Friday, October 5, 2012

GOLD COAST 3-Yanguwah

26 May 2012

Balik hotel usai solat kami segera bersiap untuk ke Currumbin Wildlife Sanctuary.Silap jugak tak book transport sekali,bila call balik dah terlambat,suppose kena arrange by 2pm.So terpaksa cari public transport.Mujur tempat tunggu bas tak jauh sangat.Agak jauh jugak perjalanan ke Currumbin ni,apalagi petang sabtu waktu peak orang keluar jadi bas banyak berhenti,dekat sejam barulah sampai ke destinasi.




Kami sampai dalam 6.45pm.Ada dalam 20 orang audience malam ni.By 7pm program bermula di foyer cafe...Yanguwah ( perkataan Yugambeh-bahasa aborigin)bermaksud selamat datang.Ada short slide show introduce tentang sejarah  kaum Aborigin Australia ni.Selesai slide show kami di bawa masuk ke area santuary tu,first stop diorang demonstrate cara masakan tradisional yang dipanggil Kup Murri...dishes yang nak dimasak dibungkus dengan aluminium foil secara berasingan...ikan,ayam,pumpkin,mix vegetables,roti etc dimasak secara 'slow cooking' di atas timbunan batu dan bara api dalam tanah .Makanan ni akan dihidang masa dinner nanti...tak sabar nak rasa hasilnya.

Kemudian kami bergerak jalan dalam cahaya samar-samar sambil guide tu bercerita tentang lifestyle zaman dulu orang Aborigin ni dan perkenalkan dengan beberapa jenis tumbuhan yang ada di area tu.Gaya hidup dan tradisi mereka ni ada persamaan dengan suku-suku kaum seperti kadazan & iban yang ada di Sabah & Sarawak.Next stop khemah yang disediakan untuk cultural dance show dan tempat untuk dinner.

A group of Aborigin dancers pun memulakan show dengan tarian tarian asli mereka.Time ni tak dibenarkan ambik gambar sebab ni kira macam spiritual dance diorang,semuanya ada maksud tertentu..tentang asal usul mereka dan  hubungan rapat dengan alam,ada tarian memuja ancestors,ada tarian untuk mengajar anak memburu dan bekerjasama dengan clan mereka.Selesai tarian ni kami dibawa pula untuk melawat native animal.

Kami menuju ke tempat wildlife..macam jalan di night zoo pun ada.Ada Tasmanian devil tapi kecik je dalam kandang.Yang paling best kami dibawa untuk feed kanggaroo...first time encounter memang agak gayatlah jugak...teragak-agak  takut kena terajang ke apa tapi rupanya kanggaroo ni sangat jinak,berebut-rebut nak makan makanan yang kita pegang kat tangan.Wah seronok betul sampai leka kat situ,tapi kena gak beransur..ada sesi bgambar sambil pegang anak buaya kecik tapi kami tak berminat.




Lepas sesi ziarah haiwan native Oz ni kami balik ke khemah tadi untuk dinner dan enjoy show yang seterusnya.Makanan dah terhidang..memang harum bau masakan Kup Murri tadi.Ada nasi dan selection of lauk yang boleh dimakan...ada gulai lemak ikan,gulai lemak pisang campur rebung dan pumpkin/potato/roti baked dalam tanah tadi.Nak bagi spicy sikit kena taburlah banyak black pepper.Tapi memang sedap bertambah-tambah kami makan.Sambil makan diorang perform lagi beberapa cultural dance yang lebih happening lagi,kali ni boleh ambik gambar dan diorang jemput jugak beberapa audience untuk participate.Last session ialah bergambar dengan dancers atas pentas...lepas tu bersurai.Kalau berminat boleh bayar extra untuk bergambar dengan koala.Aku dan Sal nak terus balik je...sebelum tu singgah beli souvenirs sikit kat kedainya yang still bukak.








Kami berdua je nampaknya yang menapak ke bus stop untuk naik bas...orang lain nampaknya ada transport sendiri.Dah 9pm lebih..cuaca betul-betul sejuk malam ni.Lama jugak nak menunggu bas tiba...ada dalam 20min baru bas sampai,lega bila dah naik bas...risau jugak selain sejuk tempat tu agak sepi dan lengang.Dalam perjalanan pulang ada gang perempuan yang nak pegi clubbing tapi dah mabuk naik atas bas dan memekak...mujur tak buat yang bukan-bukan.Dekat pukul 11pm sampailah ke hotel...fooh produktif betul hari pertama ni,maklumla energy & spirit still tip top.Kami pun melelapkan mata...sedia untuk kembara hari kedua.

Bersambung....

No comments:

Post a Comment