Thursday, November 20, 2014

PERTH HOLIDAY 8 : Fremantle

Saturday,30 August 2014

         Seawal pukul 8 pagi kami dah bersiap untuk keluar,selain nak mengelakkan kena bayar parking tiket yang bermula  pukul 8,kereta juga perlu dipulangkan pagi ni.Tak jauh pun Aries Car rental dari hotel,lebih kurang 5 mins drive je,tambah pulang jalan lengang lagi pagi ni.

Alhamdulillah takda masalah apa-apa dengan kereta,resit dikeluarkan untuk pemulangan bond $400 dari kredit kad.Selesai urusan di Aries,kami berjalan di bus stop yang berhampiran untuk menunggu CAT bas.

Journey To Fremantle

Transperth bus menyediakan perkhidmatan percuma di area central Perth,Fremantle dan Joondalup yang dipanggil CAT (Central Area Transit) Bus,colour-coding system digunakan untuk route yang berbeza.Di central Perth CAT bus ada 4 route dengan coding colour merah,biru,hijau dan kuning. Bas free ni taklah available sepanjang masa,weekdays biasanya bermula 6am-7.30pm,on Friday extend sehingga 9pm,weekend mula agak lewat pada pukul 8.30am sehingga 7pm.Luar dari waktu ni kenalah bayar tambang.

Sedikit basah dek hujan gerimis yang turun kala ini.Sekitar Perth CBD ni masih lengang lagi,hanya beberapa orang yang menunggu CAT bus seperti kami,rasanya dari kalangan pelancong juga.Agak lama juga menanti kelibat bas tak kelihatan,seseorang menekan button khas di bus stop,kedengaran announcement estimated time ketibaan bas,weekend perkhidmatan CAT bermula agak lambat.Ada lebih kurang 20mins lagi sebelum bas tiba,akhirnya kami putuskan untuk berjalan kaki sahaja ke train station.


Perth Railway Station

Lebih kurang 15mins sampailah kami ke train station.Beli tiket di vending machine,harga tiket adalah mengikut zon,untuk kepastian Sal bertanya di kaunter dan Fremantle berada di zon kedua,jadi kena beli tiket untuk 2 zon yang berharga $4.40 sehala.Dah dapat tiket kami pun bergegas ke Fremantle Line di platform 7.Dalam 10min train pun sampai dan kami memulakan perjalanan,tak ramai orang pagi-pagi ni.



Platform 7-Fremantle line

stations on Fremantle Line
Dalam perjalanan ada pengumuman semua passenger diminta turun di North Fremantle,one stop sebelum Fremantle station disebabkan masalah teknikal.Lebih kurang setengah jam sampailah di second last station yang menjadi destinasi terakhir train untuk hari ini.Jadi semua orang pun turun di North Fremantle,shuttle bus dah sedia menunggu untuk pengangkutan ke Fremantle station.




Di Fremantle Station kami singgah ke station untuk ambil pamplet train dan CAT bus.Dari situ kami menunggu CAT bus di bus stop berhampiran,di Fremantle CAT ada 2 route sahaja iaitu merah dan biru,hujung minggu service CAT bus di sini bermula lambat iaitu pada pukul 10am.
Beberapa minit saja Blue CAT bas yang dinanti pun tiba,kami nak ke restoran fish n chips dulu,apa-apa hal sebelum jalan haruslah isi tank kosong yang dah menjerit kelaparan ketika ini,


Fremantle Railway Station

Bas yang mengangkut penumpang dari North Fremantle ke Fremantle Station

Bus stop berhampiran train station

Cicerello's Fish n Chips

Fremantle ni old town yang kecil je,untuk route Blue CAT ada 18 stop semuanya,Fremantle Station adalah stop yang pertama.Kami tekan loceng semasa bus melalui Esplanade Reserve,selepas satu roundabout kecik bas pun berhenti di stop yang ke 17 iaitu Fishing Boat Harbour,turun je terus nampak Shipwreck Galleries beberapa meter di hadapan.


Esplanade Reserve di sebelah kanan dan roundabout sebelum stop ke 17


Direction board berhampiran Stop 17

Cicerello's Fremantle

Berjalan ke belakang sedikit selepas turun bas,tersergam bangunan biru Cicerello's  di hadapan kami.Restoran ini terletak di lokasi strategik di area Fishing Boat Harbour di Fremantle ini.Satu lagi cawangan Cicerello's terletak di Mandurah.

Bisnes baru sahaja bermula,kedai pun masih lengang.Kami ke kaunter untuk order makanan,seperti yang dirancang aku pun order fish n chips,Sal pula tertarik nak makan mussels,bertanya dulu pada staff ingredients dalam menu tersebut,memang wine ada digunakan,jadi Sal pun minta tukang masaknya omit alcohol dlm masakan tersebut.Selesai order ,kami diberikan buzzer yang akan menyala bila makanan dah ready.Kami pilih seat di dalam restoran saja memandangkan cuaca di luar agak berangin dan sejuk.

Cicerello's menu

buzzer

Kalau diperhatikan di bahagian siling Cicerello's ni terdapat surf ski rosak yang tergantung...apa cerita di sebaliknya?Rupanya ianya adalah surf ski yang rosak akibat shark attack,ada 2 surf ski yang tergantung melibatkan 2 kejadian shark attack yang berlaku pada tahun 1997 di Cottesloe Beach dan pada tahun 2012 berhampiran Mullaloo Beach di mana mangsa terselamat dalam kedua-dua kejadian.Terdapat gambar dan keratan akhbar yang menceritakan tentang insiden tersebut dipamerkan dalam restoran ini.

damaged surf ski berwarna merah yang tergantung di siling restoran

Buzzer menyala dan vibrate selang 15min penantian,apalagi kami bergegas ambil makanan dan mula bersantap,walaupun pernah rasa fish n chips yang lebih sedap namun aku tetap makan dengan berselera,hikmah makan bila lapar,semuanya terasa sangat nikmat.Mussel yang dipesan Sal memang tak mengecewakan,fresh lagi..aku yang tak berapa gemar kerang-kerangan pun boleh layan jugaklah,sedap di makan bersama kuah ala-ala pasta dan roti.

Fresh Chilli Mussels

Traditional Fish n Chips 

makan time!!

Selesai menjamu selera kami berjalan di boardwalk di bahagian belakang restoran,snap sana sini berlatar belakangkan  fishing boat harbour dan juga restoran  Kaili's yang berhampiran.Suasana memang relaxing dan nyaman je,tambah pulak time ni orang tak berapa ramai.

Fishing Boat Harbour

Fishing Boats

sekawan silver gull

Kaili's Fish Market Cafe

stroll along boardwalk

Kami menyambung perjalanan,ikut perancangan nak ke Fremantle prison,tapi bila ternampak sesuatu hajat tersebut tergendala pula....hmmmm,cerita selanjutnya di entri akan datang.

Sambung

2 comments:

  1. pegi tak market tu..alaa..lupa lak market yg jual barang2 souviner tu

    ReplyDelete
  2. e-shed kan...tmpt tula mnyebabkan plan lain tgendala..hehe

    ReplyDelete