Friday, September 27, 2013

SOUTH KOREA 6: JEJU ISLAND- East Course Tour


30.3.2013

Hari tour yang ke-2

Ada 5 destinasi hari ni....jelajah  East Jeju pula

1.TRICK ART MUSEUM

-Destinasi pertama hari ni memang sangat menarik sebab none of us yang pernah ke tempat macam ni.Trick art ialah 3D paintings menggunakan saintifik n special teknik so lukisan tu nampak hidup dan menghasilkan optical illusion yang sangat awesome.Trick art ni dicipta oleh orang Jepun Genz Gazmune 20 tahun dulu n sejak tu jd sangat popular.Effect pada gambar memang superb tapi kena pose ikut instruction baru menjadi.
-Ada 7 theme -Parody zone (famous paintings &sculptures) /Animal zone/Jurassic zone/Aquarium zone/Egypt zone/Magic zone /Illusion zone.
-Untuk bergembira kat sini wajibla ada at least sorang kawan,klau tak memang jenuh la,takkan nak mintak tolong orang je snapkan gambar sebab semua orang pun sibuk dengan kamera masing-masing.
-Macam biasa memang kena laju-laju so boleh cover semua zone,masa 40min je rasanya,ada jugaklah yang tak sempat nak ambik,anyway memang seronokla pagi-pagi dah bergelak sakan kat tempat ni.








2.SEONGEUP FOLK VILLAGE

-tempat ni adalah antara lokasi penggambaran period drama Korea yang sangat famous Dae Jang Geum(Jewel in the Palace).





-terletak di kaki gunung Halla tempat ni adalah cultural village yang well preserved,selain rumah tradisi yang still ada penduduk,bangunan lain termasuk Confucian shrine,sekolah,ancient government office,stone statue,monument,fortress ruins.Ada juga pokok pokok zelkova yang  usianya dah beratus-ratus tahun.

Yeha Tour Group photo





-Lava rock warna hitam dijadikan pagar-pagar tembok,ada banyak stone grandfather statue (Harubang) wc is prime feature kat Jeju ni.

harubang-smbr gbr internet

-Gate depan rumah kat sini agak unik...terdiri dari 3 rod kayu yang dipanggil jeongnang,ianya membawa mesej tertentu,kalau satu bar je yang diletak maknanya tuan rumah keluar sekejap ,2 bar tuan rumah takda sepanjang hari,3 bar maknanya tak balik hari tu.Mesej ni disampaikan supaya jiran-jiran tau dan boleh tolong jaga ternakan kalau keluar lama.Mereka percaya each other dan hidup saling tolong menolong.



-Ada  jar galas di bahu..ancient women di Jeju guna bekas ni untuk angkut air sebab air kawasan ni dulu  terhad dan sumbernya agak jauh.Kalau tengok cerita jewel in the palace tu ada scene Jang geum cari air dan bawak bekas macam ni.

smber gbr intrnet


-Habis tour kat sini kami luch dekat restoran berhampiran,untuk vegetarian meal dihidangkan bibimbap,rice mixed dengan various vege and telur mata kerbau separuh masak.Memang sedap menjamu selera,habis makan kami pun beransur ke destinasi seterusnya.




3.SEONGSAN ILCHULBONG PEAK

-next stop adalah another hiking destination,Seongsan Ilchulbong...asalnya dari bawah paras laut dan timbul akibat letusan gunung berapi lebih 100 000 ribu tahun yang lalu.Di puncaknya ada volcanic crater dengan diameter sepanjang 600m,tempat ni diiktiraf sebagai Unesco World Heritage site.
-Dengar ceritanya di sini sangat magnificent untuk tengok sunrise.Dengan masa yang terhad,about 40 min untuk turun dan naik...mendaki dengan laju memang mengorbankan banyak kalori...seperti biasa banyak stop untuk ambik nafas dan ambik gambar.Kali ni keempat-empat kami berjaya ke puncak...sangat berbaloi tengok view dari puncak bukit.Crater tu just lembah yang berumput je,ingatkan ada sulfur macam volcano Tangkuban Perahu di Bandung tu.








