Welcome to Nara
Pukul 1 lebih kami tiba di JR Nara station,cuaca di sini lebih sejuk berbanding Osaka tadi.Sebelum keluar kami singgah di tourist info dulu.Staff sangat helpful dan menerangkan pada kami attraction pada peta yang diberinya.Ada option naik bas tapi katanya lebih bagus kalau jalan kaki saja.
JR Nara Station |
tangga comel di JR Nara |
Tetapi tarikan utama kami ke sini adalah disebabkan nak sangat tengok rusa jinak yang sangat sinonim dengan Nara ni.Jadi kami pun mulakan langkah menjelajah,suasana agak meriah di sini dengan pemandangan gadis-gadis Jepun 20an memakai kimono yang sangat cantik berjalan berkumpulan di sana-sini.
Wujud sejak 1880 lagi,Nara Park yang seluas 4km timur ke barat dan 2km selatan ke utara ini terletak di tengah bandar Nara dan menempatkan banyak attractions,antaranya ialah Kohfukuji Temple,Todaiji temple,Nara National Museum,Kasuga Taisha shrine,gardens dan yang paling unik sekali terdapat lebih 1200 rusa yang bebas berkeliaran.Kekuatan dan stamina kaki sangat-sangatlah diperlukan ketika menjelajah Nara Park ni.
Kohfukuji Temple
Persinggahan pertama kami setelah lebih kurang 20 minit berjalan ialah Kohfukuji temple, sebuah ancient Buddhist temple yang dibina pada awal kurun ke 8 oleh keluarga aristokrat yang dominan pada masa tersebut iaitu Fujiwara clan.Di sini terletaknya pagoda 5 tingkat yang menjadi landmark dan simbol kepada Nara City.Pagoda ni pernah terbakar sebanyak 6 kali,kali terakhir ianya dibina semula ialah kira-kira 500 tahun lalu.
The Five Storied Pagoda |
The Northern Octagonal Hall |
Eastern Golden Hall di hujung kiri dan yang berpagar hijau adalah tapak reconstruction untuk Central Golden Hall |
Ada banyak national dan cultural treasures dipamerkan di muzium Kohuhokan dalam kawasan temple ni...tapi kami tak singgah pun,just jalan di perkarangan je sambil ambik gambar.Di tengah kawasan ni ada bangunan macam gudang yang bertutup.Rupanya itu adalah Central Golden Hall yang sedang dalam proses reconstruction mengikut bentuk dan saiz yang asal dan dijangka siap pada tahun 2018,bangunan ini musnah dalam kebakaran pada tahun 1717.
Dari Kohfukuji tadi kami berjalan ke depan lagi...dari sini dah start nampak rusa-rusa berkeliaran.Di sana sini ada penjual yang menjual deer crackers...kalau berhasrat dikerumuni rusa bolehla beli makanan ni.Kami tak beli pun,just approach dengan tangan kosong je,Alhamdulillah jinak-jinak semuanya dan takda yang bertindak agresif.Cuma bila takda makanan tu rusa ni takdala berminat sangat nak dekat dengan kita lama-lama.
Mengikut legendanya apabila Kasuga Taisha dibina sebagai family shrine untuk Fujiwaras,nereka menjemput Dewa dari Kashima shrine,dan Dewa ini dikatakan datang dengan menunggang rusa putih.Sejak dari itu rusa menjadi haiwan yang dilindungi dan dihormati sebagai utusan suci oleh penduduk tempatan.Tempat ini telah menjadi habitat rusa seawal kurun ke 12 dan dianggap sebagai simbol of luck..Hal ini telah dinukilkan oleh Fujiwara Kanezane dalam diarinya :-
On our way to the shrine, many deer appeared in the morning darkness. This is a sign from the gods and a good omen. People say that when one encounters deer, he or she should get out of the carriage and bow to them.- (dipetik dari thedodo.com)
Pada zaman dahulu membunuh rusa yang dianggap suci ini merupakan jenayah berat dan boleh dihukum mati.Selepas perang dunia kedua rusa tidak lagi dianggap sacred sebaliknya diisytiharkan sebagai national treasure dan terus dilindungi.
