Sunday, June 2, 2013

GOLD COAST 6 - Dreamworld

29 May 2012

DREAMWORLD

Schedule hari ni kena arrange sendiri.
Kami decide nak ke theme park juga i.e Dreamworld pulak
Transport dah arrange semalam,call Con-x-ion office,book transport n pay by credit card thru phone call..insyaAllah kat sini ok je buat transaction by phone.

Macam biasa pkul 8 lebih breakfast..dah hari ke 5 ni agak muak la juga makan makanan yg lebih kurang sama,tp still boleh isi full tank lagi.





Dreamworld ni tak jauh jugak dari area Movie Word,so dlm 20 mins sampaila sana.Hari ni selasa,orang tak berapa ramai.Cuaca pun agak mendung dan hujan renyai-renyai sikit.











Kami pun start dengan naik rides...ada 7 thrill rides kat sini,hari masih awl,setengah rides belum bukak pun lagi sebab takda orang beratur kot.So jalan-jalan dulu tengok sekeliling,lepas tu g naik rides...Buzz Saw,nampak scary,ada 5 orang je yg ada time kitaorang naik tu,2 tu malaysian girls.Bila dah start,kitaorang relax je tak rasa nak menjerit pun,tp 2 orang girls tu menjerit macam nak keluar anak tekak...mungkin tak biasa naik rides kot,kitaorang senyum simpul je,hehe...

Lepas tu continue dengan roller coaster,The Cyclone...nampak macam thrill,tp sama gak,bila dah gerak takla rasa thrill sangat pun,yg tu lagilah sepi je..orang putih lain yg naik sama pun senyap jugak.Next kami g tengok  3D show..biasa je.Lepas tu sambung balik dengan rides..kali ni dapat naik Motocoaster yang baru start operate..rides yg memang ditunggu-tunggu,sangat cool rasanya naik roller coaster dengan seat dia macam motorbike...yang ni memang kitaorang enjoy sebab tak pernah jumpa lagi.





Then pergi yang santai sikit...pergi drive Avis Vintage car dekat track yang disediakan...sebab tak ramai orang boleh naik 2 round,sekali Sal jadi driver lepas tu aku pulak.



Macam biasa rides yg jatuh2 terjunam ni memang tak naikla...memang nampak tinggi betul..2 rides bersambung sekali ie tower of terror n giant drop.


Kat park ni ada part untuk Australian wildlife..again kanggaroo n koala mesti ada,yg lain crocodile,tiger,snakes n show utk sheep shearing.Tapi takdala pergi tengok apa-apa animal show pun,just lalu tengok lebih kurang.Ada live Madagascar character punya show..tp biasala,lebih sesuai untuk budak-budak.Tak sampai 5 minit duduk kitaorang pun beredar n ambik gambar sekitar park.













Lepas tu round keliling park dengan train pulak.Last gi naik lagi satu ride The Claw...macam giant claw dok hayun tinggi-tinggi sambil berpusing...wah seronok tapi seriau juga bila pandang ke bawah.





So habis dah round satu park,semua rides yang penting dah naik without que,by pukul 12 lebih dah setel,lepas beli churros kegemaran kitaorang pun balik.Petang ni nak ke Skypoint di Surfer's Paradise pulak...boleh tengok sunset.

Sambung

No comments:

Post a Comment