Chasing autumn trip tahun ni kami revisit South
Korea pada 28 Oct-6 Nov 2015,kali kedua selepas spring trip
2013.Negara sama tapi kebanyakan tempat
lawatan adalah berbeza.Kami berdua saja sebab BFF sorang lagi baru balik dari
Makkah,join team petugas haji tahun ni.
Kami mendarat di Busan,jadi dari situ kami berkelana ke 4 penjuru South Korea...BUSAN-SOKCHO-SEOUL-JEONJU/JEONGEUP-BUSAN.
Yongdusan Park,Busan |
Seoraksan National Park,Sokcho |
The Garden of Morning Calm,Gapyeong |
Naejangsan National Park,Jeongeup |
Hanok Village,Jeonju |
Budget
kali ni memang melonjak berganda,nak menangis rate KRW1000=RM3.84,berbanding
RM2.8 dua tahun lepas.Sebab cita-cita tinggi nak jugak menjejak segenap tempat yang dirancang maka
untuk jimat kos kami menggunakan bas
untuk semua perjalanan jarak jauh.Alhamdulillah semua berjalan lancar,trip
dengan bas pun sangat selesa dan kebanyakan trip dapat direct express jadi
memang cepatlah sampai ke destinasi.
Persediaan macam biasa,flight dah book seawal bulan Februari sebab nak dapatkan best date ke sana.Harga ke Busan lebih murah
berbanding Seoul,dapat base fare RM443,tapi memandangkan kami ni memang suka
add itu ini maka final fare jadi RM776.50.
Accomodation pun dah settle awal-awal,Cuma bila dah
detailkan itinerari aku ubah beberapa
tempat sebab lebih strategik dan sesuai dengan perjalanan kami.Untuk
accomodation aku lebih suka gunakan Expedia sebab selalunya rate lebih murah
dan payment akan dibayar terus masa
book,jadi tak perlu pening-pening nak asingkan duit bayar accomodation kat
sana...semua dah setel dari sini.No problem kalau cancel awal booking tu sebab bayaran akan
dipulangkan semula kecuali dinyatakan ada cancellation fee.Jadi kena cek
T&C baik-baik...tapi kebanyakannya memang boleh refund.
Bekal makan kali ni kami bawak nasi instant Brahim’s,sambal bilis,rendang,kari ayam dan tuna dalam tin.Selain tu makanan ringan macam
biskut sangatlah berguna time emergency lapar melanda.
Untuk transport jarak jauh oleh kerana semua trip naik bas memang tak perlu nak booking awal,boleh beli walk
in saja,insyaAllah tiket sentiasa available.Yang kena tahu ialah kat terminal
mana nak ambik bas,sebab kebanyakan bandar memang akan ada 2 terminal,satu
express bas terminal dan satu lagi intercity bas terminal.Kadang boleh ambil
dari mana-mana terminal,kadang tu salah satu.Tak berapa nak faham sangat sistem
dia,lebih baik confirm kan dengan orang
tempatan.Kalau di Seoul pulak lagi banyak bas terminal dan each terminal
ada cover area tersendiri.Jadi kena pastikan dulu area kita nak pergi covered
by terminal apa.
Transport untuk jalan-jalan dalam city bagi Busan dan
Seoul memang sangat mudah sebab ada subway,walaupun ada area yang jauh sikit kena naik bas.Kami guna je kad T-money
yang beli masa trip 2 tahun lepas..Alhamdulillah takda masalah nak guna sama ada di Busan
atau Seoul.Kalau dah biasa dengan sistem subway di Seoul maka subway di Busan
adalah 10x ganda mudahnya.
Untuk area Sokcho,Jeonju dan Jeongeup public transport
ialah bas atau teksi.Walaupun takda subway tapi kedua-dua pengangkutan bas dan
teksi adalah sangat efficient.Teksi pun taklah mahal sangat,malah kalau
berempat lebih kos efektif naik teksi berbanding bas.Tapi sebab berdua tak
bolehlah naik teksi kerap sangat kan,jadi act like local and hop sajalah atas
bas,kalau nak turun last stop senang hati kami,kalau tengah memang ada gundah
sikit sebab kena alert sebab takda announcement in English.
Details itinerary hanya dapat aku siapkan seminggu
sebelum berangkat,walaupun dah lama book flight tapi sebab beberapa halangan dan kesibukan urusan dunia yang lain
maka dah last minit baru dapat siapkan.Seboleh mungkin segala maklumat
berkaitan aku compile sebaik mungkin supaya smooth perjalanan kami,tapi dalam
pada tu biasalah ada juga tersengguk
sana sini,Alhamdulillah masih berjalan lancar dan misi kami tercapai....walaupun
sangat mencabar stamina tapi pengembaraan ini sangat berbaloi.
Begitulah adanya overview trip kali ni....insyaAllah
perlahan-lahan akan dikisahkan ceritanya nanti.
Sambung