Genap seminggu winter trip di Jepun,sambung penjelajahan di Kyoto hari ni.Macam biasa kami breakfast di guest house saja,dapur yang sedia ada dalam unit yang disewa memang memudahkan kerja,tinggal beli roti atau instant rice untuk dimakan bersama bekal lauk yang ada.
Destinasi pertama hari ni adalah ke Kinkakuji Temple.Ada banyak option transport untuk ke sini :-
1.Bas-Kyoto city bus : 101 atau 205 dari Kyoto station 40minit 230 yen
2.Subway + Teksi/Bas : Karasuma line (Kitaoji station) 15 mins 260 yen +
Teksi 10 mins 1000-1200 yen @
Bas no 101/102/204/205 10mins 230yen
Oleh sebab nak mengoptimakan penggunaan JR Pass yang berakhir hari ni maka kami pilih option yang berbeza sikit..route kami ialah dengan menggunakan :-
3.JR train + bas
Kyoto st------>Enmachi station (JR Sagano line) -8mins
Enmachi st----->Kinkakuji Temple - Bus no 204/205 -10mins 230yen
Option ni agak pantas juga...sebaik keluar dari Enmachi station terus menyeberang jalan dan kemudian jalan menghala ke kanan arah jalan besar.Bila sampai hujung melewati corner kaki lima tu terus nampak bas stop sebelah kiri.Tunggu bas untuk ke Kinkakuji temple di sini,walaupun pagi-pagi ni memang bas penuh sesak jangan risau sebab kekerapan bas tinggi,sekejap je bas lain pulak tiba.Bila dah turun dari bas kena jalan sikit ke dalam untuk sampai ke Kinkakuji temple.
Kinkakuji Temple (The Golden Pavillion)
Kinkakuji adalah Zen Buddhist temple yang terletak di utara Kyoto.Nama rasmi temple ini ialah Rokuonji tapi lebih dikenali sebagai Kinkakuji (Golden Pavillion) disebabkan tingkat kedua dan ketiganya yang disaluti gold foil.Terdapat golden phoenix ornament di bumbung temple ini.Maka bangunan yang sangat mahal ni tak bolehla dimasuki...hanya untuk dipandang saja.
Asalnya temple ini ialah villa yang dinamakan Kitayama-den yang dimiliki oleh seorang shogun bernama Ashikaga Yoshimitsu semasa Muromachi period.Selaras dengan wasiat Yoshimitsu villa tersebut dijadikan temple selepas kematian beliau pada tahun 1408.Pada tahun 1994 temple ini telah didaftarkan sebagai World Cultural Heritage site.Bangunan temple ni sebenarnya dah banyak kali terbakar,kali terakhir ianya dibina semula adalah pada tahun 1955.
Mula-mula sampai kena beli tiket dulu di kaunter dengan harga 400 yen.Nah sebesar-besar tiket diberi.Kemudian sebelum masuk ke gate utama staf akan cek tiket tu dan beri pamplet...keseluruhan area ni agak luas juga.Bersesuaian dengan konsep Zen yang menekankan meditasi kawasan ini memang sangat harmoni dengan nature.
admission ticket |
first gate |
Fokus utama area ni memang golden pavillion dan pond di depannya...masa kami datang ni ramai jugalah orang tapi still boleh bergambar dengan selesa.Kena time yang berbondong-bondong umat rasanya payah juga nak dapat port yang ideal dan mengelak orang lain masuk dlm frame kita.
Kinkakuji (The Golden Pavillion ) and Kyo-chi (mirror pond) |
Abbot's chamber |
Japanese strolling garden |
Sesat!
Setelah turun bas agak terpinga-pinga juga...kami singgah beli barang di sebuah farmasi dan bertanya pada staf di situ.Tapi direction agak kurang menyakinkan sebab dia pun nampak tak berapa pasti.Kami pun terus ke jalan besar dan belok ke arah kanan...setelah agak lama menyusuri jalan tu rasa macam tak nampak bayang lagi destinasi yang dicari.Kami bertanya pada seorang pak guard di sebuah bangunan office,katanya kami dah silap jalan..kena patah balik belakang lebih kurang 20 minit berjalan,belok simpang kanan untuk ke Uzumasa station.
Dekat 20 minit jalan kami tak pasti simpang mana nak masuk sebab tak nampak apa-apa sign board yang menunjukkan arah Uzumasa station atau Toei studio.Maka bertanya lagi kepada seorang wanita yang tengah berjalan,bersungguh-sungguh dia menggunakan GPS di handphone untuk mencari arah dan try explain pada kami.Dengan kefahaman yang lebih kurang kami pun try follow direction yang diberikan,agak confusing sebab jalan tu banyak lorong dan simpang,nampak pula seorang delivery woman yang tengah menunggang motor dengan perlahan,kami agak mesti dia expert jalan kat sini lalu menyapa dan bertanya padanya..syukurlah kali ni memang clear direction yang diberikan...tempat tu tak jauh sebenarnya tapi memang agak payah nak cari sebab kena pusing dan agak ke dalam sikit.
Ada sejam jugak masa terbuang dek kesesatan,moralnya janganlah tetiba tukar plan kalau tak berapa pasti,niat asal nak jimatkan masa dah jadi acara walkathon hilang arah....winter ni masa siang amat berharga,Alhamdulillah misi berjaya juga,next entri la pulak sambung cerita tentang Toei Kyoto Studio Park.
Sambung