Pages

Saturday, May 21, 2016

CHASING AUTUMN 8 :Seoul -Deoksugung Palace & Banpo Bridge Fountain

Saturday 31 October 2015

Sokcho-Seoul

  Pagi ni kami agak santai bersiap,sarapan makan nasi instant vege berlaukkan udang tempura semalam yang masih enak rasanya.Selesai berkemas kami pun check out dari Rocustel Motel dan menapak ke Dongbu express terminal.

    Kami akan bertolak ke Seoul pula hari ni,plan nak naik bas yang menuju ke Dongseoul bus terminal,lebih cepat sampai berbanding Gangnam express bus terminal.Malangnya bus ke Dongseoul hanya ada pukul 11.50am,tapi kami tetap beli tiket tanpa fikir panjang.
   
  Sambil duduk menunggu kami mengeluh pulak sebab lambat timing bas ni,sementara tu nampak makin ramai yang membeli tiket di kaunter dan ada bas tengah menunggu di luar,rupanya bas ke Gangnam terminal akan bertolak dalam masa 10 minit,menyesal pula beli tiket tadi sebab walau macam mana pun kami akan sampai lebih awal kalau bertolak sekarang.

   Saja bertanya di kaunter kalau-kalau kami boleh tukar tiket..tak disangka rupanya boleh,dan itu last 2 seats yang tinggal...rezeki.Kami pun segera bayar beza harga tiket yang baru dan naik ke bas yang dah nak bertolak tu...babai Sokcho.

off to Seoul


Gangnam Express Bus terminal


Express Bus Terminal,Seoul



  Seperti dijangka bas ke Gangnam ini memang akan tiba lewat disebabkan faktor trafik,hampir 40minit bas bergerak perlahan bila tiba di Seoul,akhirnya sampai di terminal pukul 1.30pm...3jam atas bas.Sebab itu lebih baik ke Dongseoul terminal kalau nak sampai lebih cepat.Journey biasanya antara 2-2.5 jam sahaja.

entrance to Express Bus Terminal subway station

  Kami pun  menuju ke subway station Express Bus terminal yang terletak berhampiran saja dengan bangunan terminal ini.Dari sini kami ke Dongdaemun History & Culture park station untuk check in ke Philstay Dongdaemun Economic guest house.


Philstay Dongdaemun Economic Guest House

   Sampai di Dongdaemun History &Culture (DHC) station kami mencari exit 12...jenuh nak keluar dari subway station yang sangat besar ni,mujur exit 12 ada escalator,takla terbeban nak pikul luggage berat.

   Tak susah sangat nak mencari guest house ni,lebih kurang 10 minit berjalan dah tiba ke destinasi.Kedudukan boleh kata strategik sebab dekat dengan subway dan segala attractions di Dongdaemun tapi ada banyak perkara aku tak berkenan dengan guest house ni.First, takda lif maka terpaksala berangkut beg naik tangga.

  Kaunter reception kecik je dan terletak di sudut tangga 1st floor.Kami pun check in dan boleh terus masuk sebab bilik dah ready.Naik setangga lagi,nampak ruang makan dan kitchenette,bilik kami berhampiran ruangan tersebut.

    Bilik memanjang dan agak sempit,boleh terima lagi tapi faktor kedua yang tak berkenan ialah bilik tak dikemas rapi,nampak cincai dan ala kadar je,towel pun tak dilipat elok-elok.Bilik air ok agak luas tapi dindingnya frosted tempered glass,jadi silalah alihkan pandangan dari bilik air bila ada orang dalamnya.

