Pages

Tuesday, November 22, 2016

Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel

22 November 2016

   Di petang yang kedinginan saya melangkah masuk pejabat,sedikit basah dek rembesan hujan lebat ketika keluar kereta tadi.Agak lapang waktu ini saya berhasrat menyambung travelog di FB untuk trip yang terbaru,maaflah penulisan di blog agak terabai dengan cerita basi setahun yang lalu.Tinggal sedikit siri yang bersisa,nanti akan saya tamatkan jua.

  Sesejuk cuaca di luar begitulah juga beku dan bantutnya idea ketika ini,ah marilah melayari blog kawan-kawan pula.Teringat GA di blog JM,teringin nak join tapi tiada pengalaman Ada entri terbaru JM,baca,komen dan kemudian saya ke entri GA...hadamkan dan fikir eh taklah susah mana,yakin boleh saya pun mengorak langkah jari jemari menghasilkan entri ini...China belum ada dalam list pengembaraan ,belum bersedia tapi entri dari kawan-kawan memang membibitkan rasa teruja.Mana tahu fridge magnet yang menawan tu bakal ke genggaman saya.



                                                                     Shanghai Fridge Magnet GA


Ini syarat-syarat penyertaan:

SYARAT - SYARAT PENYERTAAN :


1. WAJIB FOLLOW blog Jari Manis : Travel List  dan Scdha Sein Photo And Travel .

2. BUAT dan PUBLISH satu entri bertajuk 'Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis & Scdha Sein Travel'.

3. TAMPAL BANNER penyertaan dan backlink kepada entri INI sahaja.

4. TAG sekurang-kurangnya seorang rakan blogger atau lebih.

5. JANGAN LUPA tinggalkan tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen entri INI sahaja.

6. Nota Penting : Pastikan follow syarat 1 -5. Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, penglibatan TERBATAL.



INGAT!!!! Tempoh penyertaan dari "07 November 2016 hingga 07 Disember 2016 sahaja".

Dengan Izin Bersaksi saya tag :-

Viniamey
GA yang osemm dari fellow travel bloggers...jemputlah ke Shanghai Fridge Magnet Giveaway by Jari Manis &Scdha Sein Travel untuk memeriahkan majlis.

All the Best!!


Saturday, November 19, 2016

CHASING AUTUMN 14: Jeonju Hanok Village

Tuesday 3rd November 2015

Kongnamul Gukbap

   Kami tiba di pekan Jeongeup sekitar 8pm dan terus beli tiket bas pulang semula ke Jeonju,bas bertolak dalam masa 10minit.Pukul 9 dah sampai ke Jeonju intercity bus terminal.Dari sini kami naik teksi untuk ke sebuah restoran bernama Jeonju Waengi Kongnamul Gukbap.Kami berikan alamat dalam hangul yang dah aku print siap-siap.Rupanya restoran ni terletak dalam area hanok village juga,mudahlah nak balik guest house nanti.

Ahjumma yang melayan kami di Kognamul Gukbap

   Kami pun order set kongnamul gukbap (nasi dengan sup taugeh).Makanan ni adalah Jeonju specialty food.Kami  dihidangkan dengan semangkuk sup taugeh,nasi,telur mentah dalam mangkuk dan banchan 3 jenis kimchi dan seaweed.Sup taugeh tu memang bland je tapi jadi sedap bila makan dengan seaweed dan kimchi tu semua.



kognamul gukbap

   Ahjumma explain cara nak makan telur tu,tambah kuah sup taugeh yang tengah menggelegak tu dan sprinkle seaweed yang dikoyakkan kecik-kecik dalam tu,sangat sedap..peminat telur pasti akan suka sangat rasa dia.Dah habis appetizer telur tu barulah kami makan nasi dengan sup taugeh...berselera makan sampai refill kimchi tu lagi.Ternyata taugeh jeonju ni memang special..fresh sangat rasanya.

sup telur separa masak+seaweed

   Dalam pada tu ada seorang wanita Korea yang datang bersama maknya,sangat fasih cakap English,rupa-rupanya dia bekerja di Singapore.Diorang datang lewat dari kami tapi beredar dulu,kami lambat sebab sapu licin semuanya.Harga makanan cuma KRW6000 sahaja untuk set yang sangat mengenyangkan tu.

   Informasi penting tentang makan di Jeonju,biasanya restoran di Korea menghidangkan air kosong dengan meal mereka,tapi kadang-kadang ada juga restoran yang offer free drinks air berperasa macam air kotak atau yakult.Tapi di Jeonju ni kena hati-hati sikit sebab specialty di sini adalah makgeolli (rice wine) dan moju iaitu minuman herba yang dicampurkan dengan makgeolli.Jadi kalau diorang offer air yang pelik rupa dan baunya janganlah diminum pula.

