Friday, October 12, 2012

GOLD COAST 4- Movie World

27 May 2012

Hari ni takda nak berpagi-pagi sangat..just follow schedule,spend d day kat Movie World.
Breakfast pukul 8 lebih,dah ramai orang time ni,macam biasa isi full tank,by 9am dah tunggu transport pick up kat luar hotel.




Movie World agak jauh sikit dari Surfer's Paradise...ambik masa lebih kurang 20min nak ke sana.Kawasan ni memang area untuk theme parks &tourist attractions...dekat-dekat situ ada Wet n Wild Water World,Australian Outback Spectacular ,Paradise Country Farm seberang sana sikit Dream World.Memang convenient nak berjimba-jimba kat Gold Coast ni..suppose tak payah ambik pun apa-apa pakej sebab semuanya boleh arrange sendiri..nanti diulas lebih lanjut.

Movie World ni theme parks by Warner Bros,taklah se gah Universal Studios di LA tapi biasalah theme park mesti happening.Alhamdulillah cuaca baik..untungnya Gold Coast ni weather dia agak stabil dan tak extreme  i.e subtropical climate...so selalu sunny walaupun time winter,cuma bila ada angin tu yang sejuk.Time ni tempat macam Sydney dan Canberra dah snow &sejuk sangat suhu kadang sampai negative,tengok peta macam tak jauh Brisbane dengan Sydney tapi bila baca road sign jaraknya lebih 900km...mak datuk jauh eh,patut pun weather dia tak sama.

Macam biasa bila masuk theme park first mesti tengok peta,then plan aktiviti..rides and show yang nak pergi.Rides yang paling thrill adalah Superman Escape...tu yang first kami tuju sebelum ramai orang beratur.Rides ni mula-mula santai macam konon-konon kisahnya macam naik metropolis subway,then tetiba ada earthquake so superman nak selamatkan korang dengan bawak rides ni terbang out dari subway tu....sebelum keluar terowong rides stop at 0km and suddenly propell  skyward at 100km/hr in 2 secs,tinggi pulak tu...then drop down...fuuh rasa macam nak melayang dari seat pun ada...betul2 terobang makcik...memang jerit kaw2 tak hengat dunia.Mujur dah warm up dengan rides kat seaworld semalam.




Lepas tu kami bgegas nak catch show Hollywood stunt driver...real-live drama involve aksi stunt dengan keta n motor...memang sangat cool..siap ada explosion di hujung citer.Habis tu kitaorang continue lagi enjoy rides yang best -Arkham Asylum,ada Green Lantern coaster nampak best tapi close for maintenance.Batwing spaceshot rides yg duduk and tetiba melonjak naik 60m and drop balik tu memang tak naik...aku tak suka feeling dia.Yang lain macam biasa ada 4D show,ada muzikal teater looney tunes character...kitaorang dah masuk tapi keluar balik sebab macam boring je..budak-budak suka la kot.









Kalau nak makan ada restoran halal di park ni tp sebab dah  full tank mcm biasa tak lunch pun,just makan kuih churros kegemaran kami,3pm + dah masuk asar so solat je kat prayer room yang disediakan.Lepas tu tengok parade untuk Warner Bros character..Batman,Robin,Catwoman,Joker,Looney tunes characters,Scooby Doo etc,tak sebanyak dan semeriah Disney tapi happening jugakla tengok diorang menari shuffle.Habis parade bgegas beratur untuk Scooby Doo spooky rides...rides dalam gelap,memang cool and best jugak yang ni.Habis tu cepat-cepat tour around untuk sesi bgambar dan membeli souvenir pulak..ngam-ngam masa sampai 5.30pm,cover la semua yang dah di plan.

















Malam keluar balik nak cari makan sekitar Surfer's Paradise,banyak jugak restoran halal.Kami singgah di small Egyptian takeaway,tak banyak kerusi meja kat situ tapi dapatla jugak duduk dan menikmati kebab yang sangat besar & sedap,1 serving lebih kurang AUD10,lebih rm30 tapi memang dah cukup mengenyangkan,ramah jugak tauke dia berborak,siap dapat fries free lagi.Dah makan kami pun jalan-jalan area tu,kedai sini by 7pm tu banyak yang dah tutup.Ada few souvenirs shop yang bukak..so ronda-ronda la dulu sambil tengok-tengok harga.Kebanyakan souvenirs shop sini tauke cina,nak beli kena rayau semua,baru dapat best price..maklumla kalau beza aUD50 sen pun convert dah lebih RM1.50,kenala pandai-pandai save mana yang patut kat tempat yang tukarannya mahal ni.


Habis aktiviti hari ni...sambung hari lain pulak



No comments:

Post a Comment