Friday 30 October 2015
Check in-Rocustel Motel
|
Rocustel Motel |
Tengahari kami kembali semula ke Rocustel Motel untuk check in.Kali ni oppa lelaki pagi tadi takda,yang ada hanya ahjumma,mak kepada oppa tadi.Mula-mula dia ingat kami dah check out and just datang nak pick up beg.Kami pulak termangu-mangu kat situ tunggu dia bagi kunci bilik.Ahjumma ni tak faham English jadi susah sikit nak communicate.Finally dia faham jugak yang kami baru nak check in,baru dia ternampak note yang oppa pagi tadi tinggalkan kat kaunter.Beria ahjumma mintak maaf ...hehe,takpa aunty...small matter.
Bilik kami di tingkat 8,memang puas hati sebab bilik luas and view cantik.Lega rasanya dapat setel apa yang patut,mandi,solat dan baring-baring luruskan kaki kejap.
|
standard double room |
|
dated but clean |
|
view from 8th floor |
Daepohang Port
Pukul 2 lebih kami gerak semula keluar,tunggu teksi depan bas terminal dan minta hantar ke Daepohang port tak jauh dari situ,tak sampai 10minit dah sampai.Kami jalan-jalan dulu tengok Daepohang market,bangunan baru...nampak teratur je semua.Di tepi port banyak tergantung sotong kering...macam kain kat ampaian dah rupanya.
|
turun teksi di sini |
|
area dalam Daepohang market |
|
Daepohang port |
|
rumpai dalam laut |
|
mussel dalam laut |
|
sotong kering |
Besar jugak kawasan market ni,kami mencari gerai yang menjual goreng-gorengan seafood..macam tempura,dipanggil twigim kat sini.Pernah tengok dalam rancangan Rasa Halal Korea di Astro Oasis.Tapi puas pusing port ni tak nampak pun ada gerai-gerai tepi laut yang jual benda-benda tu semua.
Kami singgah di sebuah kedai yang jual seaweed dan hasil laut yang telah dikeringkan...itupun setelah dipujuk-pujuk oleh pekedai tersebut.Ikutkan perut lapar ni nak mencari benda boleh dimakan sebenarnya.Tengok label harga yang tertera memang rasa mahal sangat...tapi bila unni tu sebut harga sebenarnya memang jauh dari harga kat label tu,dari taknak terus beli jugak jadinya.Aku beli sotong kering dan sebungkus seaweed yang besar.Sedap sebab rasanya natural...takda pengawet dan penambah perisa.Sebelum beredar kami tanya kalau ada kedai yang menjual tempura tu.Rupanya memang ada,tapi bukan kat tepi laut dah...semuanya dalam building market baru ni.Ah gembiranya sebab dah tau mana nak tuju.
Laju-laju kami berjalan arah gerai-gerai twigim tu..ok singgah gerai ahjumma ni.Kami makan kat situ,maklumlah dah lapar,ada meja kecil disediakan.Kami pun pilih apa yang nak dimakan,goreng-gorengan dan seekor sotong sumbat yang menurut ahjumma takda daging,just beras pulut, isi sotong n vege.Seafood yg rasanya half cooked tu digoreng semula oleh ahjumma untuk dimakan panas-panas...ya ampun nikmat sangat rasanya makan fresh seafood macam ni..
|
twigim |
|
jumbo prawn |
|
stuffed squid |
Oleh kerana portion yang besar kami dah kekenyangan sebelum sempat menghabiskan semua makanan,apalagi yang lebih tu tapau aje bawak balik.Lepas makan kami pun beredar dari Daepohang market dan menunggu bas ke arah city centre.Kami menaiki bas dan bagitau driver yang kami nak ke Abai Village.
Abai Village
Siapa peminat drama Korea mesti tau pasal Abai Village yang famous sebab jadi shooting location untuk cerita Autumn in My Heart yang melankolik sangat tu.Nama sebenar penempatan ni ialah Cheongho-dong Village tapi kebiasaannya dipanggil Abai Village.Abai bermaksud 'an aged person' sebab di kampung ni sebahagian besar penduduknya adalah orang-orang tua.Kebanyakan mereka lari dari North Korea ke sini semasa Korean War.