   Lagi satu specialty di sini yang sangat famous ialah Jeonju bibimbap iaitu nasi yang dicampur sayur-sayuran dan telur mata kerbau.Kebiasaannya bibimbap ni selamat untuk dimakan sebab takda campuran daging,tapi Jeonju bibimbap ni lain sikit sebab nasi tu dimasak dengan beef broth,ala-ala nasi ayam yang dimasak dengan chicken stock tu kan...jadi memang tak bolehlah nak merasa kecuali ada restoran halal yang menyajikannya.

   Selesai dinner kami pun berjalan kaki pulang ke guest house yang terletak cuma 10 minit dari restoran tersebut.

Wednesday 4th November 2015

Jeonju Hanok Village


   Pagi ni kami bertemu dengan anak owner guest house semasa nak check out.Mujur dia boleh cakap English sikit jadi mudahlah nak bkomunikasi.Kami tumpang beg dulu di situ sementara nak ronda-ronda area hanok village ni.

   Jeonju adalah antara major tourist cities di South Korea,rank ketiga selepas Seoul dan Busan.Jeonju gah dengan sejarah kerana pernah menjadi pusat pentadbiran di era Baekje Dysnasty dan merupakan tempat kelahiran pengasas Joseon Dynasty,King Taejo-Yi Seong Gye.Siapa yang tengok drama Korea Six Flying Dragons pasti sangat mengenali watak ini.

   Sebelum berjalan pastikan dah dapatkan Jeonju Tour map dari tourist info dulu,jadi mudahlah nak merancang perjalanan.Kawasan Jeonju Hanok Village ni memang sangat luas,ada lebih 800 hanok houses kat sini.Asalnya perkampungan hanok ni adalah tempat tinggal golongan kelas atasan,tapi sekarang dah jadi village tumpuan pelancong dengan kebanyakan hanok dijadikan guest houses,bengkel kraftangan,mini muzium,cafe,teahouses dan juga butik.

Pemandangan sekitar hanok village :-


















rombongan kanak-kanak pre school

Jeonju Traditional Culture Center

    Kalau banyak masa dan berminat boleh tengok macam-macam cultural show kat sini...pansori(muzikal drama),minyo(folk songs),tarian etc.Boleh rasa Korean cuisine juga di Traditional Restaurant Hall dalam center ni,tapi kami tak masuk pun...bergambar di luar saja.
Add caption


tengah practice untuk pansori agaknya..perempuan tu tengah menyanyi

Gyeonggijeon Shrine

   Dibina pada tahun 1410 sebagai memperingati King Taejo (Yi Seong Gye),yang mengasaskan Joseon Dynasty pada tahun 1392.Terdapat potret baginda di situ dan pewaris takhta yang ternama seperti King Sejong,Yeongjo,Gojong dan Jeongjo.
Tempat ini juga merupakan shooting location untu drama Princess Hours dan Empress Myeongseong.

Gyeonggijeon palace yang dibina pada tahun 1410

Pungnam Mun(Gate)

   Gate ini merupakan tinggalan sejarah yang penting pada Jeonju.Daripada 4 gate yang dibina untuk tembok yang mengelilingi Jeonju city castle,hanya southern gate ini sahaja yang masih wujud sehingga hari ni.


Pungnam-mun gate dibina penghujung kurun ke 14
Statue of Peace (Pyeonghwabi)

   Juga dikenali sebagai Comfort Woman statue,ianya adalah sebagai tugu peringatan mengenang sejarah hitam untuk para wanita yang menjadi mangsa perhambaan seks di zaman penjajahan Jepun semasa perang dunia ke 2.



Bergambar bersama warga tempatan ...













hari dah petang...jomlah beransur
   Memandangkan dah jalan merata di hanok village yang luas ni,kami teringin nak makan Omogaritang (Jeonju style freshwater fish soup) seperti yang di rekemen dalam tour map.Tapi bila tiba di restoran Hanbyeoklu Hanjeongsik entah kenapa ahjumma2 yang kerja di situ bagi isyarat tak payahlah makan,rasanya mereka cakap makanan overpriced sebab tourist spot,...kami agaklah sebab memang mahal pun harga around KRW30000/set.Jadi tak jadilah lunch dan kami makan ice cream hagen daz dan minum banana uyu beli kat convi store tepi jalan.

   Kami tumpang solat di salah sebuah hanok culture center yang ada,lepas tu jalan semula ke guest house untuk ambil beg.Dari guest house ke jalan besar dekat je dalam 5 minit jalan kaki.Kami ambil teksi untuk ke express bus terminal,harga tambang ialah KRW4900.Tiba di terminal jam 4+ petang,bas ke Busan pula bertolak pukul 5.40pm,tambang bas berharga KRW23700.

   Sementara tunggu bas kami pun lepak di Lotte fast food restaurant,layan internet guna free wifi bus terminal sambil makan wild shrimp burger set,dengan harga KRW6500 kenyang jugaklah,cover lunch dan dinner sekali.Tepat masa kami pun menaiki bas meninggalkan bandar bersejarah Jeonju...anyeong!


Sambung