   Ada washing machine mini yang melekap ke dinding antara tangga tingkat 1 dan 2,kapasiti washing machine sangat kecik,mujur ada 2...dryer takda,ada penyidai disediakan,boleh bawak dalam bilik tapi jadi tambah sesaklah bilik yang sempit tu...pandai-pandailah adjust.

lousy housekeeping-katil tak dikemas rapi

bathroom/toilet dengan dinding tempered glass

Deoksugung Palace

    Selesai solat kami pun keluar semula untuk meronda sekitar Seoul.Destinasi pertama ialah ke Deoksugung Palace.Macam biasa pengangkutan di Seoul ni dah tentu menggunakn subway,dari DHC station kami ke City Hall station,keluar exit 2 untuk ke palace ini.

    Deoksugung Palace ni kecik je kawasannya,asalnya bukan istana tapi adalah kediaman bangsawan.Selepas perang dengan Jepun (Imjin War 1592) istana Gyeongbukgung musnah manakala istana-istana lain rosak teruk.Oleh sebab itu Deoksugung dijadikan istana sementara.


throne hall Deoksu Palace

   Masa kami sampai dah penghujung changing guard ceremony depan gate palace tu,tapi tak kisah sangatlah sebab dah pernah tengok di Gyeongbukgung dulu.Ramai pengunjung hari ni sebab weekend tambahan pulak ada culture exhibition di luar Deoksugung ni sempena Festival Last Day of October.Tiket masuk ialah KRW1000,dibuka dari 9am-9pm dan tutup pada hari Isnin.Kalau berminat boleh join free guided tour in English,hari biasa pukul 10.30am dan 1.30pm dan weekend hanya pada jam 1.30pm sahaja.


dah penghujung changing guard ceremony
show dah abiss...


admission ticket KRW1000

    Masa kami masuk ada rehearsal untuk cultural night show malam ni.Jadi duduklah layan tengok sekejap kemudian sambung ronda keliling istana.



Culture night show rehearsal




   Tak lama pun kami di dalam kawasan Deoksugung,takda apa yang menarik sangat.Kami pun keluar dan pergi ke area culture exhibition yang sedang berlangsung di sepanjang stone wall road Deoksugung  ni.Meriah dengan macam-macam aktiviti dan pemandangan autumn di sekitar kawasan luar istana ni memang sangat cantik.


Last day of October Festival

berbagai exhibition






Gwanghamun Square and Cheonggyecheon stream

    Kami stroll along sepanjang tempat culture exhibition tu berlangsung,lepas tu malas nak patah balik jadi pandai-pandai agak sendiri nak cari subway station.Ikut sedap kaki berjalan last-last kami dah sampai ke area Gwanghamun square.Masa ni keadaan sesak sana sini,banyak sangat event diorang ni.Mula tu macam cuak jugak sebab nampak ramai sangat polis sana sini berkumpul,kami bertanya pada Seoul city's tour guide berpakaian merah yang ada je ronda sana sini dan bersedia membantu para pelancong.Katanya ada polis strike time tu,tapi takda apa yang perlu dirisaukan...kami boleh jalan je macam biasa.




polis tengah picket beramai-ramai

Seoul city tourist guides

    Dah alang-alang kat situ kami pun bergambar dekat statue King Sejong dan Admiral Yi Sun-Shin.Di tengah Gwanghamun square tu pulak ada talk tentang tragedi feri karam yang berlaku pada tahun 2014 melibatkan 476 orang yang kebanyakannya murid sekolah.Sampai hari ni mereka masih mengkritik kejadian tersebut dan sering menganjurkan majlis-majlis peringatan seperti ini.

King Sejong statue

Admiral Yi Sun-Shin statue

Gyeongbukgung gate at night

majlis peringatan tragedi feri karam
    Dari Gwanghamun square kami melintas jalan untuk ke Cheonggye plaza pula..alamak sesak jugak dengan orang ramai,ada juga yang berceramah di sini,kami tak pasti tentang apa.Busy sungguh rakyat Seoul ni.Kami pun bergambar lebih kurang dekat stream tu dan beredar dari situ.

