Thursday 29 Oct 2015
Nopo Express Bus Terminal
Hari kedua di Busan,sementara bersiap aku merendam pek nasi goreng instant dalam
termos air panas yang dibawa AJ,kami bersarapan di
bilik saja,memang tiada cafe atau ruang makan di hotel ni.Selesai makan kami pun check out.
8.30am kami gerak ke Choryang station,beli 1 day pass metro
yang berharga KRW4500.Dari sini tak perlu tukar train,stay saja di Line 1 hingga ke stesen
terakhir sebelah hujung sana iaitu Nopo station.
Perjalanan mengambil masa 45minit.Bangunan Nopo Express
Bus Terminal bersambung dengan bangunan stesen subway,jadi keluar je dari
palang exit tu terus ikut signboard arah
ke kiri untuk ke terminal bas.
Kami cari locker dulu untuk simpan beg,satu locker besar
berharga KRW3000.Selesai simpan beg dan bawa barangan yang diperlukan kami pun
menuju ke kaunter tiket untuk membeli tiket bas ke Sokcho malam ini.Kami pilih
bas pukul 10.40pm dengan tiket berharga KRW46000,untuk perjalanan lebih kurang
7jam+ aku menjangka kami akan sampai di Sokcho sekitar 5.30am.
Bujeon Market
Lega bila dah dapat tiket untuk malam ni.Selesai di situ
kami pun naik semula subway dan berhenti di stesen Bujeon.Aku berhajat nak ke
Bujeon Market,nak cari kedai Goraesa Co yang terkenal dengan eomuk (fish cake croquettes ).Hanya 100 ketul sahaja dibuat setiap hari,memang cepat je sold out,kalau teringin kenalah datang awal ke sini.
Berpandukan direction yang diperolehi di internet kami
kena keluar exit 9,tapi puas mencari sigboard yang ditunjukkan hanya sampai
exit 8 saja.Kami keluar exit 8 dan nampak ada Twosome Place Cafe,singgah sebentar di
situ dan duduk sekejap menikmati minuman panas.Tanya pada staff di situ katanya memang ada exit 9,tapi sebab language barrier maka tak dapat nak diterangkannya dengan lebih detail.
mengopi dulu |
Turun semula ke subway dan kami nampak arah ke Bujeon
Market keluar ikut exit 1.Sebab kami keluar exit yang berbeza dari direction
yang diberikan maka aku pun tak pasti dah arah nak mencari Goraesa Co tu.Jadi
kami ronda saja tengok suasana di market tu.Dah jalan-jalan kami turun semula ke subway station.
Bujeon Market,Busan |
musim buah persimmon(pisang kaki) |
inside Bujeon Market |
Sempat singgah ke
underground shopping centre.Aku nak cari kasut baru sebab kaki ni rasa begitu
terseksa dengan kasut yang baru dibeli di Malaysia hari tu,kasut yang dipakai terasa keras mencengkam dan tak sesuai digunakan untuk muka bumi
Korea yang berbukit dan banyak tangga ni.First kedai kami singgah aku dah nampak yang berkenan,bila try rasa selesa yang amat,terus pakai yang baru,murah
je beli boot harga KRW25000.
Gamcheon Culture Village
Destinasi seterusnya ialah ke Gamcheon Culture Village,tak
lengkap lawatan ke Busan kalau tak jejak sini.Asalnya adalah penempatan setinggan yang dibina selepas Korean War pada tahun 1950an di kawasan berbukit.Bermula dari tahun 2009 sehingga 2012 kerajaan tempatan melancarkan berbagai projek pembaikan,pemuliharaan dan seni untuk menjadikan penempatan ini sebagai arts n culture hub.Ternyata projek-projek tersebut berjaya menjadikannya destinasi pelancongan yang unik dan menarik dan digelar juga dengan nama Santorini of Korea atau Lego Village.
Direction kami ke sana seperti berikut:
Subway Bujeon
station--> Toseong station #exit 6
Dari exit 6 belok arah kanan dan jalan sampai
hujung,kemudian belok lagi ke kanan dan jalan terus arah Busan Cancer Centre
yang terletak di sebelah kanan.
Tunggu bas 2 atau
2-2 di bus stop depan hospital tersebut.
Kalau ramai rasanya lebih kos efektif naik teksi.
Kalau ramai rasanya lebih kos efektif naik teksi.
Boleh gunakan T-money untuk bayar tambang,first time guna
semula kad T money kami yang dibeli tahun 2013 dulu,mujur masih ok dan banyak
juga baki yang ada dalamnya,harga tambang ialah KRW1200.Perjalanan lebih kurang
15minit,agak ngeri juga sebab driver bawak laju di lereng-lereng bukit menghala
ke Gamcheon.
