif naik teksi.

   Boleh gunakan T-money untuk bayar tambang,first time guna semula kad T money kami yang dibeli tahun 2013 dulu,mujur masih ok dan banyak juga baki yang ada dalamnya,harga tambang ialah KRW1200.Perjalanan lebih kurang 15minit,agak ngeri juga sebab driver bawak laju di lereng-lereng bukit menghala ke Gamcheon.


Becoming One Photo Zone

Welcome to Gamcheon-dong
   Turun dari bas kami ke 1st lookout point  dulu,jalan depan sikit je dari tempat turun bas tadi.Dah bergambar di situ jalan patah ke belakang semula dan masuk di lorong yang ada deretan kedai.
Kami singgah di bangunan tourist info untuk beli  English map yang berharga KRW2000...memang amat berguna sebagai panduan masa jalan-jalan kat sini,staf di situ menerangkan laluan yang patut kita ambil,elok ikut route ni sebab nanti takdalah sesat barat dan membazir tenaga.


masuk ke lorong entrance


Bangunan tourist info warna kelabu dengan signboard biru

menerangkan tour course

   Banyak info dalam map tu,termasuk makna segala artworks yang ada kat Gamcheon ni,kalau rajin boleh lengkapkan misi Housing Project Tour,ada sembilan tempat yang kita boleh singgah dan cop kat ruangan dalam map tu,2 dari 9 tempat tu iaitu di Haneul Maru dan Community centre kita akan boleh dapatkan poskad percuma juga.

   Berbekalkan peta di tangan kami pun mula menjelajah,memang banyak aktiviti pendakian kat sini,tapi tak rasa penat pun sebab santai saja dan banyak stop sana sini untuk bergambar.Paling menarik pada aku ialah di Haneul Maru rooftop.View dari sini memang sangat cantik,nampak keseluruhan Gamcheon Village ,sebahagian bandar dan pelabuhan di Busan.


mendaki tangga sempit ke bumbung Haneul Maru 

view from Haneul Maru rooftop


Rooftop view of Yongdusan and downtown,Busan Harbor and Gamcheon Harbor

dapat poskad free di Haneul Maru

   Kami singgah di Kevin shop,sebuah gerai menjual ring holder untuk handphone ..dekat sini aku seronok sangat sebab dapat ring holder warna gold berbentuk aeroplane,harga sebenar ialah KRW15 000 tapi dia jual hanya 10k sahaja sebab ada slight scratch,halus sangat defect tu,almost tak nampak pun sebenarnya.

Kevin shop

ring holder for mobile phone

    Gamcheon ni memang padat dengan hasil seni,yang cantik,yang pelik,yang simple semua ada.Umumnya berkisar pada mesej kebebasan,perpaduan dan keharmonian.Ada juga dinding disediakan khas untuk pengunjung menulis mesej keamanan.Tapi macam-macam benda yang tak berkaitan pun tertulis kat situ,ikut kreativiti masing-masing.


Gamcheon artwork

House of Peace-Room of Plates/Moon Room
   Jenuh juga penduduk kat sini angkut barang,kot nak beli perabot ke,barang letrik ke,even barang dapur yang berat-berat tu memang bertabahlah banyak-banyak,mungkin kena gotong royong ramai-ramai,bukan senang nak lalu di celah-celah laluan yang sempit sambil mendaki tangga pula.Sebab tu ada tangga yang dinamakan Stairs to See  Stars sebab tangga yang tinggi dan curam ni boleh menyebabkan pening dan pitam nak-nak kalau mendaki sambil bawak barangan berat.Boleh cuba untuk pembuktian,kami memang skip la...sayang kaki,panjang lagi perjalanan nanti.

Tree of Hope-arrows represent life's orientation and future visions

lorong sempit


148 anak tangga curam di celahan sempit antara bangunan


boleh cuba mendaki 148 mata tangga ni untuk rasa berpinar sampai nampak bintang-bintang 


mural comel di parking lot

   Alhamdulillah berjaya menamatkan tour course,hampir 2 jam juga masa diperuntukkan untuk pusing keliling Gamcheon ni,disebabkan kawasan ni berbukit dan banyak tangga curam,memang penting pakai kasut yang selesa di sini.