"Spring"-20 metre modern art snail like sculpture 

Cheonggye stream

Banpo Bridge

   Kami ke subway Gwanghamun station untuk ke destinasi selanjutnya iaitu Banpo Bridge untuk tengok fountain show.Kami ambil route berikut untuk ke situ :-

Subway->Gwanghamun station - Express Bus Terminal station  #exit 8-1
Dari exit 8-1,jalan terus kira-kira 200m sampai hujung blok dan belok kanan
Jalan terus sampai jumpa 1st traffic light (ada signboard Jamsugyo Walking track)-cross jalan
Lepas cross,jalan arah kanan menghala ke tunnel pejalan kaki(Jamsugyo walking track)
Lepas tunnel ni dah sampai Hangang park,jalan beberapa meter lagi untuk sampai ke tepi Banpo Bridge


menyeberang di sini untuk  ke laluan Jamsugyo walking tack

Jamsugyo walking track

    Fountain show ni beroperasi dari April hingga Oktober setiap tahun,jadi hari ni merupakan last day untuk fountain show ni sebelum ditutup sehingga penghujung Mac nanti.Jadi haruslah singgah kan walaupun masa ni dah kelaparan,cuaca dah start sejuk sekarang,apalagi bila pergi ke tepi Hangang River ni,mungkin sebab tu show ni tiada musim winter.Suasana agak meriah di situ,bersama-sama kami ramai juga warga tempatan yang melepak menyaksikan fountain show yang diiringi lagu-lagu Korea dan English serta penuh warna-warni itu.

Banpo Bridge Fountain show





   Dah puas hati di situ kami pun beredar,sempat enroute sekejap ke Some Sevit iaitu floating Island yang terletak berhampiran bridge tu.Di sini ada 3 flower themed islet,iaitu 3 bangunan yang menempatkan dewan,restoran,sports facilities,garden dan sebagainya.Kami tak berjalan pun ke kawasan tu,cuma ambik gambar je dari luar.

Some Sevit-artificial floating islands



   Kembali ke subway station,kali ni kami pilih untuk turun di exit 4 underground shopping,saja nak cuci mata.Nampak menarik underground shopping Gangnam ni,tapi kami taklah berlama-lama di situ,misi untuk isi perut lebih penting time ni.

Gate 4-to Gangnam terminal underground shopping center




Sesak di Itaewon

    Dari subway Express bus terminal kami ke Itaewon,sesuatu yang tak dijangka berlaku.Turun di Itaewon manusia luar biasa ramainya,sampai sesak subway station di situ.Bingung event apa pula sampai lautan manusia memenuhi Itaewon ketika ini...sana sini orang bercostume dengan pelbagai rupa dan gaya,oh ya,31 Oktober,Halloween night.....tepuk dahi sendiri.Itaewon ni adalah special district untuk foreigner dan banyak kelab malam terdapat di sini,jadi tak hairanlah party Halloween diadakan besar-besaran di sini.

jem manusia di Itaewon subway station

sesak!!
    Lama juga terperangkap dalam jem manusia,setelah jenuh berhimpit-himpit berjaya juga kami keluar dari subway station.Ramai betul 'hantu-hantu' berkeliaran kat luar.Terus daki bukit tuju arah restoran-restoran halal yang terdapat di situ.Hajat nak ke Murree tak kesampaian sebab dah ditutup,begitu juga kebanyakan restoran lain seperti Eid dan Makan.Akhirnya kami pilih untuk singgah di restoran Siti Sarah.Ingatkan restoran Melayu rupanya restoran arab yang beristerikan orang Indonesia bernama Sarah.

Darth Maul n Darth Vader outing nite

otw to persidangan hantu sedunia

simple tapi sedap

   Kami makan nasi dengan grilled chicken...sedap ayam bakarnya,tambahan ada sambal pedas.Sambil makan kami berbual dengan 3 orang adik backpackers yang juga sedang makan di situ,ingatkan dari Indonesia rupanya dari Malaysia juga.Leka berborak tak sedar dah pukul 11 lebih,kami segera beransur pulang,mujur subway masih beroperasi hingga pukul 12am.

