Usai bersarapan ringkas roti dan tuna sandwich kami pun check out dari Philstay Economic Guest House.Hajat hati nak tinggalkan beg dulu sementara kami pergi jalan-jalan tapi tiada kelibat staf kelihatan di kaunter pagi ni.Maka kami terus beredar ke Dongdaemun History &Culture station dan simpan beg di locker stesen tersebut.
Ewha Womans University
Dari DHC station kami turun di Ewha Womans University station,keluar melalui exit 2 dan berjalan terus ke depan kira-kira 10minit.Sesiapa bebas sahaja keluar masuk kawasan universiti ini,tak perlu nak ambil pass pelawat atau nak report ke pak guard.
tangga tinggi dan curam di subway station Ewha University |
entrance ke universiti |
view dari kampus yang terletak di area Sinchon |
usaha tangga kejayaan |
jom g kuliah... |
Dah habis sesi lawatan sambil tak belajar ni kami pun beredar untuk acara shopping pula.
Autumn Shopping di Naemdamun & Myeongdong
Dari Ewha Womans University misi seterusnya ialah shopping,maka kami pun turun di Hoehyoen station,keluar exit 5,terus belok kanan dan buat kali keduanya menjejak E-Lengdang market untuk mencari brooch.Mula-mula ternaik pula ke tingkat 3,level ni banyak kedai fresh flower,sempat jamu mata jap tengok gubahan bunga yang cantik-cantik.
bangunan E-Lengdang yang berwarna sage green |
bunga-bungaan di 3rd floor |
lorong berhampiran kedai 209,lupa nak snap kedai ahjumma sebab leka belek brooch |
Lama juga tersadai di kedai ahjumma memilih-milih brooch yang berkenan di hati,ahjumma memang baik dan sabar je melayan kami.Selesai membeli di situ kawan ahjumma di kedai berhampiran pula sibuk panggil kami ke gerainya pula,tak sampai hati menolak singgah jugalah sekejap dan terjebak beli sikit lagi.
Selesai shopping brooch kami ke bangunan sebelah yang berwarna oren dan singgah di sebuah kedai souvenir yang terletak di ground floor.Ada yang mengatakan souvenir murah boleh didapati di tingkat 2,tak pastilah pula sebab tak pergi ke situ.Yang di ground floor ni pun dapat harga yang berbaloi juga,unni tu bagi harga special bila tahu kami dari Malaysia,cuma kedainya agak kecil dan pilihan agak terhad,tapi banyak juga hasil belian di kedai tersebut.
bangunan orange sebelah E-lengdang |
kedai souvenir yang bagi generous diskaun,terletak di ground floor bangunan orange |
anggur sekotak besar tak sampai rm15 |
kuih ikan yang kaya dengan inti kacang merah...KRW2000/6pc |
hotteok sayur-sayuran KRW1000 |
Seterusnya kami mencari kedai jam tempat aku beli seutas jam semasa trip 2013 yang lalu.Sedihnya sebab jam tu hilang masa di Busan hari tu....mungkin tercicir di mana-mana.Kononnya nak cari yang sama sebab suka sangat design dia.Malangnya kedai tu dah takda,lalu kami pun singgah di LLoyd,nampak adalah juga design yang seakan sama walaupun tak secantik yang aku beli dulu tu.Ramai sangat orang masa ni,ambil masa juga nak tunggu staff yang available untuk membantu.AJ pun terjebak sama membeli jam.Ada 10% diskaun untuk foreigner,just tunjuk pasport untuk dapatkan diskaun tersebut.
berjalan kaki dari Naemdamun ke Myeongdong |
Myeongdong yang sentiasa meriah dengan pengunjung |
kedai jam Lloyd |
Dongdaemun
Dongdaemun Gate |
Hari dah menginjak petang,kami perlu bersegera sebab nak berjalan jauh malam ni.Sebelum bertolak kami ke Dongdaemun dulu sebab nak pergi dinner ikan bakar.Kami tumpang solat di parkir kereta je bila dah tiba ke Dongdaemun.
Bila nak mula mencari kedai ikan bakar ni aku pun merujuk ke kertas info yang dilampirkan dengan itinerary.Aku jadi kalut sebab info yang dicari tak jumpa sedangkan aku pasti dah simpan maklumat lengkap sebab memang teringin sangat nak ke situ.Puas belek sana sini takda juga,lost sekejap...aku cuba mengerah segala daya ingatan untuk ingat balik jalan ke situ.Agak payah sebab Dongdaemun bukannya kecik.Ternampak hotel JW Marriot aku ajak AJ ke situ sebab rasa hotel ni terlibat dalam info yang aku baca.
