Sunday, November 9, 2014

PERTH HOLIDAY 7 :JJCM & Harbour Town

Friday 29 August 2014

CHARCOAL CHICKEN,CANNINGTON

Misi jalan-jalan cari makan bermula,berpandukan pembacaan di blog kami ke Cannington mencari Restoran halal Kebabbque Charcoal Chicken.Khabarnya terkenal dengan kesedapan ayam grill,alamat restoran ialah 1336 Albany Highway,Cannington.

Berpandukan GPS kami sampai pun sampai di area Cannington,problem bermula bila GPS tak dapat detect exact location utk restoran ni,jenuh kami mudik ke hulu ke hilir dan ke hulu semula nak mencari ,ada beratus-ratus kot lot kedai area ni..tpaksalah kami slow-slow drive dari satu lot ke satu lot mncari alamat 1336,aduhai sabarlah perut ya.Setelah hampir nak give up akhirnya bertemu juga dengan lot kedai yang dicari,mujurlah aku pernah tengok gambar restoran ni,warna sama cuma nama sekarang dah lain,dari Kebabbque skrg dah jadi Ispa Kebab Charcoal Chicken.

Kebabbque yang dah bertukar nama Ispa Kebabs

So tanpa berlengah kami pun order nasi dengan charcoal chicken,sementara tunggu order Sal g solat dulu,staff tu bagi tumpang kat dapur dia,bentang kotak jd alas.Hidangan dh sampai jd aku pun makan dulu...nikmatnya makan nasi..tp chicken tu tak mcm grill,lebih pd rasa ayam goreng dan agak dry.Mungkin dh bbeza dari resipi asal memandangkan owner dah bertukar..aku agak jelah.Tapi sebab lapar sangat aku rasa sedap je,bubuh sos banyak kurangla sikit rasa dry tu,tapi nasi dia mmg sedap.

Usai makan Sal pun dah setelkan kewajipan dia...turn aku pulak tumpang dapur diorang,tak selesa mana,tapi memandangkan hujan dan hari pun nk hampir maghrib so kena jugaklah solat di sini.
Senang hati dh dapat isi tank masing-masing,kami pun beredar.Next destinasi ialah Harbour Town shopping centre,sempatlah nak shopping memandangkan hari Jumaat business hour panjang sikit,tutup pukul 9pm berbanding hari biasa ttup 5.30pm dan weekend 5pm.


HARBOUR TOWN SHOPPING CENTRE

Kami sampai di Harbour Town yang terletak di Wellington Street lebih kurang  7pm.Untuk shopping memang masa tersebut agak suntuk,tapi ni jelah masa yang tinggal memandangkan hari ni banyak sangat masa terbuang atas jalan.

Harbour Town di sini jauh lebih  kecil berbanding di Gold Coast dulu.So taklah banyak sangat brand name yang ada.Some of the shop barang tak banyak dan  choices agak limited.Dalam pada tak berapa banyak kedai tu dapat jugaklah beli few items dengan harga yang berbaloi.

First stop kami adalah kedai Levi's,harga memang sah murah sangat dari Malaysia and further 50% reduction lagi dr sale price yg tertera.Spend masa agak lama di sini mencari size dan cutting yang sesuai,last-last dapat sehelai je sluar jeans yg berharga $59 dan lepas discount hanya $29.5 yang kalau convert lebih kurang RM90 je.

Kemudian jalan-jalan lagi..singgah kedai baju kanak-kanak,teruja tengok di Pumpkin Patch ada sale seluar-seluar jeans budak yang harganya $5-7 je,beli 3 helai untuk nephew yang kecik-kecik,mana nak dapat harga branded jeans budak di Malaysia dlm rm15 gitu ye tak.

cute jeans for toddler
Dah tak banyak masa sebelum kedai tutup,last sekali singgah di Oakley outlet,tertarik ada sale sunglass yg sgt murah,design may be outdated la sikit tapi rasanya berbaloi jugak untuk di buat pakai harian pegi keja,aku beli dua pair dengan harga $80,kalau satu $50...boleh bagi satu kat mak yang kadangkala mengadu pedih mata bila naik kereta time hari panas terik,convert rm120 satu..mcm dalam mimpi la kan kalau beli kt tempat sendiri harga mcm tu.

2 pair dengan harga AUD80
Pukul 9 dah abis business hour,so setakat tu jelah aktiviti shopping kami di Harbour Town,memang banyak benda yang diimpikan nak beli takda kat sini.Takpala jimat sikit duit.Yang dapat dibeli memang harga berbaloi-baloi murah.

RENDEZVOUS STUDIO HOTEL PERTH

Time untuk call it a day...tak jauh pun dari sini nak ke area city centre,GPS masih lagi pening-pening tak dapat exact location untuk Rendezvous Studio Hotel,syukur Allah permudahkan urusan...ikut instinct hati dan signboard jalan akhirnya sampai ke destinasi,tak jauh dari jalan besar tapi terceruk sikit kedudukannya.Kami parking di luar hotel saja,kalau parking hotel ratenya $25 per day.Nak save budget cari parking di jalan,free dari pukul 6pm-8am,cuma space agak limited.Sal bertanya pada seorang wanita di situ untuk kepastian,katanya tempat kami park tu untuk taxi,boleh kena saman nanti.Kebetulan dia pun nak keluar jadi kami pun alih kereta ke tempat dia parking tadi.Mujur jugak bertanya dulu,pernah terbaca ada orang kena fine $120 sebab salah park.


parking space depan hotel

Hotel ni agak selesa,dapat offer price harga standard room lebih kurang rm240 semalam.Kebiasaaan range harganya adalah lebih dari rm350/nite.Bilik hotel spacious,standard facility,takda apa-apa peralatan masak atau microwave,free wifi di bilik,ada option berbayar kalau nak speed lagi laju...tapi yang free pun dah ok,cuma lepas 3hr kena log in balik.Sebelah kiri hotel adalah bangunan lain,jadi dari bilik kami hanya pemandangan brick wall ajelah,tak jadi hal pun buat kami,janji interior selesa pun dah cukup baik.



Berakhir perjalanan hari ni,panjang,mencabar dan ada plan tak menjadi.Setelah berbincang kami decide untuk rent semula kereta hari ahad nanti,tapi bukan dengan Aries sebaliknya dengan Budget Car rental,boleh pick up di city dan return di airport.Kami book online mlm tu juga.Masa untuk rehat dan beradu..............zzzz

Sambung



6 comments:

  1. hotel tu nampak selesa betul..luas..tapi itu lah kan ofcoz harga pun mahal :-)

    ReplyDelete
  2. tula kan,kalau tk kerana harga offer tu mmg tak stay kt sini,offer price pulak mmg non refundable,tawakkal aje ms book

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. memang best jalan2 tempat orang...sy tunggu entri Ibu Zarith pasal melancong ke Perth pulak nanti :-)

      Delete
  4. Assalam.. nak tanya untuk car rental yang mana lagi bagus dan berbaloi antara aries n budget.. terima kasih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wkmsalam..

      klau dari segi harga aries memang lagi murah dari budget,cuma hassle sikit nak kena letak bond AUD400,budget pulak urusan rental memang simple je dan condition kereta pun tip top,cuma harga tinggi sikit,jadi terpulang pada preference lanida macam mana.

      Delete