Sebagai traveller yang rajin ke negara luar bab mencari tiket kapal terbang merupakan agenda utama sebelum merangka itinerari untuk ke mana-mana.Dah dapat tiket wallah senyum lebar sebab dah terbayang betapa seronoknya perjalanan mengembara ke destinasi yang dituju.
Tapi biasa la bila sebut je kapal terbang kebanyakan orang akan beranggapan kosnya mesti tinggi.Tapi tak semua yang mahal tau, ada je yang murah dan yang paling penting kena la rajin cari kat Mr Google tuh! Sini aku nak war-warkan, kalau nak naik kapal terbang better pilih Malindo Air sebab tiket penerbangan yang ditawarkan sangat berpatutan dan yang paling penting mampu untuk semua orang beli.
Pengalaman pertama aku naik Malindo ialah masa travel ke India tahun lepas.Malindo Air ni best sangat korang! Tak terungkap la cite dia..hahaha..First impression aku terhadap Malindo Air adalah sangat baik setakat ini yela start from check-in kat kaunter sehinggalah tamat penerbangan proses dan servis yang diberikan perghh sangat cepat dan tip top! Semua ahli rombongan masa tu sangat berpuas hati dapat fly dengan Malindo ke New Delhi.
rombongan ke India |
family Angah ke HCM |
Pengalaman lain pula dari family abangku sendiri..aku cerita sebab tiket aku yang belikan masa diorang decide nak follow trip aku ke Ho Chi Minh,walaupun dah tak lama dari tarikh nak fly tapi still boleh dapat harga yang berpatutan..jeles tau sebab tiket tu lagi murah dari yang aku beli,dapat rm289 return inclusive luggage 30kg plak tu!Sakanla diorang shopping kat Vietnam tu.Takpalah dah rezeki Angah aku,mereka pun puji best naik Malindo and masa balik dapat naik aircraft baru..bau kedai lagiii..ish,ish jeles to d maxx!
Selain itu aircraft Malindo Air ni pon boleh tahan lawanya..haha boleh la korang post kat Instagram ke Facebook ke tunjuk sikit interior dia al maklum tak kira brapa banyak kali naik flight mesti teruja sangat kan especially masa departure tu! Now aku nak cerita pulak servis dan kemudahan yang terdapat dalam Malindo Air ni. Masuk je dalam flight perghh kagum aku yela mana tak nya cantik sangat susunan seat dengan leg room yang luas dan yang penting kemas dan selesa,sesuai sangat untuk penerbangan jarak dekat mahupun jarak jauh.
bantal dan selimut disediakan untuk perjalanan jarak jauh |
Setiap satu tempat duduk akan ada screen ala-ala tv kecik tu so kalau bosan boleh la tengok rancangan yang ditayangkan,dengar lagu atau main game.Cuma kena bawa earphone sendiri tau kalau nak tengok yela nanti terganggu pulak penumpang yang lain. Aku sempat la tengok movie dan sitcom sebab duration penerbangan ke New Delhi 5.5 jam,agak lama tapi tak sempat rasa bosan pun.
Selain itu, dalam flight ni pon tersedia usb port,mana la tau battery phone dah habis boleh la charge terus..canggih kan! Malindo Air pun dah makin maju selangkah dimana kita pon boleh guna Wifi while flying. Line memang penuh so tak payah la korang risau xde line ke ape ke sebab line wifi yang disediakan memang sangat tip top! Duduk lama ni biasa la tangan pon merayau jer nak selongkar apa yang ada haha! Macam-macam ada tau seperti majalah, brochures dan catalogue. For those yang berminat nak beli buah tangan dan snacks tu korang boleh la pilih, macam-macam ada Bukan tu sahaja, menu makanan yang ada pun menarik belaka..kalau boleh semua aku nak order..hahaa tapi biasa la karang habis pulak wang ringgit kalau ikut nafsu ni!
biryani meal semasa ke Delhi |
Another best thing adalah, kita akan dapat snack free walaupun hanyalah dua keping cookies dan air minuman tapi better dari tak dapat apa-apa kan.Angah aku cakap diorang dapat muffin dan air untuk flight ke HCM.Masa pergi Delhi kami semua pun ingat dapat snack ringan,sakan la pergi breakfast yang heavy sikit masa kat KLIA pagi tu,tapi rupanya kami dapat makan nasi biryani,sedap pulak tu..memang kenyang dibuatnya.
Alhamdulillah landing sangat la smooth dan semuanya selamat. Aku rasa macam dah jatuh cinta dengan Malindo Air ni! Harapnya akan bertambahlah destinasi dengan Malindo ni..pasti jadi pilihan utama. Yela servis and fasiliti yang ada memang sangat memuaskan! So korang tunggu apa lagi! Search jer Malindo Air online booking sebelum tiket habis! Nanti korang menyesal..,go travel,bersantai dan bergembiralah dalam atau luar negara,...have a safe journey u ollss!