Famous Photo zone spot with characters from Little Prince and Desert Fox movie

Book Cafe-Traces

Our Village Gamcheon-many houses which look similar but are different resemble people and we can feel sense of unity within diversity


bored ahjumma

last stop-Community Center

   Selesai meronda kami pun beredar,kami tak naik bas yang sama macam tadi sebaliknya menuju ke perhentian bas no 17,tempat ni bukan bas stop sebaliknya macam kawasan lapang yang dijadikan terminal bas 17.Staff di tourist info tu yang bagitau tentang terminal ni bila dia tanya kami nak ke mana selepas Gamcheon. Bas no 17 ni lalu di Nampo,kami hendak ke situ untuk ambil bas ke Taejongdae pula.Memang tak perlu menunggu pun sebab bas 17 sentiasa ada banyak di situ.Tambang pun sama macam datang tadi iaitu KRW1200.Lega dapat duduk dalam bas dan meluruskan urat kaki yang dah mula tegang,kami pun meninggalkan perkampungan Gamcheon yang berwarna warni itu...Anyeong.

Sambung



Wednesday, January 20, 2016

CHASING AUTUMN 3-Nite at Busan

28 October 2015

Misi Gagal JJCM

   Plan malam ni sebenarnya nak pergi express bus terminal di Nopo station untuk book tiket ke Sokcho malam esok,maklumlah takut jugak kalau lambat beli tiba-tiba dah sold out ke memang kacau bilau plan dibuatnya.Tapi sebab terminal Nopo ni jauh kami bertanya dulu pada receptionist hotel.Bagusnya diorang terus contact office bus terminal tu untuk tolong tanya,tapi sayangnya tak berangkat.Then staff tu cadangkan pergi je sana pagi-pagi esok,tak perlu pergi malam ni.Fikir-fikir ok jugak cadangan tu,memang malas pun nak pergi malam ni sebab jauh,lebih kurang 40minit naik subway nak ke sana.

   Oleh kerana dah cancel plan ke sana maka kami bercadang nak pergi makan dulu sebelum ronda-ronda tepi pantai.Ada terbaca website Visit Korea tentang sebuah Muslim Friendly restaurant Sokssiwonhan Daegutang yang menyediakan sup ikan cod,ikut artikel tu kena turun di station Jangsan exit 7.Kami pun follow je direction tu,dari Choryang ke Soemyeon,tukar ke Line 2 dan pergi ke stesen Jangsan yang terletak di hujung-hujung line 2.Jauh perjalanan,dekat 45 minit baru sampai.

dipetik dari website www.visitkorea.com

   Dah keluar exit 7 Jangsan station tu kami plan ambik teksi je ke restaurant tu,tapi driver taxi pulak cakap restoran ni area Haeundae,better ambik subway ke Haeundae station...pulak dah,Oklah...turun balik subway pegi Haeundae pulak.Dah keluar dari stesen Haeundae pergi lagi cari teksi,kena reject jugak sebab katanya restoran tu tak jauh dari subway,jalan kaki je.Teksi kat Korea or Jepun ni kadang pelik sikit,kalau dekat dan tempat tu boleh jalan kaki memang dia tak mau hantar,nak merayu rasanya tolonglah hantar walaupun dekat sebab kami memang tak tau nak cari..tak reti pulak nak cakap macam mana,sudahnya pasrah ajelah.

   Pernah terbaca blog yang bagi direction ke situ,tapi tak berapa detail.Nak browse time tu takda internet pulak..dasar kedekut taknak sewa wifi...konon nak survive unplugged.Maka ikutkan ajelah kaki melangkah ke mana.

