Pages

Wednesday, October 5, 2016

CHASING AUTUMN 13-Naejangsan National Park II

Tuesday 3rd November 2015

Sambungan autumn di Naejangsan...

    Seperti orang lain kami juga jalan secara santai,berhenti bergambar di mana-mana spot yang menarik.Akhirnya pukul 2.20 petang baru sampai ke kawasan stesen kereta kabel.Tengok pada queue memang lemah semangat dibuatnya.Namun aku tetap mengambil tempat dalam barisan panjang tu sementara AJ pula ke tandas.

berbondong-bondong ke arah cabel car station
mengopi sambil beratur
cable car station-kaunter tiket di tengah
just in time masuk barisan sebelum ke entrance  gate
   Rupanya barisan ni bergerak agak laju,bukan seperti di Mount Seorak yang terpaksa beratur berjam-jam lamanya kalau datang musim autumn.Sepatutnya aku beli tiket dulu sebelum beratur,AJ pula belum muncul,giliran untuk ke entrance gate semakin hampir.Cuak juga takut kena ke belakang semula.Syukurlah beberapa meter sebelum gate AJ sampai,segera aku minta dia beli tiket dulu.Harga tiket ialah KRW8000 return.By 3.15pm tiba giliran kami untuk naik kereta kabel,cantik sangat pemandangan autumn di Naejangsan dilihat dari tempat tinggi.


persimmon tree

menuju puncak........

5 minit dah sampai ke atas
    Sampai atas kami duduk dulu di bangku sambil buka bekal nasi instant Brahim dan sambal bilis,cukup nikmat menjamu selera di situ.Selesai makan kami sambung jalan ke arah observatory..kena berjalan dalam 300meter,ada turun naik tangga juga.Berkurun juga nak sampai sebab banyak berhenti bergambar,terpesona dengan warna warni hutan.

cahaya dari langit

forest with many secrets....


300 meter ke arah observatory

turun naik tangga  ke arah observatory


melepaskan lelah di tangga



   Setelah agak lama berjalan sampailah kami ke observatory platform tu.Orang ramai jadi kena pandai-pandailah rebut spot yang kosong.Saujana dan sayup pemandangan dari atas sini.Kelihatan walking path course di bawah sana dan juga beberapa peaks di Naejangsan ni.

Observatory platform

jigga mata hitamku......


Woohwajeong lake from hill top

Naejangsan peaks

Seoraebong peak 624m

   Selesai bergambar-gambar di situ kami bergegas jalan semula arah stesen cable car tadi,cadangnya nak ambil wuduk dan solat dulu sebelum turun.Malangnya tiada bekalan air untuk toilet di atas sini,jadi lupakan jelah niat tu dan cepat-cepat masuk barisan kereta kabel,mujur juga tak lama sangat beratur.

solat di atas jambatan merentasi sungai kontang yang indah

    Usai menunaikan kewajipan di satu spot yang sangat tenang dan indah kami teruskan menjelajah lagi kawasan park ni.Kami berjalan ke arah maple tree tunnel.Bagaimanapun pokok maple di sini masih belum masuk fasa full autumn foliage lagi.Kalau terus berjalan hingga ke hujung akan sampai ke entrance Naejangsa temple,tapi di sebabkan hari dah mula redup nak menghampir ke senja kami pun tak ke sana.

   Masa tengah bergambar di sini ada Korean couple yang offer untuk ambil gambar kami berdua,memang tak lepaskan peluang sebab kami memang malas nak keluarkan selfie stick tu.Lepas tu kitaorang ambik gambar diorang pulak...orang berbudi kita berbahasa lah kan.


maple tree tunnel







Autumn is a second spring when every leaf is a flower-Albert Camus

Iljumon Gate
    Sesudah bergambar kami pun jalan arah shuttle bas yang sudah sedia ada tak jauh dari di situ,tambang untuk menaiki shuttle bus ni ialah KRW1000.Tak lama duduk bas pun bergerak keluar meninggalkan Naejangsan park.

deretan gerai souvenirs

shuttle bas sudah sedia menanti

    Shuttle bas berhenti berhampiran entrance,turun dari situ dengan sedikit cahaya yang masih bersisa kami bergambar semula di beberapa spot menarik sebab suasana dah agak lengang pada waktu ni,tak seperti masa masuk tadi yang padat dengan pengunjung.



senja di Naejangsan
    Hari dah gelap menjelang kami tiba di kawasan parkir bas,Alhamdulillah bas 171 sudah berada di situ,belum ramai penumpang yang naik jadi dapatlah kami duduk.Agak lama juga menunggu sampai kami dah tertidur dalam bas,sedar-sedar 30 minit kemudian dah padat dengan penumpang.Bas pun bertolak menuju ke pekan Jeongeup,anyeong beautiful Naejangsan.


Sambung

16 comments:

  1. cantiknya second spring ni, takde bunga pun takpe, all leaves are flowers..tak puas memandang gambo autumn foliage..kena gi jgk ni..I wanna feel it..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergilah chase d autumn sis...ada magical feel to it,macam cherry blossoms gak,dlm gambar je tak cukup,mmg wajib rasa sendiri nih :)

      Delete
  2. Mak aiih panjangnya nak kena beratur. Pernah sekali pi Langkawi, queue sikit punya
    panjang utk naik cable car. Akak part yg mcm nih yg patah semangat haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg lemah semangat tgok q pnjang berjela,tp kira boleh tahan lagilah sebab agak laju jgak bergerak,kalau di mount seorak tiba lewat macam ni ms autumn memang masak la nak mnunggu sampai 3-4jam..hihi...

      Delete
  3. Masya Allah cantiknya pemandangan ru
    Macam nk terbang je kesana Ayda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tpesona kan...tu yang berbondong-bondong org ke sana..apalagi kak Noor fulfill ur desire,sempat lagi tu nak kejar peak foliage tahun ni..

      Delete
    2. Dalam hati mmg nk je pegi Ayda tapiiiii
      Baru je balik dari UK time awal summer bln julai
      Jadi kena bersabo dulu lah gamaknya ni

      Delete
    3. takpa kak Noor...tiap2 tahun boleh kejar autumn,one fine day sampaila tu,insyaAllah

      Delete
  4. bestnya dapat melawat negara org gini.. salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan,thanks so much Jueliza singgah ni...pergilah travel,memang addicted jadinya :)

      Delete
  5. Subhanallah view sgt cantik di naejangsan park ni berbaloi la q berjam-jamnak naikcsbld car tu tgk org beratur tu..cuaca sejuk jadinya x lah terasa lama kam menunggu dan line pun gerak cepat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berbaloi autumn di Naejangsan,mujur q tu pun laju bergerak,takdala mereput tunggu turn

      Delete
  6. Adeh! Rugi la dulu x sempat pegi sini walhal dh masuk dlm itie tapi cukup masa nk terjah. Sini lebih cantik dari mount seorak time autumn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah betul memang lagi osemm dr mount seorak,sbb tu local people pun berbondong ke sini.Takpa there is always another chance..alasan utk balik kg kan;)

      Delete
  7. Toilet x ada air? Hurmmm mgkin tempat tggi then wuduq guna spray or camne. Betul tu solat itu wajib so cari tempat bersih pastu solat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah sy rasa may be smua toilet kt ats pergunungan kt Korea takda bekalan air,kt toilet mt seorak yng kat cabel station atas tu pun sama,so apa-apa elok setelkan kat toilet bawah je

      Delete