Selesai kembara hari keempat,sambung kisah selanjutnya next entri.


Sambung


24 comments:

  1. jauh perjalanan, dari timur ke barat...underground shopping mall di Gangnam station mmg menarik..nampak high class, beli satu handbag di sini..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mengembara ke segenap penjuru kali ni,betul tu nampak stylo barang kat situ,sayangnya tak sempat nak singgah...walk thru je cuci2 mata :)

      Delete
  2. Seat dalam bas tu mcm massage chair, luas dan besaq. Kalau Willer Bus di Japan lebih kurang mcm bas express tempatan kat Malaysia ajer

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kak Nori memang spacious sangat seat dia,tido pun lena...option yang bagus untuk travel long distance kt korea sbb bas murah dari train,frequent n selesa

      Delete
  3. Replies
    1. thanks Nabila singgah sini..syok tp that day memang sesak orang kat mana-mana :)

      Delete
  4. syukur leh gerak awal..dapat tiket jam berapa? kiranya Sal x join trip kali ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tiket pukul 10.20am,mujur smpat grab kalau tak melangut dekat 2 jam lagi kat situ.Sal follow team haji time ni..so bdua je trip ni

      Delete
  5. bilik sgt sempit..ada space tuk solat tak..berapa harga per night ni Ayda..tgk alas tilam yg x kemas tu...hadoiii..so bad!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sempit,space solat pun dpn bilik air tu,mmg tergujat bila masuk...biar betul,takda rupa dah kemas pun

      Delete
  6. dulu masuk gak deuksugung ni tp kejap je sbb x de pe yg best

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah takda apa yg menarik pun kt dalam..mbazir je beli tiket,jln2 kat luar tu yg cantik time autumn

      Delete
  7. berkali2 ke Seoul tak sampai2 gak Cheonggyecheon stream dan Banpo Bridge tu adusss

    ReplyDelete
    Replies
    1. lah yeke JM...nak kena repeat ke lagi tuu..??hehe

      Delete
  8. Replies
    1. Salam ukhuwaah Irda,
      thanks very much sudi follow n singgah sini :D

      Delete
  9. Assalamualaikum Ayda, saya Kay :)

    Eh saya pon ada kat Deoksugung pada 31 Oct ni tau, tapi saya pagi-pagi dalam pkl 10 camtu. Kalau saya pergi petang2, mesti kita dah terserempak kan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam,

      Salam pkenalan n thanks singgah sini Kay...eh,eh sama pulak destinasi kita ya,klau time sama sure tserempak sbb palace tu kecik je kan,petang tu ramai sangat orang sebab dah start festival

      Delete
    2. Masa saya pergi tu diorang tengah buat preparation untuk festival tu. Ingat malam nak pergi balik tengok, tapi tak jadi sebab sejuk sangat hihi Ayda tak rasa masa ni sejuk sangat-sangat macam winter dah!

      Delete
    3. O betul tu Kay...time ni dah trasa winter breeze dtg,sejukk amat berbanding masa di Busan n Sokcho sblum tu,memang bertabah sangat hadap sejuk masa g Banpo bridge malam tu :D

      Delete
  10. tetiba rindu Korea aceceh.. padahal baru sekali pegi hehe.. last time sebab terlalu sejuk banyak jugak aktiviti yang tergendala.. insyallah ada rezeki bakal kembali lagi.. nak pegi otem jugak la tngk cantik je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa ada harapan terjebak jd kaki balik kg korea ni,winter dia mmg agak harsh kan,sila lah siti rpt time autumn,view sgt osemm n cuaca pun sejuk-sejuk nyaman je :D

      Delete
    2. time autumn tadak cuti.. huurm.. maybe free pun awal otem sebab cuti sekolah..

      Delete
    3. hujung november masa baru start cuti sekolah pun ok kot...smpat lagi rasanya catch autumn foliage kt certain tempat

      Delete