    Ok dah ronda-ronda tapi memang blur ke mana hala kami pun mengalah,ada juga nampak seafood restaurant tapi ada serve pork juga,jadi angkat bendera putih,misi gagal ...mintak tolong dengan Bang Brahim jelah nanti.Jadi teruskan dengan jalan-jalan tepi pantai.

area Haeundae

lintas jalan di sini dan berjalan arah Haeundae Beach

    Hasil carian lepas balik hotel rupanya restoran tu terletak berhampiran pelabuhan di Mipo lane,bangunan menghadap laut sederet dengan Navi Hotel.Dari Haeundae station exit 3 atau 5.Tu jelah info yang dapat,simpan untuk rujukan sendiri kot terpergi Busan lagi nanti.

Haeundae Beach

   Kami pun berjalan arah pantai Haeundae yang sangat popular kat Busan ni.Malam pun meriah area sini,ramai juga yang bersantai tepi pantai.Ada yang buat street performance..orang main muzik,nyanyi...happening  je.Nightscape di pantai ni memang sangat cantik,limpahan cahaya bangunan,pantai yang bersih,ombak yang memukul pantai,desir angin yang sejuk nyaman berteman bulan di langit..lama jugak kami bersantai dan layan blues situ.

Nightscape Haeundae Beach,Busan



Haeundae Beach,Busan

Haeundae Beach

ombak manja memukul pantai

street performance

layan lagu jiwang

persembahan mantap-berpotensi jadi artis K-pop

   Kami beredar dari pantai,sebelum naik subway  singgah kedai jap beli minuman favourite kat sini,banana uyu plus kimchi buat tambah lauk makan nanti.


Gwangan Bridge

   Naik subway dari Haeudae ke Gwangan station,sekejap je dah sampai,dari subway ni ambil exit 5 untuk ke Gwangalli beach.Masa ni dah agak lengang,lepas exit tu kami jalan straight je ikut arah signboard tapi lepas tu tak nampak dah direction arah ke mana.Nak bertanya takda pulak yang lalu dekat dengan kami.Kami pun cuba je belok simpang ke kiri dekat dengan sebuah petrol pump.Nampak sorang adik perempuan,tanya dia arah ke pantai ni,ok memang betul,cuma kena jalan beberapa blok bangunan..dalam 10minit nampaklah beach dan Gwangan bridge di  hujung jalan tu.

   Kat tepi pantai masih ada juga orang bersantai-santai jalan ambik angin malam.Tapi kami taklah bsantai sangat,laju je bergambar sebab takut nanti tak sempat kejar last train sebab agak jauh nak balik nanti.

Gwangan Bridge

Gwangan Bridge

bridge tema purple malam ni

   Gwangan bridge atau dikenali juga sebagai Diamond Bridge sepanjang 7.4km ni adalah salah satu mercu tanda di Busan,bila malam cantik sebab dilengkapi ribuan lampu LED yang artistik.Khabarnya warna lampu jambatan ni berubah setiap hari dan setiap musim.Ada light show selama 15 minit pada pukul 8 dan 10pm untuk hari Ahad-Khamis dan pukul 8pm,9pm dan 10pm hari Jumaat dan Sabtu.Masa datang ni kami tak tau pun tentang light show ni.

  Di samping Gwangan bridge tu,di pantai ni jugak ada sesuatu yang unik.Ada pancaran spotlight ke arah pantainya berbentuk tulisan  dalam English dan juga Hangul.Ada kata-kata puitis dan quote yang dipancarkan,kreatif sungguh diorang ni.Lebih kurang setengah jam kami pun beredar dari situ,kembali ke Gwangan station untuk ke Soemyeon station dan tukar ke line 2 untuk ke Choryang station.

Gwangalli Beach



metro yang lengang

    Late dinner malam ni...mujur Bang Brahim ada,kami mengisi perut yang lapar dengan nasi segera biryani kambing beserta sambal bilis yang dibekalkan oleh emakku dan kimchi yang dibeli tadi,Alhamdulillah perut kenyang,pukul 2 lebih barulah mata melabuhkan tirai.End of Day 1.

Sambung