Kongnamul Gukbap
Kami tiba di pekan Jeongeup sekitar 8pm dan terus beli tiket bas pulang semula ke Jeonju,bas bertolak dalam masa 10minit.Pukul 9 dah sampai ke Jeonju intercity bus terminal.Dari sini kami naik teksi untuk ke sebuah restoran bernama Jeonju Waengi Kongnamul Gukbap.Kami berikan alamat dalam hangul yang dah aku print siap-siap.Rupanya restoran ni terletak dalam area hanok village juga,mudahlah nak balik guest house nanti.
Ahjumma yang melayan kami di Kognamul Gukbap |
Kami pun order set kongnamul gukbap (nasi dengan sup taugeh).Makanan ni adalah Jeonju specialty food.Kami dihidangkan dengan semangkuk sup taugeh,nasi,telur mentah dalam mangkuk dan banchan 3 jenis kimchi dan seaweed.Sup taugeh tu memang bland je tapi jadi sedap bila makan dengan seaweed dan kimchi tu semua.
kognamul gukbap |
Ahjumma explain cara nak makan telur tu,tambah kuah sup taugeh yang tengah menggelegak tu dan sprinkle seaweed yang dikoyakkan kecik-kecik dalam tu,sangat sedap..peminat telur pasti akan suka sangat rasa dia.Dah habis appetizer telur tu barulah kami makan nasi dengan sup taugeh...berselera makan sampai refill kimchi tu lagi.Ternyata taugeh jeonju ni memang special..fresh sangat rasanya.
sup telur separa masak+seaweed |
Dalam pada tu ada seorang wanita Korea yang datang bersama maknya,sangat fasih cakap English,rupa-rupanya dia bekerja di Singapore.Diorang datang lewat dari kami tapi beredar dulu,kami lambat sebab sapu licin semuanya.Harga makanan cuma KRW6000 sahaja untuk set yang sangat mengenyangkan tu.
Informasi penting tentang makan di Jeonju,biasanya restoran di Korea menghidangkan air kosong dengan meal mereka,tapi kadang-kadang ada juga restoran yang offer free drinks air berperasa macam air kotak atau yakult.Tapi di Jeonju ni kena hati-hati sikit sebab specialty di sini adalah makgeolli (rice wine) dan moju iaitu minuman herba yang dicampurkan dengan makgeolli.Jadi kalau diorang offer air yang pelik rupa dan baunya janganlah diminum pula.
Lagi satu specialty di sini yang sangat famous ialah Jeonju bibimbap iaitu nasi yang dicampur sayur-sayuran dan telur mata kerbau.Kebiasaannya bibimbap ni selamat untuk dimakan sebab takda campuran daging,tapi Jeonju bibimbap ni lain sikit sebab nasi tu dimasak dengan beef broth,ala-ala nasi ayam yang dimasak dengan chicken stock tu kan...jadi memang tak bolehlah nak merasa kecuali ada restoran halal yang menyajikannya.
Selesai dinner kami pun berjalan kaki pulang ke guest house yang terletak cuma 10 minit dari restoran tersebut.
Wednesday 4th November 2015
Jeonju Hanok Village
Pagi ni kami bertemu dengan anak owner guest house semasa nak check out.Mujur dia boleh cakap English sikit jadi mudahlah nak bkomunikasi.Kami tumpang beg dulu di situ sementara nak ronda-ronda area hanok village ni.
Jeonju adalah antara major tourist cities di South Korea,rank ketiga selepas Seoul dan Busan.Jeonju gah dengan sejarah kerana pernah menjadi pusat pentadbiran di era Baekje Dysnasty dan merupakan tempat kelahiran pengasas Joseon Dynasty,King Taejo-Yi Seong Gye.Siapa yang tengok drama Korea Six Flying Dragons pasti sangat mengenali watak ini.
Pemandangan sekitar hanok village :-
rombongan kanak-kanak pre school |
Jeonju Traditional Culture Center
Kalau banyak masa dan berminat boleh tengok macam-macam cultural show kat sini...pansori(muzikal drama),minyo(folk songs),tarian etc.Boleh rasa Korean cuisine juga di Traditional Restaurant Hall dalam center ni,tapi kami tak masuk pun...bergambar di luar saja.
Add caption |
tengah practice untuk pansori agaknya..perempuan tu tengah menyanyi |
Gyeonggijeon Shrine
Dibina pada tahun 1410 sebagai memperingati King Taejo (Yi Seong Gye),yang mengasaskan Joseon Dynasty pada tahun 1392.Terdapat potret baginda di situ dan pewaris takhta yang ternama seperti King Sejong,Yeongjo,Gojong dan Jeongjo.
Tempat ini juga merupakan shooting location untu drama Princess Hours dan Empress Myeongseong.
Gyeonggijeon palace yang dibina pada tahun 1410 |
Gate ini merupakan tinggalan sejarah yang penting pada Jeonju.Daripada 4 gate yang dibina untuk tembok yang mengelilingi Jeonju city castle,hanya southern gate ini sahaja yang masih wujud sehingga hari ni.
Pungnam-mun gate dibina penghujung kurun ke 14 |
Juga dikenali sebagai Comfort Woman statue,ianya adalah sebagai tugu peringatan mengenang sejarah hitam untuk para wanita yang menjadi mangsa perhambaan seks di zaman penjajahan Jepun semasa perang dunia ke 2.
Bergambar bersama warga tempatan ...
hari dah petang...jomlah beransur |
Kami tumpang solat di salah sebuah hanok culture center yang ada,lepas tu jalan semula ke guest house untuk ambil beg.Dari guest house ke jalan besar dekat je dalam 5 minit jalan kaki.Kami ambil teksi untuk ke express bus terminal,harga tambang ialah KRW4900.Tiba di terminal jam 4+ petang,bas ke Busan pula bertolak pukul 5.40pm,tambang bas berharga KRW23700.
Sementara tunggu bas kami pun lepak di Lotte fast food restaurant,layan internet guna free wifi bus terminal sambil makan wild shrimp burger set,dengan harga KRW6500 kenyang jugaklah,cover lunch dan dinner sekali.Tepat masa kami pun menaiki bas meninggalkan bandar bersejarah Jeonju...anyeong!
Sambung
hanok village..bestnya..byk bangunan2 bersejarah di sini, ada istana, gate..menarik..
ReplyDelete6 bulan melayan Six Flying Dragons..
historic n cultural city,macam Melaka....
Deletebest kan melayan drama tu,rasa macam lagi expert history Korea berbanding sejarah tanah Melayu...hehe
siap hafal senarai kings of joseon..hihi..
Deletehahha...bsemangat ya,sy pn google baca history main characters dia,hopefully 1 day negara kta pn blh produce historical drama setaraf diorang
Deletehanok village..bestnya..byk bangunan2 bersejarah di sini, ada istana, gate..menarik..
ReplyDelete6 bulan melayan Six Flying Dragons..
Korean & Japanese makanan dorang jarang yg jenis goreng2 mcm orang2 kita. Tu pasal dorang sihat berjalan kaki mcm lipas kudong dan complexion pun cantik2 dan gebu hehe
ReplyDeletebetul tu kak...mmg kulit cun n mantap stamina diorang,yg tua-tua pun dok rajin hiking lagi,kita yg segan kadang turun naik tangga subway pun boleh jem kaki..hihi
Delete