4.WOMAN DIVERS SHOW

-Di tempat yang sama,turun dari crater tu kami terus menuruni tebing ke tepian laut pulak untuk tengok woman divers(Haenyeo-sea woman) show.Haenyeo merupakan satu pekerjaan yang unik bagi wanita Jeju dan kebanyakan divers adalah warga emas.Yang usia lebih 70 pun ada.Divers ni menyelam untuk megambil hasil laut macam abalone,clams dan seaweed dan jadi mata pencarian mereka.Hebatnya mereka meyelam up to 20m depths tanpa oxygen tank pun,hanya dengan pakai diving suit dan bawak float untuk menandakan kedudukan mereka.Bagaimanapun pekerjaan tradisi ni makin kurang diwarisi sebab anak-anak mereka dah tentulah menceburi bidang pekerjaan yang lain..lama-kelamaan kerja sebagai Haenyo ni akan tinggal sebagai sejarah je.
-Kami tak sempat pun tunggu divers tu muncul balik dengan hasil tangkapan sebab by 2pm dah kena naik bas untuk gerak ke destinasi seterusnya.




5.MANJANGGUL LAVA TUBE CAVE

-perjalanan diteruskan ke destinasi terakhir hari ni,lava cave yang juga another Unesco World Heritage site.
-Lava tunnel ni terbentuk bila lava yang terpendam meletus dari puncak gunung berapi dan mengalir ke permukaan bumi.
-Gua ni adalah sepanjang  13 422m,only 1km portion yang dibuka untuk public.Lava ni membentuk banyak struktur yang menarik,stalagtites,stalagmites,lava column setinggi 7.6m dan macam-macam bentuk menarik lagi termasuk stone turtle yang membentuk struktur macam peta Jeju Island.
-Dalam gua ni memang lembab &chill..temp  range 10-21 degree,untuk sampai ke hujung kenalah berjalan sepanjang 1km in and 1km untuk keluar balik,again kami marathon selaju-lajunya supaya sempat bergambar and cepat keluar sebab sejuk dan nak rebut masa supaya sempat solat sebelum bas bertolak balik.





Selesailah Yeha tour around Jeju untuk 2 hari ni,memang mencabar fitness sebab tak boleh jalan santai-santai.Hajat dihati nak singgah tapak festival cherry blossom  semalam untuk beli lagi strawberry dan twist potato yang sangat sedap tu.Tapi kami takda beli apa-apa souvenir pun dari Jeju lagi,masa tour manjang tak sempat singgah ke souvenir shop disebabkan masa yang suntuk.

So on the way balik kami turun di Jeju city centre...mencari kedai souvenir,tapi kebanyakannya jual souvenir Korea dan bukan khusus dari Jeju.Kalau ada pun dari Jeju semuanya dalam bentuk patung-patung Harubang tu..ish tak berkenan lak beli souvenir gitu.So mission not accomplished,dari situ kami ambil teksi dan berhajat nak ke  Yeonoonae vegetarian restaurant,tp memandangkan direction yang kami dapat agak tak clear n pakcik teksi pun tak sure tempat kat mana,setelah berpusing-pusing dan tak jumpa kami decide untuk balik jelah ke hostel...kecewanya.So singgah convenient stor beli instant rice,kimchi n banana milk..malam tu dinner dengan stok lauk instant dari Malaysia lah nampaknya.Lepas makan g laundry room untuk basuh baju n guna dryer,dan siap-siap packing  sebab awal pagi esok nak fly ke Seoul pula.Bye Jeju..........zzzzzzz.

Sambung......



2 comments:

  1. kalau ikut tour mmg x bole nk santai kan...kalau sewa kereta baru boleh ikut time sendiri...dh tu x de lah souniverdari jeju ehh...x de misi repeat ke :-)

    ReplyDelete
  2. tulah yg boring ikut tour,terkejar-kejar dh macam masuk marathon,jenuh jugak kalau stamina tak kuat,mmg berangan nak repeat Jeju ni especially time autumn :D

    ReplyDelete