Turun dari bas kami ke 1st lookout point dulu,jalan depan
sikit je dari tempat turun bas tadi.Dah bergambar di situ jalan patah ke
belakang semula dan masuk di lorong yang ada deretan kedai.
Kami singgah di bangunan tourist info untuk beli English map yang berharga KRW2000...memang amat
berguna sebagai panduan masa jalan-jalan kat sini,staf di situ menerangkan laluan yang patut kita ambil,elok ikut route ni sebab nanti takdalah sesat barat dan membazir tenaga.
Banyak info dalam map tu,termasuk makna segala artworks yang ada kat Gamcheon ni,kalau rajin boleh lengkapkan misi Housing Project Tour,ada sembilan tempat yang kita boleh singgah dan cop kat ruangan dalam map tu,2 dari 9 tempat tu iaitu di Haneul Maru dan Community centre kita akan boleh dapatkan poskad percuma juga.
masuk ke lorong entrance |
Bangunan tourist info warna kelabu dengan signboard biru |
menerangkan tour course |
Banyak info dalam map tu,termasuk makna segala artworks yang ada kat Gamcheon ni,kalau rajin boleh lengkapkan misi Housing Project Tour,ada sembilan tempat yang kita boleh singgah dan cop kat ruangan dalam map tu,2 dari 9 tempat tu iaitu di Haneul Maru dan Community centre kita akan boleh dapatkan poskad percuma juga.
Berbekalkan peta di tangan kami pun mula menjelajah,memang banyak aktiviti pendakian kat sini,tapi tak rasa penat pun sebab santai saja dan banyak stop sana sini untuk bergambar.Paling menarik pada aku ialah di Haneul Maru rooftop.View dari sini memang sangat cantik,nampak keseluruhan Gamcheon Village
,sebahagian bandar dan pelabuhan di Busan.
mendaki tangga sempit ke bumbung Haneul Maru |
view from Haneul Maru rooftop |
Rooftop view of Yongdusan and downtown,Busan Harbor and Gamcheon Harbor |
Kami singgah di Kevin shop,sebuah gerai menjual ring
holder untuk handphone ..dekat sini aku seronok sangat sebab dapat ring holder
warna gold berbentuk aeroplane,harga sebenar ialah KRW15 000 tapi dia jual
hanya 10k sahaja sebab ada slight scratch,halus sangat defect
tu,almost tak nampak pun sebenarnya.
Gamcheon ni memang padat dengan hasil seni,yang cantik,yang pelik,yang simple semua ada.Umumnya berkisar pada mesej kebebasan,perpaduan dan keharmonian.Ada juga dinding disediakan khas untuk pengunjung
menulis mesej keamanan.Tapi macam-macam benda yang tak berkaitan pun tertulis kat situ,ikut kreativiti masing-masing.
Gamcheon artwork |
House of Peace-Room of Plates/Moon Room |
Jenuh juga penduduk kat sini angkut barang,kot nak beli perabot ke,barang letrik ke,even barang dapur yang berat-berat tu memang bertabahlah banyak-banyak,mungkin kena gotong royong ramai-ramai,bukan senang nak lalu di celah-celah laluan yang sempit sambil mendaki tangga pula.Sebab tu ada tangga yang dinamakan Stairs to See Stars sebab tangga yang tinggi dan curam ni boleh menyebabkan pening dan pitam nak-nak kalau mendaki sambil bawak barangan berat.Boleh cuba untuk pembuktian,kami memang skip la...sayang kaki,panjang lagi perjalanan nanti.
Alhamdulillah berjaya menamatkan tour course,hampir 2 jam juga masa diperuntukkan untuk pusing
keliling Gamcheon ni,disebabkan kawasan ni berbukit dan banyak tangga curam,memang penting pakai kasut yang selesa di sini.
Famous Photo zone spot with characters from Little Prince and Desert Fox movie |
Book Cafe-Traces |
Our Village Gamcheon-many houses which look similar but are different resemble people and we can feel sense of unity within diversity |
bored ahjumma |
last stop-Community Center |
Selesai meronda kami pun beredar,kami tak naik bas yang
sama macam tadi sebaliknya menuju ke perhentian bas no 17,tempat ni bukan bas
stop sebaliknya macam kawasan lapang yang dijadikan terminal bas 17.Staff di tourist info tu yang bagitau tentang terminal ni bila dia tanya kami nak ke mana selepas Gamcheon. Bas no 17 ni lalu di Nampo,kami
hendak ke situ untuk ambil bas ke Taejongdae pula.Memang tak perlu menunggu pun
sebab bas 17 sentiasa ada banyak di situ.Tambang pun sama macam datang tadi
iaitu KRW1200.Lega dapat duduk dalam bas dan meluruskan urat kaki yang dah mula tegang,kami pun meninggalkan perkampungan Gamcheon yang berwarna warni itu...Anyeong.
Sambung
Sambung