Bila dah masuk pekan aku pun tercari-cari monumen patung kerbau gangsa sebagai landmark untuk turun.Tapi sebelum nampak kerbau tu bas berhenti di sebuah bus stop dan driver bas mention Abai Village..eh..eh dah sampai ke,kami pun turun jelah.Rupanya patung yang kami cari tu ada je depan tu,kena jalan sikit baru nampak.
|
bas berhenti depan sikit je dari monumen buffalo |
|
masuk lorong yang ada buffalo ni untuk ke Abai Village |
Terus belok masuk ke simpang yang ada patung bronze buffalo..hujung jalan dah terus nampak orang beratur nak naik Gaetbae boat yang popular tu.Boat ni unik sebab guna manpower untuk tarik tali yang akan bawak boat ni ke menyeberang terusan untuk ke Abai Village.Sekejap je 2minit kot dah sampai,bila turun baru bayar KRW200 kat pondok yang ada tepi tu.
|
jeti untuk naik Gaetbae boat |
|
tarik tali untuk menggerakkan boat |
|
dah sampai ke Abai Village |
Kami pun jalan-jalan kat village kecil ni.Ada banyak cafe dan kedai makan seafood.Kami duduk-duduk tepi pantai,menikmati pemandangan petang nak ke senja di situ.
|
layan perasaan.. |
|
senja di pantai |
|
Sinsuro arched bridge |
|
blue bridge |
Kami beredar dan kali ni ke seberang sana ikut bridge pulak...jauh jugak berjalan.Sebenarnya plan nak makan seafood di Jungang Market,tapi masih rasa kenyang makan twigim tadi plus kami dah exhausted sangat.Jadi decide untuk terus balik ke motel.Macam biasa kami tunggu bas saja,atas bas dah tersengguk-sengguk mengantuk,bila dah dekat sampai teragak-agak pula sebab dah malam,jadi landmark pun tak berapa nak perasan.Terlepas bus stop..next bus stop agak jauh pulak tu,driver bas pun pelik apasal lah kami tak turun lagi,then dia cakap sambil bagi isyarat kena jalan kakila patah ke belakang,kami sengih je.
Pasrah ajelah jalan,dengan pace dah makin slow kami menapak kira-kira 10 minit.Sampai je motel terus setelkan apa yang patut,punyalah tahap kritikal letih sampai boleh terlelap jap kat bilik air.Lepas dah solat kami pun terus tidur untuk recharge semula energy yang dah nyawa ikan...tamatlah kembara sehari di Sokcho.
Sambung
twigim tu yg best..fresh seafood, tntu manis rasanya..gaetbae boat, uniknya..
ReplyDeletetwigim tu mmg best..makan untuk breakfast pg esoknya pun still sedap lagi,mnyesal tak beli lebih untuk tapau,btul unik boat tu..tp kejap sgt atas tu
Deletebestnya baca... gambar pun cantik2. kat tempat orang memang masak berjalan je la... hehehe
ReplyDeletethanks Nora sudi baca cerita travel saya,hmm memang maksimum kaki ni berkhidmat,biasala kan,asam garam mengembara...hehe
DeleteHmm macam sedap sangat seafood tu. Agak2 makan malam tu utk 2 orang ada lebih dari RM100 tak ?
ReplyDeleteKalau seafood macam yang kami makan ni murah je kak...10000won untuk berdua,ikut xchange masa tu rm38,kira sorang rm19 je...berbaloi kan,tapi kalau g dinner mkn seafood kat Jungang market tu mungkin mahal lagi tapi rasanya tak sampai pun 100 utk bdua
Deletebestnya seafood tu ..x sangka Gaetbae boat yang popular tu guna manpower untuk tarik tali
ReplyDeletememang terbaik seafood tu,fresh sangat,unik kan boat tu,tp mmg kejap je atas tu
Deletelokasi motel ni jauh tak dari dongseul Bus stn tu
ReplyDeletedekat sesangat,belakang bus terminal je,2-3minit je jalan kaki
Deleteberapa harga semlm..mcm luas je biliknye
ReplyDeletehaah bilik n bathroom mmg luas...lbh krg rm120 je per nite,murah kan
DeleteJM mkn stuffed squid kat abai village..ya ampunn...mmg sedap sgt
ReplyDeletememula tengok takdala teringin pun,member dok convince sedap katanya..perghh memang mnyesal tak tapau lagi satu
Deletesedap !!! memula tu was was gak.. makcik tu punya yakinkan daging xdak..
Deletetawakal je bila dia kata semua seafood..
ya betul...insyaAllah ok sbb tau psl gerai jual mknanan seafood kt daepohang ni pun dr prgrm rasa halal korea kt chanel oasis tu
DeleteCT makan sotong sumbat kat Abai Village tapi kami jumpa twigim mahai2 kat Abai Village.. x beli sebab macam mngarut je harga dia.. tatau ada port tu. ok !! ada rezeki kembali kita terjah..
ReplyDeletekt Abai tu mmg mahal ...nxt time g la mkn kt port tu,sgt fresh seafood dia...sedap bangett
Delete