Journey to Jeonju
Jeonju |
image dari google |
Setibanya di bus terminal kami bergegas ke kaunter untuk beli tiket ke Jeonju,syukur ada bas yang akan berlepas pada 8.10pm,tiket berharga KRW11600 dan bas ni adalah direct express,takda stop untuk perhentian lain.Hanya ada masa 10 minit lagi jadi kami terus tuju ke platform dan menaiki bas yang sudah sedia untuk bertolak.
Tak sempat pula menggunakan public phone di bas terminal untuk memaklumkan guest house kelewatan kami ,saat macam nilah penting handphone ada roaming,walaupun caj agak mahal tapi lebih baik kan dari berisiko tak dapat check in.Jadi aku pun mendail nombor telefon owner guest house dan serahkan pada AJ untuk bercakap...tak sia-sia sahabatku ini tekun mentelaah Kdrama sejak sekian lama,dalam keadaan owner tu tak pandai English AJ berjaya berkomunikasi dalam bahasa korea dengan beliau,yaay...salute untuk chinggu!Lega rasanya dan barulah boleh tidur dengan lena atas bas tu.
Agak laju juga driver bawak bas,rasanya macam baru sekejap terlelap,pukul 10.20pm kami dah tiba di Jeonju.Dalam terpisat-pisat tu kelam kabut turun bas sudahnya terlupa ambil anggur yang diletakkan di seat kosong depanku.Rugi betul... rezeki driver bas nampaknya.
Turun dari bas kami pun menaiki teksi,owner guest house tadi suruh kami naik teksi dan bagitau nak ke Hanok spa...jadi teksi pun hantar kami ke situ.Sampai depan hanok spa kami blur sekejap,takkan guest house ni dalam spa?depan spa ada parking kereta dan kelilingnya nampak macam rumah-rumah persendirian.Dalam pada kami nak call owner guest house seorang lelaki yang berada depan spa tersebut menawarkan bantuan.
Kami pun berikan telefon untuk lelaki itu bercakap dengan owner guest house,waktu tu seorang ahjumma yang mungkin terdengar perbualan kami dengan lelaki itu keluar dan menunjuk ke arah sebuah rumah berhampiran spa,katanya itulah Dajeong guest house.Patutlah susah nak cam sebab rumah tu dilindungi dengan pagar tembok batu.
Hanok Spa |
Dajeong Guest House terletak di sebelah kiri spa |
Dajeong GH agak tersorok di belakang tembok |
Dajeong Guest House
entrance |
Aku pun survey hanok stay di Jeonju,harga boleh dikatakan murah sedikit berbanding hanok stay di Seoul.Cuma yang tak best kebanyakan hanok bilik air adalah berkongsi,aku pula lebih selesa memilih yang ada private bathroom tapi dah tentu harganya lebih tinggi lingkungan rm200+ semalam.Akhirnya terjumpa Dajeong guest house yang menawarkan harga bilik dengan private bathroom yang murah.Masa tu takda apa-apa review lagi tentang guest house ni sebab ia masih baru.Tengok gambar nampak menarik,jadi aku pun booked bilik double dengan harga rm145 semalam di website Expedia.
tangga ke tingkat atas |
Dari hanok spa kami pun berjalan ke arah guest house,memang sukar nak cam waktu malam ni sebab kami expect akan nampak bangunan sebuah macam hanok tu.Rupanya ia terletak di bangunan kedai,ada sikit-sikit je ciri hanok dari luar,sign board pun kecik je dan Dajeong ditulis dalam hangul.Owner menyapa kami di depan pintu masuk dan menunjukkan korean style double room yang terletak di tepi pintu masuk ground floor.
Walaupun tersasar dari rupa hanok seperti bayangan kami tapi ternyata tak silap memilih untuk menginap di sini.Harga amat berbaloi,lokasi pula strategik sebab berhampiran dengan Jeonju hanok village dan juga jalan besar.Bilik sangat spacious,ada almari yang besar dan bilik air juga luas.Kebersihan memang tip top dan suasana sekeliling juga sangat senyap dan aman.
korean futon |
closet di sudut bilik |
ruang storage yang luas |
bilik air |
ruang tamu/makan |
dapur |
Bila dah settle down kami pun merebahkan diri baring atas futon yang selesa,tak sabar nak ke destinasi esok,highlight terpenting untuk misi memburu autumn kami kali ni.
Sambung
SALAM MERDEKA 31 OGOS 2016
Akak punya up and coming Japan trip nanti, hotel yg dah booked tu cuma ada 4 shared bathroom and separate public shower for male & female. Hmm tak tau mcm mana nak jadi nanti hik
ReplyDeleteakak dok ryokan ke,rumah traditional ni biasa memang shared bathroom kan,harapnya tak ramai guest la time tu,wah tak lama lagi citer jepun keluar lagi...tak sabar nak baca :-)
DeleteDok hotel, pilih hotel ini sebab ada kemudahan kitchenette dan dekat dgn train station. Nanti akak nak try Ayda punya tip utk pi Rose Cafe dgn naik bas ke sana
Deleteooo kak Nori nak ke Kyoto,bestnya,mmg convenient dok dekat dengan train station,smua public transport mudah nak naik,happy holiday kak,moga dipermudahkan perjalanannya nnt
DeleteSalam Merdeka yg ke 59...
ReplyDeleteAkk kalau nk mencari hotel mlm2 kt oversea, mmg fail, mesti menggelabah..hihi..
Walopun rupa paras ada sikit2 hanok, suasana dalaman mcm rumah hanok, tidur atas futon on warm floor..
hihihi sy pun cuak juga time tu,betul memang terasa lost n blur kalau tiba di tempat asing waktu malam atau time heavy snow,mudah sesat jadinya.
DeleteHaah konsepnya hanok stay walaupun bangunan moden,Alhamdulillah selesa di situ.
teringin nya jenjalan kat sini...insyaAllah one day..nice sharing:)
ReplyDeleteInsyaAllah...Irda pergilah travel Korea time spring or autumn,view sangat awesome and cuaca pun nyaman je
DeleteCT kalo pegi Korea lagi memang nak explore di other side pulak.. hehe.. kena mai sini cilok2 point dulu baru boleh plan itinerary.. keep on sharing.. hehe..
ReplyDeleteKorea taklah besar sangat tapi banyak je tempat menarik boleh xplore kan...sesamalah kita share info ya :-)
Deletebestnya kak aydaaa :D
ReplyDeletefollow sini #29
follow back tau kak ayda :D
Thanks Diarios menjejak sini..
DeleteBest,bole la terbang ke korea nnt kan..
Ok nnt akak follow,salam aidil adha :-)
JM ada plan nak ke Jeonju an Daejon...leh lah stay kat Hanok Spa ni
ReplyDeleteWah balik kg lagi...stayla Dajeong guest house ni,mmg berbaloi (jgn stay hanok spa lak,tu jiran dia...hhihi)
Delete