Kami pun menyusur koridor depan hotel ni dan kemudian belok ke simpang kanan berhadapan dengan bridge.Lepas masuk simpang tu aku rasa dah dekat tapi tak ingat detail selanjutnya.AJ yang dah cuak sebab hari makin lewat petang mengajak untuk beredar saja sebab takut terlepas bas ke Jeonju...dah hampir pukul 6 masa tu.Aku pula optimis masih sempat lagi,dalam pada tu kami berpatah balik ke depan hotel tadi.Aku cuba cari kot ada free wifi depan hotel ni demi untuk browse maklumat pasal kedai ikan bakar tu.
Dalam pada kami tercangak-cangak di situ seorang pekerja hotel menyapa kami,bertanya kalau kami perlukan apa-apa bantuan.Syukurlah orangnya fasih berbahasa English jadi mudahlah kami bertanya.Dia pun ambil map dan tunjuk direction yang crystal clear...memang betul tempat yang kami pergi tadi,cuma miss lorong kecil untuk ke situ.Jadi inilah direction yang betul untuk ke sana:-
Dongdaemun station #exit 8 atau lebih mudah dan dekat lagi kalau keluar melalui Dongdaemun Underground shopping centre #exit 2 (exit subway dan exit underground shopping centre adalah berbeza-jangan keliru)
Keluar dari exit 2 underground shopping tadi terus nampak Hotel JW Marriot di belah kanan,terus pergi arah hotel dan susur kaki lima didepan hotel tu.Berseberang dengan jalan ini nampak bangunan Pyonghwa clothing market.Jalan terus sampai ke simpang pertama,belah kiri akan nampak jambatan merentasi Cheonggyecheon stream,di sini belok kanan.
Jalan beberapa meter ke depan,masuk 1st lorong kecik sebelah kiri...di sinilah letaknya deretan kedai ikan bakar Dongdaemun yang famous itu.Kebanyakan orang Malaysia singgah di kedai ahjumma yang terletak di awal2 lorong.
Tapi kami tak makan di situ sebab masa mencari dah terlajak,jadi kami singgah je di salah sebuah kedai yang ada.Tidak dinafikan ikan bakar di sini memang fresh dan sangat sedap.Laju kami melicinkan segala hidangan disebabkan faktor kelaparan dan nak cepat.Dah lama selepas pulang ke Malaysia baru aku sedar yang direction ke kedai ikan bakar ni rupanya dah ku save dalam handphone.Padahnya letak info merata lepas tu sendiri lupa.
restoran ikan bakar ahjumma baju merah tu yang selalu jadi tumpuan orang Melayu |
set ikan bakar berharga KRW7000 |
Lepas makan kami pun segera beredar dan menaiki subway dari Dongdaemun station ke Dongdaemun History & Culture station untuk pick up baggage dari locker.Hairan sebab locker kami tak dapat dibuka,lepas beberapa percubaan baru kami faham kena tambah lagi duit...ish rupanya harga locker di sini ialah KRW4000/4hr,ada tambahan lagi KRW8000,jadi caj seharian simpan beg di situ jadi KRW12000..lebih rm40 tu,nak tercekik rasanya,paksa rela jelah membayarnya. Selesai ambil beg kami pun naik subway ke Nambu Bus Terminal station untuk ke destinasi seterusnya malam ini.
Sambung
cantiknya autumn foliage kt Ewha U...Myeongdong, Namdaemun, mmg best tuk shopping..
ReplyDeleteUntung kan jd student ewha ni,kondusif sungguh environmnt utk study,mmg best 2 tmpt ni shopping ,cuma ms ni transition autumn ke winter tkda sale yg gempak2 lagi
DeleteMahal harga utk letak luggage compare to Tokyo. Masa di Ueno Station tahun lepas locker muat letak dua backpack dlm Y600 (RM23)
ReplyDeletetulah kalau dpt share lagi jimat kan,tp sebab begnya gemuk so tpaksa ambil locker asing2,ingat bayaran tu per day,rupanya utk 4jam je...pasrah je bayar
Deleteseramnya escalator tu...tapi gambar2 semua mmg cantik..shopping pun boleh tahan kat sana kan
ReplyDeletehehe mujur escalator kalau tangga mau menangis nak mendakinya,ambik gambar angle mana-mana pn ok sebab view memang cantik,btul shopping especially brg skin care n kosmetik mmg syokla kt sini...cepat g sana,Korea dah mmanggil-manggil Irda tu :-)
Deletealaaaamak !! ni yang makin terasa nak pegi lagi ni !!!!! tidak !! seruan haha..
ReplyDeletehaha...dah kena jangkitan virus merepeat korea,ayuhlah kita...anyeong2
Deleteadeh!!! rindu ikan bakar, kuih ikan, hotteok dan shopping brooch kat namdaemun tu
ReplyDeleteIyalah kannn,dah kena jd annual trip ni ke sana,kalau tak rasa mcm ada withdrawal symptom gitu...
Delete