Memang leka bermesra dengan rusa-rusa ni,dikatakan ianya pandai menundukkan kepala jika kita menunduk kepala padanya,tapi masa tu kami tak tau,jadi takdalah test pula.Semakin menghampiri area Todaiji temple semakin banyak kumpulan rusa berkeliaran,mungkin kerana kawasan ni tempat tumpuan dan padat dengan pengunjung.
jalan ke Todaiji Temple |
ubi rebus |
bersiar-siar dengan lanca |
Todaiji Temple
Padat dengan pengunjung,deretan kedai dan hawker stall dan rusa berkeliaran menjadikan kawasan Todaiji temple ni sangat meriah.
dikerumuni rusa bila diberi shika-senbei (deer crackers) |
Todaiji temple dibina pada tahun 752 sebagai pusat untuk semua Buddhist temple di Japan.Institusi ini menjadi sangat kuat dan berpengaruh hingga menyebabkan ibu negara Jepun di Nara dipindahkan ke Nagaoka pada tahun 784 untuk mengurangkan pengaruh temple pada pentadbiran kerajaan.
Todaiji temple ni sangat famous dengan Vairocana statue yang lebih dikenali sebagai Daibutsu (great Buddha) iaitu patung Buddha yang sangat besar dengan ketinggian berukuran 15 meter terletak di dalam Daibutsuden hall iaitu dewan utama yang diperbuat dari kayu.Walaupun saiz yang ada sekarang sebenarnya hanya 2/3 yang asal,dewan ini tetap menjadi wooden hall yang terbesar di dunia.Dewan ni dibina semula pada tahun 1692,yang original dah musnah dalam kebakaran akibat perang.
Kami berjalan hingga ke Naidamon gate iaitu entrance ke Todaiji temple.Dari sini masing-masing dah malas nak berjalan masuk ke dalam,kaki pun dah lenguh..takpala tak penting kot nak tengok statue tu.Cukupla sampai di sini saja,kami pun patah balik ke belakang.
Di depan Naidamon Gate |
di perkarangan Todaiji temple |
Dalam pada kami berjalan tiba-tiba kami disapa oleh 3 warga Jepun,kelihatan seperti krew station tv kerana salah seorang dari mereka membawa broadcast camcorder.Yang perempuan menegur kami dalam English.Mereka dari salah satu station tv di Jepun dan nak interview kami tentang topik gastronomy...ahh kalau bab makanan dah tentu saja kami setuju...angguk laju-laju.
Krew lagi 2 orang yang lelaki pun bertanya soalan pada kami dalam Japanese dan yang perempuan tu jadi interpreter.Soalan berkisar tentang makanan Jepun yang pernah kami cuba.Mujur juga kami pernah makan luar masa di Takayama dan ada beli street food di Kyoto,jadi adalah modal nak bercakap dan tunjukkan gambar.Kami pun terangkan secara ringkas konsep makanan halal dan makanan yang boleh diambil sebagai muslim tourist di Jepun...harapnya diorang fahamlah apa yang cuba kami sampaikan.
sesi interview |
dalam area deer enclosure |
awas rusa melintas |
sayonara deer |
Kami pun berjalan semula menghala ke JR station.Dalam perjalanan kami singgah sebentar di kedai souvenir,aku beli key chain deer yang comel di sini.Kemudian kami masuk ke kedai buah dan beli strawberi,limau dan epal.Di sini juga ada seorang photojournalist dari Singapore menegur kami,dia sedang usung beg tarik,katanya tersilap jalan nak ke hotel.kami berbual sebentar dan sempat bergambar bersama.
Akhirnya kembali semula ke JR Nara...sebelum naik train kami solat dulu.Lama juga cari port akhirnya kami solat di kawasan parking basikal...kawasan tersebut agak sunyi.Lepas solat tiba-tiba Sal baru sedar yang jam tangannya tertinggal di toilet...rasanya dah ada 20minit jugak lepas kami keluar dari situ.Pergi cek semula,Alhamdulillah rezeki,jamnya masih ada di situ.
Tiba masa untuk kembali ke Kyoto...perut sudah bergendang minta diisi...soalnya mahu ke mana ya,sambung misi cari makan dalam next entri.
Sambung